Monday, April 13, 2009

Liku-Liku Iblis Menipu Manusia

Oleh: Nur Farhana Bte Abdul Malik

ABSTRAK

Buku ini mengisahkan tentang liku-liku iblis menipu manusia dalam kehidupan seharian. Iblis telah berjanji di depan Allah s.w.t untuk menyesatkan umat manusia di muka bumi ini. Mengikut sejarah, iblis itu pada mulanya menyembah Allah s.w.t. bersama-sama malaikat di langit. Perintah Allah s.w.t supaya sujud itu meliputi semua, iaitu malaikat dan iblis. Namun oleh sebab iblis itu merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, maka ia enggan berbuat demikian. Ketika ditanya sebab keengganannya, iblis menyatakan bahawa ia sebenarnya merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam. Iblis merasakan bahawa kejadiannya lebih mulia daripada kejadian Adam. Oleh sebab itu,ia tidak sewajarnya tunduk dan sujud memuliakan Adam. Akibat daripada itu, Allah telah menghukum kafir yang akan dibalas dengan neraka kelak. Lantas, iblis telah berjanji di depan Allah s.w.t untuk menyesatkan kaum manusia di muka bumi ini sehingga hari kiamat. Tambahan pula, membincangkan penerangan tentang qarin, ifrit, iblis dan syaitan. Dalam buku ini juga membincangkan tentang hubungan awal manusia dengan iblis, laluan iblis, tipu daya iblis dan syaitan menurut Al-Quran, laluan iblis membinasakan manusia dan penerangan tentang amalan menurun. Gangguan iblis terhadap manusia meliputi dua aspek iaitu gangguan mental dan fizikal. Selain itu juga, iblis juga dapat memasuki badan manusia melalui proses menurun. Jika keadaan ini berlaku, seseorang yang mengalami proses ini tidak sedarkan diri dan segala pergerakan badan dan pertuturan akan dikawal oleh iblis. Oleh itu, kita dinasihatkan agar tidak keluar malam dan melakukan perkara yang boleh menjurus kepada syaitan dan iblis.

MAKHLUK-MAKHLUK HALUS

Ghaib bermaksud sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera iaitu tidak dapat dilihat dengan mata, terdengar oleh telinga. Antara contoh perkara ghaib yang wajib dipercayai oleh manusia ialah percaya kepada Allah s.w.t. Kemudian percaya tentang hari akhirat, hari kiamat iaitu alam barzakh atau alam kubur. Selain itu kepercayaan yang terkandung dalam rukun iman. Jin berasal daripada kata dasar “ jinn”, yang bererti tertutup(Munjid, 1956:102). Jin dijadikan Allah s.w.t daripada api yang tersebut dalam surah al-Hijr:27. Jin terbahagi kepada 3 iaitu golongan yang berupa seperti ular, golongan yang berupa seperti rupa anjing hitam dan golongan yang berupa seperti angina boleh terbang dan mempunyai sayap. Terdapat sejenis jin yang dikenali “shaqqq”. Golongan ini sering mengganggu mereka yang sedang bermusafir secara bersendirian. Perkataan “syaitan” dalam bahasa arab merujuk kapada sesuatu yang sombong dan terusir. Kemudian nama ini dirujuk kepada golongan jin kerana kesombongan dan terusirnya dari rahmat Allah s.w.t. Menurut nas al-Quran, iblis dijadikan daripada api yang panas dan beranak pinak. Antara tempat kegemaran jin ialah suka tinggal di tempat-tempat kotor seperti di jamban, tempat buangan sampah. Selain itu, tempat yang terpencil seperti di hutan dan paya. “Qarin” berasal dari bahasa arab yang bermaksud ‘sesuatu yang yang menyertai,sahabat’. Istilah ini merujuk kepada roh-roh jahat daripada golongan makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah meninggal. Qarin berusaha menggoda, merayu, memujuk dan menipu.

Terdapat beberapa pendapat yang berkaitan makan dan minum jin :
1) Jin tidak makan dan minum.
2) Sebahagian daripada jin makan dan minun, tetapi sebahagian lain tidak. Jin yang berbentuk angina tidak makan dam minum, serta tidak mempunyai keturunan. Jin yang makan dan minum berkahwin dan mempunyai keturunan.
3) Semua jin makan dan minum;
 Makan dengan mencium bau bahan tertentu tanpa menelan dan mengunyah.
 Pendapat lain menyatakan bahawa mereka makan dan menelan dan mengunyah.
Allah s.w.t. telah menjanjikan umur yang panjang, iaitu sehingga hari kiamat, namun jin itu boleh mati, iaitu sekiranya ia menyerupai objek-objek tertentu. Seperti contoh, jelmaan ular. Kalau ia dibunuh ketika menjelma, maka ia akan menerima hukum objek berkenaan iaitu menerima mati. Keterangan menunjukkan bahawa membunuh binatang, iaitu ular seperti yang dijelaskan adalah dilarang kerana terdapat jin Islam. Selain itu ular yang dimaksudkan ialah ular di dalam rumah. Ular yang berada di luar rumah tidak dilarang membunuhnya. Jikalau melihat ular dalam rumah kita diperintahkan ia keluar. Penjelmaan yang dilakukan adalah melakukan kejahatan. Setelah diberi tempoh 3 hari, tetapi ia masih menjelma, ini membuktikan bahawa jin itu bukan jin Islam. Kalau itu ular betul, ia patut dibunuh, begitu juga sekiranya ia jin kafir, kerana ia menyakiti dan menakut-nakutkan keluarga rumah. Selain menjelmakan diri seperti ular, jin juga suka manjelmakan diri kepada objek berwarna hitam, terutamanya dalam bentuk anjing dan kucing.


PERMUSUHAN ANTARA MANUSIA DAN IBLIS

Permusuhan antara iblis dan Adam a.s telah wujud sejak begitu lama lagi. Apabila Allah s.w.t. telah meniupkan roh pada jasad Adam a.s.,Allah s.w.t memerintahkan malaikat sujud kepadanya. Mengikut sejarah, iblis itu pada mulanya menyembah Allah s.w.t. bersama-sama malaikat di langit. Perintah Allah s.w.t supaya sujud itu meliputi semua, iaitu malaikat dan iblis. Namun oleh sebab iblis itu merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, maka ia enggan berbuat demikian. Ketika ditanya sebab keengganannya, iblis menyatakan bahawa ia sebenarnya merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam. Iblis merasakan bahawa kejadiannya lebih mulia daripada kejadian Adam. Oleh sebab itu,ia tidak sewajarnya tunduk dan sujud memuliakan Adam. Ternyata dalam diri iblis terdapat sikap takbur yang merasakan dirinya besar dan mulia. Jadi apabila Allah memerintahkan sujud kepada satu makhluk yang kajadiannya dirasakan lebih rendah daripada dirinya, maka perbuatan sujud itu dirasakan seumpama satu penghinaan kepadanya. Adam telah membuka matanya dan mendapati dirinya dihormati. Para malaikat sedang sujud kepadanya ketika itu. Dalam masa yang sama ia menghadapi musuh yang menakutkan, yang mengancam hendak membinasakan dan menyesatkan keturunannya. Allah telah menghalau iblis keluar dari syurga, kerana keengganannya itu. Sesungguhnya, lantaran keangkuhannya itu iblis termasuk dalam golongan mereka yang hina lagi kecil. Akibat daripada itu, Allah telah menghukum kafir yang akan dibalas dengan neraka kelak. Kemurkaan Allah tidak sedikit pun menginsafkan iblis, menyedarkan dirinya untuk surut ke belakang dan bertaubat. Sebaliknya, iblis terus dengan sikap angkuhnya terhadap Allah, menyebabkannya dilaknat dan dihukumkan kafir. Bermula dari peristiwa itu secara rasmi maka termeterailah permusuhan antara iblis dan konco-konconya terhadap Adam dan anak cucunya, hingga hari kiamat. Untuk menyesatkan manusia, Iblis telah memohon kepada Allah supaya dipanjangkan umur, tidak mati hingga hari kiamat. Allah juga menyatakan bahawa iblis itu adalah makhluk yang akhir sekali dibinasakan berbanding makhluk lain. Ketika itu, tiada lagi keturunan Adam yang ada pada muka bumi ini. Iblis menyatakan keazamannya menyesatkan manusia, menggoda manusia dengan kekuatan dam keistimewaan yang ada padanya. Iblis akan memesongkan hati dan pandangan manusia daripada mengikuti perintah Allah s.w.t. Iblis akan menggoda dan menipu, menyebabkan manusia itu terpesona, hilang pertimbangan akal dan tunduk menurut kehendak nafsu, menjadikan iblis itu sebagai ketua(wali) yang berupaya memfitnah mereka. Tindakan dan godaan iblis lebih berkesan di bahagian depan dan belakang, dan kurang berkesan dari bahagian kanan dan kiri. Kesimpulannya, iblis akan sedaya upaya menyesatkan keturunan Adam supaya menjadi pengikutnya. Dalam proses menyesatkan manusia, tiada ketentuan khusus atau kategori sifat manusia yang tidak boleh dibianasakan atau digoda oleh iblis kecuali mereka yang bersifat ikhlas. Mereka yang ikhlas, akan terselamat atau terpelihara daripada godaan iblis dan syaitan.

AZAM IBLIS MENYESATKAN MANUSIA

Iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. yang ia akan menyesatkan manusia. Semua akan disesatkan kecuali mereka yang ikhlas sahaja. Ini diakui sendiri seperti yang terkandung dalam Al-Quran surah al-Hijr : 39-40
Iblis berkata ; Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik(perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka.
Ikhlas merupakan sifat yang lahir dari hati yang lahir dari pancaran iman yang wujud pada diri seseorang. Ia adalah hasil daripada sifat-sifat terpuji yang dituntut oleh Allah s.w.t. Selain itu, lahir dari mereka yang mempunyai ilmu dan mengamalkannya. Tanpa ilmu dan amalan, sifat ikhlas yang terdapat dalam diri akan diperalatkan oleh orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Orang yang bersifat ikhlas berupaya menjalankan tugas dengan baik dan tekun. Tidak membuang masa dan tidak perlu diarah dan berurusan dengan orang yang bersifat ikhlas amat mudah. Janjinya boleh dipegang dan ditepati. Orang seperti ini akan memahami perasaan dan kesusahan yang dialami oleh orang lain akibat janji yang tidak ditepati. Dalam masa yang sama, orang yang ikhlas dapat diamanahkan dan tidak menyalahgunakan amanah yang telah diberikan kepadanya. Oleh sebab itu ia tidak dapat ditipu oleh iblis. Keikhlasan membawa manusia bekerja terus menerus . Ia mengetahui matlamat yang seharusnya dilakukan dan akhir sekali berserah kepada Allah s.w.t. Seseorang yang ikhlas itu juga akan berjaya dalam hidupnya. Menurut hadis, hanya orang yang dikasihi oleh Allah s.w.t. sahaja yang akan memperolehi sifat ikhlas. Ikhlas merupakan salah satu daripada rahsia ketuhanan yang pada hakikatnya tidak banyak diketahui oleh manusia. Namun tidak semua manusia akan memperoleh sifat ikhlas. Dalam sebuah hadis qudsi ada menyebut :
Telah berfirman Allah Taala : Ikhlas itu adalah merupakan satu rahsia daripada rahsia-Ku. Aku pertaruhkan ia dalam hati orang yang Ku-kasihi dari kalangan hamba-Ku.
Orang yang memusuhi kekasih Allah s.w.t. adalah musuh Allah. Allah s.w.t. akan melindungi hamba-Nya yang ikhlas daripada penganiyaan iblis dan manusia.

LIKU-LIKU IBLIS MENIPU MANUSIA

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut kepercayaan animisme yang bertukar kepada kepercayaan Hindu ataupun Buddha. Kepercayaan ini memperlihatkan konsep semangat yang dipercayai wujud pada setiap benda, samada hidup atau mati. Semangat itu ada kalanya dirujuk makhluk-makhluk halus atau penunggu, andainya ia dirujuk kepada objek tertentu, seperti laut, sungai, pantai, hutan, pokok-pokok besar dan sebagainya. Dalam hal ini, sekiranya semangat itu merujuk kepada manusia, maka ia lebih difahami sebagai suatu objek dalaman yang perlu untuk kesejahteraan sendiri.
Semangat mempengaruhi kehidupan manusia dan berupaya mempengaruhi unsure alam. Berdasarkan kepercayaan seumpama inilah lahirnya pelbagai pantang larang dan petua-petua yang perlu diikuti. Dalam tujuan melakukan rawatan, seseorang itu perlu memperoleh kebolehan yang diperolehi atau dipelajari. Antaranya cara-caranya ialah keturunan, keturunan dan menuntut, penglibatan diri dengan makhluk-makhluk halus , pembelajaran, dan menurun.
Menurun ialah satu keadaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh makhluk-makhluk halus yang dipanggil. Ketika makhluk-makhluk halus itu menyerap dalam tubuh, orang yang berkenaan akan menjadi tidak sedarkan diri akibat resapan makhluk yang dindang tadi. Pelbagai cara yang dilakukan dalam aktiviti menurun ini. Dalam satu kajian perubatan tradisional di negeri Perlis, secara menurun yang diiringi dengan nyanyian dan alat muzik yang dikenali dengan nama ‘rebiah’. Selain itu, melibatkan jampi-jampi dalam proses menurun.
Terdapat banyak pandangan orang luar tentang menurun ini. Antaranya ialah menurut mazhab Ahli ‘s-Sunnah wa’l-Jamaah, roh merupakan objek yang mempunyai tenaga tersendiri menjadikan manusia boleh berfikir dan memahami ucapan yang didengar. Roh itu penting dalam kesejahteraan manusia dan membolehkan manusiaitu bergerak dan menggunakan akal. Penyatuan roh akan melahirkan pelbagai jenis perasaan seperti sedih, gembira, rindu dan sebagainya.
Menurut pandangan Imam Al-Ghazali pula, roh itu amat halus dan berpunca dari hati yang terpancar melalui seluruh nadi, urat dan darah. Sinar ini yang memancar keupayaan mendengar, mencium, melihat dan sebagainya. Manusia akan mati tanpa roh.
Menurut al-Juziah, roh ialah satu jisim nurani yang suci lagi ringan, yang hidup bergerak dalam tubuh manusia. Selama mana tubuh sihat, selagi itulah roh memberi kekuatan merasa, bergerak dan berperasaan. Tetapi roh itu tidak kekal dan akan menemui kematian. Rasulullah pernah bersabda :
Tidak keluar seorang daripada kamu dari dunia hingga ia tahu ke mana tempatnya dan hingga ia melihat tempatnya samada di syurga dan neraka.
Di samping kepercayaan tentang penglibatan roh-roh orang mati, ada yang beranggapan bahawa roh orang yang mati itu menjadi hantu, lebih-lebih sekiranya kehidupan orang yang berkenaan banyak melakukan kejahatan, amalan-amalan yang salah dan sebagainya. Roh dikatakan berkeliaran dan tidak diterima bumi tetapi hal yang demikian adalah tidak benar. Ini kerana roh orang mati menerima 2 nasib iaitu samada menerima nikmat dari Allah s.w.t sebagai balasan kebaikannya semasa hidup atau menanggung seksa seperti yang telah di peringatkan Allah s.w.t. Selain itu, hadis-hadis menyatakan roh mereka yang beriman bebas bergerak di syurga. Manakala mereka yang tidak beriman akan menerima balasan Allah s.w.t. Roh orang yang beriman akan berada di syurga illiyin, manakala roh orang kafir berada di dalam sijjin menurut darjahnya. Kalau diteliti, perlakuan upacara menurun mempunyai ciri-ciri utama seperti menurun melibatkan pengasapan kemenyan, sajian disediakan samada sebelum atau selepas menurun, melibatkan resapan makhluk yang tidak dapat dipastikan hakikatnya. Selain itu, orang yang menurun tidak sedarkan diri dan segala gerak-geri dan perlakuan terjadi di luar kawalan orang yang berkenaan.
Amalan menurun ini pada hakikatnya bukan hanya dilakukan oleh orang Melayu sahaja tetapi juga oleh bangsa-bangsa lain seperti India. Menurut kebudayaan India, amalan menurun ini terbahagi kepada dua iaitu menurun yang dikuasai Tuhan dan yang dikuasai oleh roh datuk nenek atau pun unsur-unsur yang lain. Menurut sami Hindu, apabila seseorang itu mengalami proses menurun, maka diri orang yang menurun itu akan dikuasai oleh Tuhan. Segala tindak tanduk termasuk kata-katayang dilahirkan dilakukan oleh Tuhan sendiri.
Manakala unsur yang dikuasai oleh roh pula mempunyai dua jenis iaitu yang negatif dan positif. Roh negatif melibatkan roh manusia yang jahat ketika hidupnya dan selepas mati roh itu digunakan untuk tujuan jahat. Roh positif adalah roh yang baik dan pada kebiasaanya proses menurun yang menggunakan roh-roh manusia dilakukan oleh bomoh atau tukang tilik.
Menurut kebudayaan Cina tradisional, menurun merupakan satu kaedah rawatan. Jampi serapah dan upacara keagaaman yang sesuai akan membolehkan mereka masuk ke dalam lembaga-lembaga yang disediakan di tempat pemujaan. Tuhan akan masuk ke dalam badan bomoh itu dan orang itu dikenali sebagai “tang kee”,sama pentingnya dengan doktor. Menurun ini merupakan keadaan seseorang yang tidak sedar atau separuh tidak sedar ketika dikuasai roh atau semangat jahat. Dikatakan juga bahawa roh itu sedia menolong apabila dipanggil.
Sebahagian daripada ilmu kebatinan Melayu melibatkan makhlus-makhluk halus. Dalam masyarakat tradisional, kekuatan yang dimiliki oleh seseorang itu meletakkan kedudukan si empunya diri di satu tahap yang berpengaruh, disegani dan digeruni oleh musuh-musuh. Oleh sebab itu, ilmu-ilmu seperti ini dituntut untuk tujuan tersebut, di samping untuk menjaga diri, keluarga juga sebagai satu sumber kehidupan.


TIPU HELAH IBLIS DAN SYAITAN YANG PERLU DIFAHAMI.

Dalam surah Al-Baqarah : 168, Allah s.w.t berfirman bermaksud bahawa, Janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Keraa sesungguhnya syaitan itu dalah musuh yang nyata bagimu. Ayat ini menjelaskan bahawa syaitan itu adalah musuh dan kita hendaklah menggangap syaitan sebagai musuh dalam apa jua keadaan sekalipun.
Penglibatan iblis jika dilihat bermula dari bayi dilahirkan sehinggalah mati. Oleh sebab itulah Rasullullah s.a.w. menyuruh supaya bayi yang dilahirkan diazankan di telinga kanannya dan diiqamahkan di telinga kirinya supaya tidak diganggu iblis yang di kenali “ ummu ‘s-sibyan”. Ummu s-sibyan adalah sejenis iblis yang sering mengganggu bayi yang boleh menyebabkan bayi tersebut menangis, demam panas dan tidak boleh tidur malam.
Gangguan makhluk halus terhadap manusia terbahagi kepada 2 iaitu gangguan fizikal dan gangguan mental. Gangguan fizikal ialah melalui gangguan syaitan dapat menimbulkan kemudaratan kepada tubuh manusia secara langsung dan tidak langsung kepada kekuasaan Allah s.w.t. Terdapat peristiwa yang berlaku membuktikannya seperti anggota badan tertentu mengalami calar-calar seperti diguris dengan benda tajam hingga mengeluarakan darah. Contohnya ialah orang yang berkelah di tepi air terjun, di hutan dan sebagainya akan seringkali terlihat lembaga yang menakutkan. Badannya akan seram sejuk dan seterusnya di ikuti dengan demam panas lalu meracau tidak sedarkan diri atauberperangai ganjil.
Selain itu, ada yang menderita bengkak kaki dan merasa bias yang teramat sangat. Bengkak itu akhirnya akan pecah dan mengeluarkan nanah dan darah. Sekiranya makhluk ini memasuki tubuh manusia dan mengganggu akal, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan pemikiran manusia. Syaitan akan sentiasa mencari kelemahan manusia untuk membolehkannya memasuki tubuh manusia. Peristiwa-peristiwa ini melibatkan tindak tanduk makhluk-makhluk halus secara langsung tanpa melibatkan manusia. Makhluk ini mengganggu manusia jasad manusia, dan berkemungkinan besar akan memberi kesan negatif kepada mental seseorang sekiranya tidak dirawat.
Gangguan mental pula ialah syaitan akan menggoda manusia daripada mentaati perintah Allah s.w.t. Syaitan juga mendorong manusia melakukan dosa-dosa kecil berterusan, di samping melakukan dosa-dosa besar. Semuanya ini untuk mengheret manusia ke dalam neraka jahanam. Apabila di sebut tentang iblis dan syaitan, manusia pada lumrahnya akan berhati-hati. Tetapi makhluk ini tidak semestinya menampakkan diri dalam rupa yang menakutkan untuk merosakkan manusia. Cara halus yang digunakan ialah dengan menggoda dan menipu, membolehkan manusia itu percaya kepadanya tanpa menyedari bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukannya melibatkan makhluk-makhluk halus.
Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang telah dicipta Allah s.w.t hendaklah memgikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Kita juga haruslah berhati-hati dalam kehidupan agar tidak terjebak ke dalam kancah yang tidak sihat.

RUJUKAN ;

1) Nama buku ; LIKU-LIKU IBLIS MENIPU MANUSIA
Pengarang ; DR.AMRAN B.KASIMIN
Penerbit ; DINIE PUBLISHERS
Bilangan muka surat ; 159 M/S

Fikah Itu Memang Best!

Oleh: Nur Farhana Bte Abdul Malik

ABSTRAK
Buku ini mengisahkan tentang pandangan orang ramai tentang ilmu fikah. Ramai yang beranggapan bahawa ilmu fikah ini amat susah untuk dipelajari dan sukar untuk difahami.
Tetapi melalui buku ini, persepsi kita akan berubah kerana mempelajari ilmu fikah amat menyeronokkan dan kita akan dapat menimba ilmu. Selain itu, kita dapat mengetahui pembahagian hukum fikah iaitu hukum taklifi dan hukum wad’i. Hukum taklifi bermaksud penjelasan Tuhan pada kedudukan suatu perkara itu samada disuruh, ditegah ataupun diberi peluang memilih. Hukum wad’I ialah hukum yang menjelaskan dan mengikat kedudukan hukum.
Fikah itu amat mudah dan menyeronokkan. Walaupun ayat-ayatnya panjang, ratusan kata, tetapi amat menyeronokkan. Objektif syarak dalam menetapkan hukum adalah dua iaitu memenuhi kepentingan atau manfaat dan menjauhkan mudarat.
Selain itu, memperkenalkan tokoh-tokoh dalam Islam yang mempertahankan ilmu-ilmu dan hukum fikah iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad. Kesemua ilmuan ini sanggup dipenjarakan dan menerima pelbagai dugaan dan cabaran dalam mempertahankan ilmu fikah.

BAHAGIAN 1
(KENAPA PERLU BELAJAR FIKAH?)

MATA RANTAI MENUJU KEBIJAKSANAAN

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Tirmizi dalam sunannya jilid 5 halaman 48 berbunyi “ Seorang yang faham ilmu fikah itu lebih digeruni syaitan daripada seribu orang ahli ibadah”. Mengapakah kita perlu belajar fikah? Jawapannya mudah sahaja iaitu supaya kita tidak mudah ditipu oleh iblis dan syaitan.
Selain itu, sesiapa yang memilih sebatang jalan untuk dia menuju kepada tempat belajar, maka Allah akan menyediakan baginya sebatang jalan menuju syurga. Sementara itu, para malaikat akan membuka sayapnya untuk memayungi orang yang hendak pergi belajar itu tanda mereka menyukai orang itu.
Di samping itu, orang yang ada ilmu sentiasa didoakan oleh semua makhluk yang ada di langit dan di bumi, sehingga ikan dalam lautan pun turut mendoakan orang yang berilmu itu. Kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan ahli ibadah seperti umpama indahnya sinaran cahaya bulan pada waktu malam berbanding bintang-bintang yang ada di langit.
Kita perlu mempelajari fikah supaya tidak ditipu oleh iblis dan syaitan. Kita tidak mahu iblis dan syaitan bergembira apabila mereka berjaya mengalahkan dan memperdayakan orang yang tidak berilmu. Tapi mengapa nabi memperkatakan bahawa oaring yang berilmu lebih utama daripada ahli ibadah? Ini kerana apabila individu itu beribadah tanpa ilmu, dia diibaratkan berjalan pada waktu malam yang gelap gelita tanpa hala tujunya dan mudah sesat.
Ini berbeza dengan dengan orang yang mempunyai ilmu kerana apabila kita beribadah, kita diibaratkan mempunyai panduan yang jelas untuk menuju destinasi dan tidak akan sesat.
Dalam surah an-Nahl ayat 43 bermaksud “ Bertanyalah kamu kepada orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui.” Ini menunjukkan bahawa Allah meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang berilmu sehingga mereka dijadikan rujukan orang ramai. Sesungguhnya ilmu fikah adalah mata rantai untuk sampai kepada kebijaksanaan.

KEBIJAKSANAAN DAN MALCOLM X


Siapakah Malcom X? Beliau adalah seorang pejuang kulit hitam dan juga pemimpin The Nation Of Islam. Beliau terkenal dengan jolokan sebagai Detroit Red semasa beliau menjadi pejuang jalanan. Beliau juga pernah dipenjarakan kerana memperjuangkan hak-hak orang kulit hitam di Amerika. Dia telah dipenjarakan di Norfolk Prison Colony. Tetapi dengan takdir Allah, beliau telah mengenali Islam semasa di dalam penjara dan telah diberi petunjuk oleh Allah. Akhirnya, dia telah menganut agama Islam.
Usaha pertamanya dalam menganut Islam ialah berdakwah. Beliau telah berdakwah dengan menulis surat kepada kawan-kawannya. Selain itu, dia juga berdakwah kepada orang-orang besar di Amerika pada masa itu seperti Gabenor Massachusset, William Boston, Presiden Amerika, Harrry S. Trauman tetapi dakwah yang disampaikan gagal kerana tidak mendapat respon daripada mereka.
Malcom menjadi frust kerana kelemahan dirinya untuk menarik minat orang lain kepada Islam dan mengaku tidak mempunyai idea yang bernas dan berhujah mengenai Islam. Akhirnya beliau yang selama ini tidak pernah habis sekolah mengambil inisiatif belajar sendiri di dalam penjara. Beliau telah mengkaji ilmu-ilmu dan akhirnya dengan kesungguhan yang ada, beliau berjaya memperoleh kebijaksanaan walaupun dipagari pagar-pagar besi penjara. Beliau tekah meninggal dunia semasa berumur 39 tahun.

PERJALANAN MENUJU FIKAH

Apakah perbezaan antara syariat Islam dan hukum fikah? Dr. Yusuf Qardhawi di dalam buku Panduan Memahami Syariat Islam menjelaskan bahawa syariat adalah hukum-hakam yang digubal oleh Allah yang ditetapkan dengan dalil Al-Quran dan sunah serta cabangnya, samada kesepakatan para pakar (ijmak) atau analogi(qiyas) serta dalil-dalil lain.
Fikah pula adalah ilmu yang berkaitan dengan menyimpulkan hukum syarakyang berupa amali. Ia dikeluarkan daripada dalil-dalil yang terperinci. Imam Jurjani menjelaskan , “ Fikah itu suatu ilmu yang disimpulkan oleh pendapat seorang yang pakar (ulama) melalui penelitian dan penyelidikan.
Fikah adalah satu displin ilmu syariat seperti akidah dan akhlak. Fikah termasuk dalam kategori ilmu yang bersandarkan pada wahyu Ilahi. Menurut Dr. Yusuf Qardhawi di dalam bukunya Fiqh Keutamaan menjelaskan bahawa ilmu itu mengatur kehidupan individu Muslim, masyarakat Muslim, umat Islam, bahkan Negara Islam. Iaitu dengan melaksanakan hukum hakam Tuhan dalam diri, masyarakat dan negara.
Masyarakat Islam bukan masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang dan peraturan social. Masyarakat Islam dibina berdasarkan hukum Allah. Hukum itdijelaskan oleh ilmu fikah. Peraturan yang ditetapkan dalam masyarakat oleh hukum fikah bertujuan supaya segala aktiviti kehidupan sesuai dengan kehendak dan perintah Allah. Secara umumnya, bagi memastikan seluruh anggota masyarakat beribadah kepada Allah s.w.t.

JANGGUT PANJANG DAN KITAB TEBAL

Masyarakat memandang ahli ilmu fikah secara stereotaip. Mereka menganggap ahli fikah perlu menyimpan janggut panjang, kena pakai serban, kena baca kitab yang berumur puluhan malahan ratusan tahun. Warna halamannya yang kekuningan dengan tulisan yang sukar dibaca. Dengan tulisan yang berbelit-belit dan sungguh menakutkan dan sukar dilakukan. Oleh sebab itu, mereka menganggap ilmu fikah itu susah.
Sebenarnya fikah itu menyeronokkan untuk dipelajari dari sudut ilmu bukan menilai ahli fikah itu secara zahir. Orang yang berilmu juga bukan dilihat melalui penampilannya sahaja. Yang paling utama dalah manfaat yang diperolehi daripada ilmu yang dipelajari.
Abu Musa al-Ash’ari melaporkan sepotong hadis daripada Nabi Muhammad yang berbunyi, “ Ilmu dan petunjuk Tuhan yang aku bawa umpama hujan yang membasahi Bumi. Ada tanah yang subur dan boleh menyerap air hujan itu. Lalu menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak.

Ada tanah yang gersang yang tidak boleh menyerap air. Tetapi ia menakungkan air itu. Kemudian Tuhan jadikan air yang ditakung itu mendatangkan manfaat kepada manusia. Mereka minum air itu. Mereka menyiram tanaman mereka dengan air itu. Gunakannya untuk memberi minum binatang ternakan.
Manakala tanah yang ketiga pula, ia tidak dapat menyerap air dan juga tidak boleh menakungkan air. Itulah bandingan orang yang faham (fakih) tentang agama. Lalu apa yang aku bawa dimanfaatkanolehnya. Dia berilmu dan mangajarkan ilmu.


Tanah pertama yang disebut oleh nabi dalam hadis itu adalah ibarat ahli agama yang berilmu dan faham agama atau fakih. Dia mampu memanfaatkan ilmunya bagi manfaat umat dan orang lain. Dia mampu menjadi manusia yang membawa kasih saying Tuhan pada seluruh alam. Dia ada ilmu dan mengamalkan ilmu tersebut dan diajarkan kepada orang lain.
Tanah kedua pula diibarat orang yang memelihara apa yang dilihatnya dan didengarinya. Dia mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu itu. Walaubagaimanapun, dia mengajarkan ilmu yang dimilikinya kepada orang lain meskipun dia tidak mendapat apa-apa manfaat kepada dirinya, tetapi orang lain boleh mendapat manfaat itu.
Tanah ketiga pula ibarat orang yang tidak mampu menampung ilmu dan tidak pula menjadi penyalur ilmu. Dia tidak mahu menjaga ilmu yang didengar berkaitan hukum hakam agama. Dia juga tidak mahu menjaga apa yang dilihat iaitu tidak mahu mengambil pengajaran daripada kehidupan ini. Oleh sebab itu, orang seperti ini adalah orang yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat samada kepada dirinya ataupun kepada orang lai
BAHAGIAN 2
( DARI MANA HUKUM DIAMBIL?)


PEMBAHAGIAN HUKUM FIKAH

Fikah bermaksud bidang ilmu yang mengkaji hukum-hukum Islam yang bersifat amali daripada hujah yang lanjut. Hukum-hukum fikah lahir daripada ijtihad yang dilakukan oleh para pakar fikah. Ijtihad bermaksud usaha para pakar dalam memahami maksud yang terkandung dalam teks wahyu iaitu Quran dan sunnah.
Hukum terbahagi kepada 2 bentuk iaitu hukum taklii dan wad’i. Hukum taklifi bermakna penjelasan Tuhan pada kedudukan suatu perkara itu sama ada yang disuruh, ditegah ataupun diberi peluang memilih. Hukum-hukum itu adalah ;
Wajib - Adalah perbuatan yang disuruh secara tetap dan apabila ditinggalkan atau
tidak dilakukan akan mendapat dosa. Manakala yang melakukannya akan
mendapat pahala dari Allah
Sunat - Perbuatan yang disuruh secara pilihan. Sesiapa yang melakukan akan
mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa.
Haram - Perbuatan yang ditegah secara tetap. Sesiapa yang melakukannya
berdosa dan dimurkai Allah. Manakala yang meninggalkannya akan
mendapat pahala.
Makruh - Perbuatan yang ditegah secara pilihan. Sesiapa yang melakukannya
tidak berdosa tetapi kalau ditinggalkan akan mendapat pahala.

Harus - Perbuatan yang diberi pilihan oleh Tuhan untuk dilakukan atau
ditinggalkan.
Jenis hukum yang kedua ialah hukum wad’i. Hukum wad’I ialah hukum yang menjelaskan dan mengikat kedudukan hukum.
1) Sebab
Adalah punca kepada penetapan suatu hukum. Contohnya perrjalanan adalah sebab hukum dibenarkan sembahyang qasar, iaitu mengurangkan bilangan rakaat sembahyang. Misalnya solat Zohor, Asar dan Isyak didirikan hanya 2 rakaat.
2) Syarat
Adalah cirri zahir yang ditetapkan oleh Tuhan. Hukum itu bergantung pada syarat yang sudah ditetapkan oleh Tuhan. Apabila tidak cukup syarat, tidak wujud hukum serta tidak wujud sebab. Contohnya, sebab diwajibkan zakat adalah cukup nilai. Apabila syarat cukup nilai tiada, tidak wajib keluar zakat.
3) Halangan
Adalah perkara yang menghalang kewujudan hukum ataupun membatalkan sebab. Contohnya, hutang menjadi halangan seseorang menunaikan zakat dan dia tidak diwajibkan berzakat.
4) Sah
Adalah perbuatan yang cukup syarat dan rukun serta tiada halangan padanya.
5) Batal
Ia adalah perbuatan yang tidak cukup syarat dan rukun ataupun ada halangan.


6) Keringanan
Ia adalah perbuatan yang diringankan oleh Tuhan apabila wujud sebab-sebabnya. Asal hukum makan bangkai adalah haram. Tetapi apabila keadaan terdesak iaitu darurat ( tida makanan dan kalau tidak makan akan mati) Tuhan mengizinkan kita makan sedikit bangkai tersebut.

JOM JADI PAKAR!
Mengetahui hukum fikah adalah asas bagi kewajipan umat Islam. Ia termasuk dalam ilmi fardu ain iaitu ilmu yang mesti diketahui oleh orang Islam. Mendalami ilmu itu dituntut oleh Islam. Tidak rugi jika kita mempelajari ilmu kerana semakin kita mencari ilmu, kita semakin yakin untuk hidup. Keistimewaan ilmu yang tidak ada pada selainnya adalah ilmu itu semakin banyak diberikan, semakin banyak kita mendapatnya.
Kita dapat terjemahkan Islam kepada 2 iaitu iman dan amal. Iman bermaksud percaya dalam hati. Manakala amal pula adalah perlakuan dan perbuatan kita yang dizahirkan oleh anggota badan. Ilmu yang berkaitan dengan iman dan akidah dinamankan ilmu tauhid. Ilmu yang mengupas membahaskan amal-amal ibadah serta hukum-hukum yang berkaitan dengannya dinamakan ilmu fikah.

SUMBER HUKUM FIKAH
1) AL-QURAN
Quran adalah kata-kata Allah yang diturunkan melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad dalam bentuk mazhab. Antara mukjizat Al-Quran adalah;
 Di dalam Quran tidak terdapat pertembungan antara ayat dan ayat. Ia mempunyai irama yang indah dan rentaknya selari.
 Terdapat beberapa ayat yang menyentuh teori saintifik seperti kejadian langit dan bumi.
 Terdapat ayat yang menceritakan berkaitan sesuatu peristiwa seperti ayat yang menerangkan Rom dikalahkan.
 Apabila kita membaca Al-Quran, kita berasa tenang dan dapat menenangkan jiwa.
2) SUNNAH
Sunnah adalah setiap perkara yang lahir daripada nabi samada ucapan, perbuatan ataupun kebenaran nabi. Terdapat 3 jenis sunnah iaitu;
 Sunah ucapan atau sunnah qawliyah
 Sunah perbuatan atau sunnah fi’liyah
 Sunah kebenaran atau sunnah taqririyah
Sunnah qawliyah disebut juga oleh pakar sebagai hadis. Apabila Nabi bercakap atau menerangkan suatu hukum, para sahabat yang mendengar akan melaporkannya kepada orang lain.
Sunnah fi’liyah bermaksud perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad. Apabila para sahabat nampak nabi melakukan sesuatu, mereka melaporkan kepada orang lain.
Sunnah taqririyah ialah sunah kebenaran iaitu perbuatan yang dilakukan oleh sahabat dan nabi membenarkan para sahabat melakukannya tetapi nabi tidak melakukannya.
3) IJMAK
Ijmak bermaksud kesepakatan para pakar daripada kalangan umat Nabi Muhammad selepas beliau meninggal dunia pada zaman tertentu berkaitan suatu masalah. Apabila para sahabat berhadapan dengan masalah baru yang tidak diterangkan dalam Al-Quran dan Sunnah, mereka berkumpul dan akan membincangkan masalah tersebut bertepatan dengan kehendak syariat.
4) QIYAS
Qiyas bermaksud mengaitkan masalah yang tiada hukum yang jelas padanya dengan masalah yang ada hukum kerana ada sebab yang sama antara kedua-duanya.
Terdapat rukun Qiyas iaitu;
o Mengkaji masalah yang dinyatakan hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan sunah.
o Perkara yang dikaji memag betul belum ada hukum dalam Al-Quran dan sunnah.
o Hukum masalah asal yang ditetapkan di dalam Al-Quran atau sunnah.
o Sifat yang menyebabkan hukumma masalah asal itu ditetapkan.

BAHAGIAN 3
(FIKAH ITU MUDAH DAN MENYERONOKKAN)

Dr.Yusuf Qardhawi menjelaskan maksud memudahkan dalam ilmu fikah ada 2 perkara yang patut diambil berat bagi mengembangkan ilmu fikah dalam dunis sekarang.
Pertama, memudahkan manusia memahami fikah dengan cara meluaskan pengetahuanfikah melalui alat komunikasi moden. Kedua, menudahkan hukum-hukumnya untuk dilaksanakan dan diaplikasikan di samping menghindarkan sikap memberatkan dalam melaksanakan hukum.
Imam Syafie berkata,” Berikan penjelasan kepada masyarakat berdasarkan tahap kemampuan fikiran mereka.” Lain orang lain kemampuannya.
Ilmu fikah adalah ilmu yang amat menyeronokkan untuk dipelajari. Tujuan hidup manusia tiada lain kecuali memenuhi dua tugas utama. Tugas itu adalah beribadah kepada Allah dan memakmurkan muka bumi. Ibadah dilakukan melalui dua dimensi iaitu fizikal dan rohani.
Dimensi fizikal ibadah adalah syarat-syarat dan rukun-rukun. Perkara yang hendak dilakukan itu mestilah diizinkan oleh Tuhan. Bagi memastikan perbuatan itu sah dan diterima Allah, ia perlu memenuhi syarat dan rukun yang ditetapkan.
Dimensi rohani dalam ibadah adalah ketaqwaan dan keikhlasan orang yang melakukan perbuatan itu. Keikhlasan adalah roh ibadah. Keikhlasan melakukan sesuatu kerana Allah bermula dengan kita sentiasa mengingati Tuhan iaitu dengan membaca Bismillah.


Hukum dalam Islam ditetapkan oleh Allah bagi memenuhi objektif yang ditetapkan iaitu;
o Memenuhi kepentingan atau manfaat
o Menjauhkan mudarat
Apabila manusia melaksanakan segala hukum-hakam syarak, sudah pasti segala manfaat bagi kehidupan mereka tercapai dan segala mudarat dapat dihindarkan. Jikalau kita perlu memilih antara mengelakkan mudarat dan mendapat kebaikan, kita perlu dahulukan mengelak mudarat. Ini kerana kalau mudarat sudah berlaku, maka kebaikan yang kita kejar itu pun kita tidak akan dapat.


BAHAGIAN 4
( HERO-HERO DALAM ILMU FIKAH)

IMAM ABU HANIFAH : DIPENJARA DEMI MARUAH ILMU
Namanya Nu’man bin Tsabit dan beliau dikenali dengan gelaran Abu Hanifah. Hanifah dalam bahasa Parsi bermaksud pen. Menurut satu riwayat, beliau mendapat gelaran tersebut kerana sentiasa membawa pen ke mana sahaja beliau pergi. Dengan pen tersebut, beliau menulis ilmu yang diterima daripada gurunya.
Lahir di Kota Kufah, sekarang dikenali dengan negara Iraq pada 80 hijrah bersamaan 699 Masihi. Beliau lahir dan membesar semasa pemerintahan khalifah Islamiah yang dipimpin oleh Abdul Malik b Marwan dari Bani Umaiyah.
Pada masa Abu Hanifah sedang dimuliakan oleh orang ramai kerana ilmunya, jawatan khalifah Bani Umaiyah yang berpusat di Syam disandang oleh Marwan bin Muhammad al-Ja’di. Khalifah melantik Yazid bin Umar sebagai Gabenor di Iraq. Dengan keizinan khalifah, Gabenor Yazid menawarkan jawatan hakim di Kufah kepada Abu Hanifah. Tetapi beliau telah menolak tawaran tersebut kerana tidak bersetuju dengan tindak-tanduk pemerintah pada masa itu. Sebagai hakim, beliau terpaksa berdamping dengan pemerintah dan bertanggungjawab dengan tindak-tanduknya walaupun berlawanan dengan sunnah rasul.
Disebabkan beliau menolak jawatan itu, beliau telah dipenjarakan dan disebat. Selepas dibebaskan dari penjara, kesan hukuman sebat itu jelas kelihatan pada tubuhnya. Akhirnya, beliau berpindah ke Mekah dan menetap di sana lebih daripada 6 tahun.
Selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Abbasiyah pula memerintah. Sekali lagi Abu Hanifah telah ditawarkan menjadi hakim. Oleh sebab prinsip yang beliau pegang, beliau tetap menolak tawaran itu. Akhirnya, beliau dipenjarakan semula sehingga ke akhir hayat.
Beliau telah meninggal dunia semasa berumur 70 tahun pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah semasa beliau sedang sujud dengan khusyuk dalam solat. Jenazah beliau telah dimakamkan di Tanah Perkuburan al-Khaizaran di Kota Baghdad, Iraq.

IMAM MALIK: HERO YANG MEMPERTAHANKAN SUNAH NABI

Imam Malik bin Anas dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah. Beliau telah membesar di Madinah yang pada masa itu menjadi pusat pengajian ilmu agama. Sejak kecil beliau telah menghafal Quran dan hadis. Ingatan Imam Malik sangat kuat.
Imam Malik telah dipenjarakan oleh Gabenor Ja’afar kerana keenggannanya menarik balik fatwanya. Pada masa itu, beliau berumur 54 tahun. Oleh itu, gabenor memerintahkan supaya Imam Malik dirotan sebanyak 70 kali sebatan. Hukuman yang telah dikenakan telah mencetuskan kemarahan penduduk Madinah. Akhirnya, beliau telah dibebaskan.
Pada zaman pemerintahan al-Mansur, Imam Malik telah ditawarkan jawatan hakim. Imam Malik telah menolak jawatan tersebut tetapi beliau tidak dipenjarakan seperti Abu Hanifah. Ini disebabkan Imam Malik telah menjaga hubungan baik dengan pemerintah. Berbeza dengan Imam Abu Hanifah yang lebih tegas.
Imam Malik telah meninggal pada bulan Rabiulawal tahun 179 hijrah. Beliau telah disemadikan di perkuburan baqi’ di luar Madinah.

IMAM SYAFIE: PENGHULU IMAM DAN PEMBAHARU UMMAH

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris dan dikenali dengan nama Syafie. Nama bapanya ialah Idris Abbas dan ibunya ialah Fatimah binti Ubaidillah. Beliau daripada keturunan nabi. Beliau telah dilahirkan di Kota Ghaza yang terletak di dalam daerah ‘Asalan, Palestin iaitu lebih kurang 80 kilometer dari Baitul Maqdis. Beliau telah dilahirkan dalam keadaan yatim lagi miskin.
Semasa beliau berumur 7 tahun, beliau telah berjaya menghafal Quran. Selepas itu, beliau telah memasuki kelas pengajian di masjid. Beliau telah mempelajari dan menghafal ilmu hadis dan segala masalah yang berkaitan.
Beliau telah menguasai ilmu bahasa Arab dan menjadi pakar bahasa. Beliau pernah berkata, mempelajari bahasa Arab wajib bagi setiap orang Islam samada orang Arab dan bukan Arab. Semasa di Sana’a, Yaman beliau telah berkahwin dengan Hamidah binti Nafi’, cucu Uthman bin Affan. Daripada perkahwinan itu, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Seorang lelaki bernama Abu Uthman Muhammad bin Muhammad bin Idris yang kemudiannya menjadi kadi di Halab, Syam. Dua lagi anaknya, adalah perempuan bernama Fatimah dan Zainab.
Imam Syafie telah menghembuskan nafas terakhir di Mesir, pada bulan Rejab tahun 204 hijrah.

IMAM AHMAD: ILMUAN YANG TEGAS

Beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal. Lahir di Kota Baghdad pada bulan Rabiulawal, tahun 164 hijrah. Menurut cerita yang sah, keturunan Imam Ahmad bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad pada datuknya yang ke-18 bernama Nizar. Beliau adalah salah seorang ilmuan ahli sunnah wal jamaah yang terkemuka. Beliau dianggap sebagai pembaharu abad ke-3 hijrah.
Beliau membesar sebagai anak yatim. Beliau diasuh oleh ibunya sehingga dewasa. Beliau telah membesar di Kota Baghdad yang menjadi pusat pemerintahan dan pusat ilmu.
Imam Ahmad begitu berminat dalam ilmu hadis. Beliau sanggup menjelajah ke seluruh pelosok negeri apabila beliau mendengar ada orang yang melaporkan hadis. Matlamat beliau adalah mengumpulkan sebanyak mana hadis dalam khazanah ilmunya. Beliau juga tegas dalam persoalan sunnah. Mana-mana perkara yang bertentangan dengan sunnah nabi akan ditentang habis-habisan. Beliau pernah berkata, “ Sesiapa menolak hadis, dia akan tertolak hingga ke tepi jurang kebinasaan.”
Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun, beliau pernah dipenjarakan kerana tidak bersetuju dengan pendapat kerajaan pada masa itu. Beliau yang terkenal dengan sikap tegasnya tidak menerima pandangan ilmuan Muktazillah yang mengatakan Quran itu makhluk. Beliau telah ditangkap dan dipenjarakan. Beliau telah dibawa dari Baghdad ke tempat yang bernama Tharsus untuk dipenjarakan. Dalam perjalanan itu, kaki dan tangannya dirantai dan ditunjukkan kepada orang ramai.
Beliau juga telah dijatuhkan hukuman sebat dengan cemeti sebanyak 29 kali hingga darah mengalir daripada tubuhnya. Beliau terus dipenjarakan walaupun khalifah silih berganti. Akhirnya, semasa pemerintahan Khalifah al-Mutawakkil, beliau telah dibebaskan. Semasa beliau dibebaskan dari penjara, beliau dikatakan sudah berusia 70 tahun.
Pada hari-hari terakhir, beliau telah diserang demam panas yang berat. Pada hari Jumaat 12 Rabiulawal tahun 214 hijrah, beliau kembali ke rahmatullah semasa berumur 77 tahun.

BAHAGIAN 5
( MENYELESAIKAN MASALAH)
Perbezaan pandangan dalam masalah fikah memang tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah kita mahu selesaikan masalah itu? Para pakar perlu berijtihad menjelaskan hukum itu dengan berpandukan petunjuk-petunjuk umum yang ada di dalam Quran dan sunnah. Apabila ilmuan berijtihad, maka sudah tentu ada perbezaan pandangan.
Kita wajib mengetahui perbezaan pandangan pakar fikah, sebagaimana kita wajib mengetahui masalah yang mereka sepakati(ijmak). Sesungguhnya perbezaan pandangan mereka adalah rahmat dan kesepakatan mereka adalah hujah.
Dr.Yusuf Qardhawi di dalam bukunya al-Sahwah al-Islamiyyah bayn al-ikhtilaf al-mashru’wa al-tafarruq al-madhmum menjelaskan, “ Sesuatu yang dapat membantu membina sikap terbuka adalah mengkaji perbezaan pendapat di kalangan ilmuan. Ia bertujuan mengetahui perbezaan pandangan mazhab dan kepelbagaian sumber pandangan itu. Setiap mereka mempunyai hujah dan dalil berdasarkan keluasan ilmu mereka dalam syariat Islam itu sendiri.
Mazhab hanyalah sebagai kumpulan pendapat berkaitan dengan masalah ranting dalam ilmu fikah. Para imam berbeza pandangan dalam menetapkan hukum sahaja, bukan pada sumber hukumnya. Semua mazhab berpegang pada Quran dan sunnah. Walaupun mereka juga berpegang pada ijmak dan qiyas, namun kedua-duanya juga diasaskan daripada petunjuk Quran dan sunnah.


Islam meletakkan setiap ilmu itu ada hubungannya antara satu sama lain. Semua ilmu berpunca daripada sumber yang satu iaitu wahyu Ilahi. Mana-mana ilmu yang bertentangan dengan wahyu akan ditolak. Semua ilmu adalah milik Allah s.w.t. dan kita dipertanggungjawabkan menguruskan ilmu itu sebaik mungkin. Kalau kita melaksanakan tanggungjawab itu, selamatlah kita. Tetapi jikalau sebaliknya, rugilah kita.
Bagi mencapai hasrat yang mulia ini, tidak ada jalan lain kecuali kita belajar berkenaan kebaikan. Kebaikan yang mampu diteladani dan dicontohi oleh umat Islam. Kita perlu kembali kepada Islam kerana hanya Islam sahaja yang mampu menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.

DOA PERPISAHAN
Allahumma inna na’uzubika minal hammi wal hazni
Ya Allah! Kami berlindung dengan Engkau dari kerisauan dan kesedihan.
Wa na’uzubika minal’ajzi wal kasal
Dan kami berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas.
Wa na’uzubika minal jubni wal bukhli
Dan kami berlindung dengan Engkau dari sifat penakut dan kedekut.
Wa na’uzubika minal ghalabatid dayn wa qahrir rijal
Dan kami berlindung dengan Engkau dari bebanan hutang dan penindasan orang
jahat.
Itu adalah doa yang diajar oleh Nabi Muhammad kepada kita jikalau kita ada masalah. Kita digalakkan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Nabi memberi amaran kepada para sahabat berkaitan 6 perkara yang akan berlaku pada akhir zaman. Beliau menjelaskan 6 perkara itu adalah , “ Hukum agama dalam jual beli, banyak syarat dikenakan, pembunuhan berleluasa, hubungan silaturrahim diputuskan, mabuk kerana minum arak dan mereka pada akhir zaman menjadikan Quran seperti bunyi-bunyian yang keluar dari seruling.
Inilah bala bencana yang menimpa umat Nabi Muhammad pada akhir zaman. Oleh sebab itu, beliau tidak mahu berjumpa dengan kecelakaan-kecelakaan seperti ini. Pada akhir zaman, umat dipimpin oleh orang yang jahil agama. Dalan hadis lain, nabi berkata, “ Kamu layak menerima kemajuan jika pemimpin kamu itu adalah daripada kalangan yang terbaik antara yang terbaik antara kamu. Orang kaya kamu adalah daripada kalangan orang yang pemurah dan urusan antara kamu dimesyuaratkan sesame kamu.


RUJUKAN
1) Alex Haley dan Malcom X. The Autobiography of Malcom X. New York: Penguin Books,1968.
2) Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sohih Bikhari. Suntingan Mustafa Dib Bugha. Beirut: Dar Ibnu Kathir,1987.
3) Yusuf Qaradawi. Fikih Taysir: Methode Praktis Mempelajari Fikih. Terjemahan Zuhairi Misrawi dan M.Imadun Rahmat. Jakarta: Pustaka al-Kautsar,2001
4) Yusuf Qaradawi. Fiqh Keutamaan. Terjemahan Ahmad Nuryadi Asmawi. Selangor : Thinkers Library,2002
5) Yusuf Qaradawi. Sahwah Islamiyyah Bayn Ikhtilaf Mashru’ wa Tafarruq Madhmum. Kaherah:Dar Sahwah,1991
6) Zuhaili, Wahbah. Usul Fiqh Islami. Beirut: Dar al-Fikr,1986
7) Mustafa Suhaimi. Imam Abu Hanifah. Ulu Kelang : Progresif Produk,1990
8) Mustafa Suhaimi. Imam Ahmad Hanbal. Ulu Kelang: Progresif Produk,1990
9) Mustafa Suhaimi. Imam Malik. Uku Kelang : Progresif Produk,1990
10) Darimi,Abdullah bin Abdul Rahman. Sunan Darimi. Suntingan Fawaz Ahmad Zamarli dan Khalid Saba’ Alami. Beirut:Dar Kitab Arabi,1987
11) Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad.Ihya’ Ulum al-din.Beirut : Dar Kutub Ilmiyah,2004
12) Hakim,Muhammad bin Abdullah.Mustadrak ‘ala Sohihayn.Suntingan Mustafa Abdul Qadir Ata.Beirut : Dar Kutub Ilmiyah,1990
13) Haytami,Ali bin Abu Bakar.Majma Zawa’id Beirut: Dar Kitab Arabi,1987
14) Herry Nurdi.Fiqih Itu Asyik.Jakarta: Darul Mizan,2004
15) Ibnu Abdul Bar.Mukhtasar Jami’ Bayan ‘Ilm Beirut: Dar Khayr,1992
16) Khatib Baghdadi.Kayfa Takunu Faqihan.Suntingan Amri Said Zibari.Beirut: Dar Ibn Hazm,1995
17) Muhammad Hasbi Ash Shiddiqi.Pengantar Hukum Islam.Johor Bharu: Thinkers Library,1986.
18) Muslim bin Hajjaj.Sohih Muslim.Suntingan Muhammad Fuad Abdul Baqi.Beirut: Dar Ihya’ Turath Arabi.
19) Tirmizi, Muhammad bin Isa. Sunan Tirmizi.Suntingan Ahmad Muhammad Syakir,et.al.Beirut: Dar Ihya’Turath Arabi.
20) Muhammad Nuruddin Marbu Banjari Makki.Imam Syafie Penghulu Imam dan Pembaharu Ummah.Terjemahan Muhammad Subki Abdul Rahman.Pasir Mas: Maahad Tahfiz Darul Quran wal Qiraat,2002

Kebangkitan Wanita Islam

Oleh: Aimi Sarah Bt Amran

Abstrak

Anggapan ramai selama ini bahawa wanita sebagai insan kelas dua berbanding dengan lelaki iaitu dari segi kecerdasan,akhlak dan kemampuan tenaga fizikal; adalah ternyata tidak tepat.Wanita juga mempunyai kebolehan,bakat dan kekuatan yang tersendiri,setaraf dengan lelaki.Ia dapat dilihat bukan sahaja di zaman ini,tetapi juga pada zaman silam melalui sejarah-sejarah yang akan diceritakan di sini Wanita merupakan suatu golongan yang sering dianggap sebagai lemah dan tidak setanding dengan kaum lelaki dalam segala aspek.Anggapan ini adalah tidak benar sama sekali kerana wanita mempunyai kelebihan tersendiri dan berkebolehan dalam banyak perkara.
Buku Kebangkitan Wanita Islam ini diterbitkan bagi memberi pengetahuan dan menimbulkan kesedaran di kalangan orang Islam bahawa berdasarkan sejarah,kaum wanita Islam telah memainkan peranan terpenting dalam pelbagai bidang yang sesuai dengan mereka serta dibenarkan syara’,demi membangunkan ummah dan Negara:baik di bidang akademik mahupun di bidang bukan akademik.
Kemunculan tokoh-tokoh wanita dalam sejarah memberi nafas baru kepada kebangkitan umat baik dari segi politik mahupun sastera.

Pendahuluan

Anggapan ramai selama ini bahawa wanita sebagai insan kelas dua berbanding dengan lelaki iaitu dari segi kecerdasan,akhlak dan kemampuan tenaga fizikal; adalah ternyata tidak tepat.Wanita juga mempunyai kebolehan,bakat dan kekuatan yang tersendiri,setaraf dengan lelaki.Ia dapat dilihat bukan sahaja di zaman ini,tetapi juga pada zaman silam melalui sejarah-sejarah yang akan diceritakan di sini.
Tanpa kita mengkaji terhadap kemampuan dan kebangkitan insan ini dan tanpa kita membaca sejarah kebangkitan sesuatu umat di masa silam,maka kita tidaklah memperoleh berita atau bukti yang jelas mengenai peranan mereka dalam sejarah dunia,terutama dalam perkembangan dunia atau tamadun Islam.
Dengan itu,marilah kita sama-sama mempelajari dan menyimpulkan tentang wanita Islam setelah mengetahui sejarah-sejarah masa silam yang akan dinyatakan di sini.

Islam Mengarah Mengajar Kaum Wanita

Sesungguhnya agama Islam telah mewajibkan ke atas setiap wanita Islam menuntut ilmu sebagaimana juga ke atas setiap lelaki Islam,di mana Islam telah menyamakan antara lelaki dan wanita dalam urusan-urusan kerohanian dan kewajipan keagamaan.Tegasnya Islam tidaklah membezakan antara kedua jenis insan ini dalam tugas belajar dan mengumpulkan ilmu.
Rasullullah s.a.w tidaklah membezakan antara lelaki dan perempuandalam kewajipan belajar ini,di mana ilmu pengetahuan merupakan suatu perkara yang suci dalam agama Islam;manakala mempelajarinya menjadi kewajipan individu(fardu ‘ain).
Wanita-wanita yang hidup di Zaman Jahiliah sebelum kedatangan Islam dahulu,juga mempunyai hak untuk belajar.Apabila Islam datang,maka bermulalah perkembangan fikiran yang memajukan orang Arab di mana kalangan wanita giat memainkan peranan dalam masyarakat,yang mana keadaan ini belum wujud sebelum Islam.
Contohnya Sayyidah ‘Aa’isyah bt Abu Bakar As-Siddiq(isteri Nabi s.a.w yang termuda) adalah seorang yang berkebolehan membaca al-Quran dari Mushaf manakala isteri pertama Rasullullah s.a.w,Khadijah bt Khuwailid adalah seorang wanita berilmu yang banyak membaca kitab-kitab dari langit termasuk al-Injil.

Antara Wanita-wanita Islam yang Pintar
• Al-Khunsaa’

Beliau hidup di zaman hayat Rasullullah s.a.w,dikenali sebagai tokoh penyair di mana kebanyakan syairnya adalah tentang kerinduannya terhadap 2 saudaranya.Dalam masa usaha-usaha penaklukan dan penyebaran Islam dilancarkan ke atas negeri Parsi,Khunsaa’ juga telah turut menyumbangkan semangat Islam dan keberaniannya;di mana beliau telah menyertai pasukan ke sana.Turut menyertai Khunsaa’ ialah 4 orang puteranya di mana akhirnya gugur dalam medan perang ketika itu.
• Sayyidah Sakiinah bt Sayyidina Husain

Seorang penyair wanita dan sasterawati,hebat dalam menggambarkan peristiwa yang telah berlaku dan tokoh pengkritik.Ramai penyair datang dari setiap pelusuk Negara untuk bertanding syair dengannya.
• ‘Aai’syah bt Talhah

Terkenal sebagai pengkritik syair dan nyanyian.Juga pernah mengumpulkan ahli-ahli sastera,penyair dan periwayat untuk membincangkan hal-hal kesusasteraan,syair dan riwayat.


Tugas Memberi Pelajaran Kepada Wanita

Terdapat 2 golongan berlainan pendapat tentang perkara ini:
Golongan Pertama
Golongan ini mengatakan wanita Islam cuma wajib diajarkan kitab Al-Qur’an Al-Karim dan perkara yang berhubung dengan agama Islam sahaja,tidak lebih dari itu;di mana mereka melarang mengajarkan wanita menulis dan bersyair.Pendapat begini antaranya disuarakan oleh golongan Ansar di Madinah.Golongan ini menonjolkan bahawa kaum wanita mempunyai akal yang singkat dan keagamaan yang rendah.Justeru adanya kekurangan itu,maka digalakkan kalangan tertentu yang berkebolehan dan bertaqwa mengajarkan ilmu pengetahuan kepada kaum wanita.
Golongan Kedua
Golongan yang menyeru agar kalangan yang bertanggungjawab mengajar dan memberi pendidikan kepada wanita-wanita Islam dengan sepenuhnya.Inilah pendapat yang benar dan lebih tepat iaitu berdasarkan sumber Hadith Rasullullah s.a.w yang merangsang agar wanita diberi pelajaran.
Galakan Nabi Agar Mengajar Isteri Menulis
Di negara yang melarang wanita mempunyai ilmu dan nuur(petunjuk Ilahi),maka wanita Islam di sana tinggal dalam keadaan jahil,tidak tahu membaca dan menulis.Akan tetapi,Rasullullah amat menekankan supaya suami-suami memberi pelajaran kepada isteri mereka dengan ilmu yang sepenuhnya sehingga habis semua ilmu yang dicurahkan.



Antara Wanita Istimewa Islam
• Sayyidah Khadijah
Sayyidah Khadijah bt.Khuwailid merupakan orang atau wanita pertama yqang memberi perangsang dan saranan kepada Nabi s.a.w dalam perjuangan dakwah Islam.Beliau sama-sama melibatkan diri dalam kegiatan dakwah Nabi s.a.w dan memberi sumbangan moral dengan sikapnya yang lemah-lembut serta sumbangan fikiran atau harta benda.
• Sayyidah ‘Aa’isyah
Beliau ialah puteri Abu Bakar As-Siddiq,seorang isteri Rasullullah di mana beliau menjadi wanita contoh bagi seluruh wanita Islam Arab.Beliau menjadi tempat rujukan Hadith-hadith Nabi s.a.w dan juga seorang pakar kesusasteraan,penyair dan pemidato.
• Sayyidah Fatimah Az-Zahraa
Puteri Rasullullah s.a.w sendiri yang menerima didikan adab menerusi Rasullullah s.a.w sendiri lalu terbentuklah akhlak beliau yang bagus.Fatimah tidaklah pernah mengabaikan kewajipan rumah tangganya.Beliau mempunyai fikiran yang tajam ,pengetahuan yang luas,kesempurnaan jiwa dan kebolehan menggubah syair yang bagus dan mengetahui selok-belok agama,juga banyak meriwayatkan hadith Nabi.Pertuturan dan pengucapan Fatimah amat mirip dengan cara pengucapan Nabi s.a.w.
• Sayyidah Sakinah bt Sayyidina Husain
Beliau mengatasi kecerdasan wanita-wanita lain di zamannya dalam semua aspek;memiliki idea dan kepintaran di mana beliau menjadi tumpuan para penyair dan peminat Al-Qur’an.Selain mempunyai akhlak yang sempurna,gemar belajar,dan suka menyertai majlis ulama;beliau juga merupakan seorang penyair yang terbaik di kalangan sasterawan dan pensyair.sesungguhnya beliau terkenal dengan dengan ketinggian mutu sastera dan ilmu pengetahuan yang luas.
• Sayyidah Zubaidah Permaisuri Ar-Rasyid
Beliau adalah seorang perwira wanita Islam dan pembantu Kerajaan Abbasiyah,mempunyai kedudukan yang tinggi di zamannya,berakhlak terpuji dan memiliki banyak keistimewaan.Beliaulah yang membina suatu projek bekalan air di mana beliau mendirikan telaga-telagayang berderetan dari Makkah ke Padang Arfah untuk memberi minum kepada para haji.Seterusnya beliaulah yang membina kembali kota Iskandaruunah sesudah dimusnahkan oleh kerajaan Byzantin.
• Khaizuraan
Merupakan Permaisuri Khalifah Al-Mahdi ,khalifah ketiga Bani ‘Abbaas dan dikagumi akal dan kecerdasannya,juga kesopanan dan keberaniannya di mana beliau dikunjungi oleh para menteri,ulama dan penyair.
• Buuraan
Merupakan Permaisuri Khalifah Al-Ma’muun,seorang muslimah Parsi.Beliaulah antara wanita yang mendirikan sekolah-sekolah dan hospital di kota Baghdad,Madinah As-Salaam.
• Syajaratud-Durr
Permaisuri Najmuddin Ayyuub ini pernah menceburkan diri ke medan perang menentang Raja Perancis St.Louis,sesudah kewafatan suaminya;dan beliau diiktirafkan sebagai Raja Mesir.Juga merupakan wanita yang julung-julung menjadi Raja,memerintah dengan kemahiran dan pengalaman.
• Sayyidah Mahr An-Nisaa’
Merupakan Permaisuri Parsi.Suatu peristiwa telah berlaku di mana suaminya telah tertawan dalam suatu peperangan ,lantas beliau sendiri mengepalai tentera Islam lalu beliau berjaya membebaskan suaminya daripada cengkaman musuh.Suaminya Sultan Saliim menggelar beliau “Nur Al-Qashr”(cahaya mahligai) manakala rakyat pula memanggil beliau “Nur Jihaan”(cahaya dunia).

Kegiatan Wanita Islam Dalam Politik
Meskipun lapangan politik merupakan suatu lapangan yang rumit,akan tetapi ada wanita Islam yang menceburkan diri dalam bidang ini.Penglibatan mereka ini adalah disebabkan sifat kelancaran mereka bertutur,sifat lemah-lembut mereka yang berkesan dan idea-idea yang bernas serta kebolehan mereka dalam berpidato;seperti peristiwa yang berlaku dalam peperangan antara Khalifah Ali bin Abi Talib dengan Mu’awiyah.Sesudah zaman Mua’wiyah,muncul pula tokoh-tokoh wanita Islam seperti Khaizuraan,Syajaratud-Durr yang memainkan peranan penting dalm bidang politik kerajaan Islam di masa silam.

Peluang Wanita Islam Dalam Pengajian Tinggi
Ada pendapat yang mengatakan bahawa wanita Islam hanya wajar diberi pengetahuan membaca dan menulis,sebenarnya mereka patut diberi peluang sampai ke peringkat yang lebih tinggi dari segi keilmuan ,sastera dan kebudayaan dan mereka telah pun memperoleh pencapaian yang besar dari segi pendidikan dan pembelajaran di zaman Keagungan Islam dahulu.
Wanita Islam tidaklah cukup dengan sekadar belajar dan mengumpulkan ilmu sahaja,malahan mereka ingin pula berkhidmat dan menyumbangkan tenaga agar ilmu yang diperoleh dapat pula dimanfaatkan dan dinikmati oleh umat Islam.Kebolehan mereka dalam bidang sastera,politik,kemasyarakatan,kedoktoran,kehakiman dan pendidikan dapat dimanfaatkan.

Islam Mengakui Hak Belajar Wanita
Agama Islam memang mengakui hak wanita untuk belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.Justeru itu,ibu bapa berkewajipan memberi pelajaran kepada anak-anak perempuans sejak dari kecil lagi.Sesungguhnya di kalangan wanita Islam terdapat sasterawati,penulis,penyair,ahli pidato,ahli Fiqh Islam,doktor,hakim dan ahli politik.
Tidaklah diragui lagi bahawa sebaik-baik ihsan terhadap kaum wanitaialah memberikan mereka sebaik-baik pendidikan ilmiah,amaliyyah,pendidikan rumahtangga dan akhlak.Islam memang mewajibkan lelaki dan wanita menuntut dan memiliki ilmu pengetahuan,di mana Rasullullah s.a.w sendiri telah menjadikan tugas belajar itu suatu kefardhuan agama bagi setiap individu muslim dan muslimah.

Perbandingan Dengan Wanita Kristian
Sejarah Abad Pertengahan membuktikan bahawa wanita Eropah yang beragama Kristian adalah tenggelam dalam laut kejahilan.Orang Yunani kuno seperti orang Sparta memang mempunyai kemajuan dan pembangunan,tetapi wanita diperlakukan seperti barang mainan lelaki dan dipergunakan untuk kesedapan lelaki sahaja.Mereka tidak memberikan wanita mereka hak untuk mencari dan menuntut ilmu.Manakala orang-orang Perancis pula menganggap bahawa wanita wajib berada di antara 4 tembok(terkongkong dan terpenjara).
Para wanita Islam pada Abad Pertengahan telah pun mencapai kedudukan yang tinggi dari segi ilmu,kesedaran mental dan ketinggian rohani;serta telah menyertai kehidupan keagamaan,sosial dan politik untuk memajukan masyarakat.Mereka juga telah mencapai kedudukan yang tinggi dari segi kebudayaan dan ilmu di mana mereka dicemburui pula kerananya.
Berdasarkan kenyataan ini,ternyatalah tidak benar pendapat Barat bahawa kejahilan wanita Islam berpunca daripada pegangan keislaman.Islam itu adalah agama ilmu dan cahaya,bukan agama kejahilan dan kegelapan.Cuma apa yang berlaku ialah semangat penjajahan sendiri yang menyebarkan pemikiran salah terhadap Islam.

Wahai Umat Islam,Ajarilah Puteri-puterimu
Suatu realiti yang tidak diragui lagi bahawa memang banyak faedahyang akan diperolehi umat Islam sebagai natijah dari memberi pendidikan kepada puteri-puteri Islam secara sempurna;termasuklah pendidikan akhlak,keagamaan dan ilmiah.
Telah berlalu suatu masa di mana mengajar anak perempuan merupakan suatu keaiban yang memalukan.Akan tetapi kini keadaan ini telah berubah,kita dapat menyaksikan sendiri bahawa setiap ibu bapa Islam pada setiap negara Islam menjalankan tugas mendidik putera-puteri mereka tanpa membezakan antara keduanya.
Pendidikan bagi wanita ialah untuk membolehkan mereka hidup dan berdikariapabila mereka mengalami nasib malang atau kematian bapa.Berilah sepenuh perhatian kepada puteri-puterimu sebagaimana putera-puteramu.Sesungguhnya wanita itu mempunyai jasmani yang lemah jadi perkuatkanlah mereka dengan memberinya ilmu dan akhlak yang baik,malah berikan kepada mereka kebebasan belajar.Kaum wanita sanggup melaksanakan sesuatu tugas apabila dididik,sama seperti lelaki.

Kelebihan Kaum Ibu Melahirkan Ketokohan Anak
Para ibu memiliki kelebihan yang penuh dalam melahirkan anak-anak yang bakal menjadi tokoh-tokoh penting dan berguna di kalangan manusia seperti Abu Bakar As-Siddiq,Umar b Al-Khattab,Hasan dan Husain(cucu Nabi s.a.w) dan lain-lain.
Mereka menjadi berguna berpunca daripada pendidikan ibu mereka,di mana ibu mempunyai kecenderungan dan perhatian yang lebih untuk mendidik mereka serta ibu juga memainkan peranan menjadi contoh tauladan yang tinggi pada diri mereka.
Ibu memainkan peranan penting dalam kejayaan hidup anak-anak mereka.Tanpa kaum wanita yang bernama ibu ini,tidak wujudlah mereka.Pengorbanan para ibu adalah yang paling besar berbanding dengan kaum lelaki.Ini membuktikan bahawa kaum wanita juga merupakan kaum yang kuat kerana dapat menahan segala keperitan sewaktu bergelar ibu dan isteri.

Wanita Islam Hari Ini
Pada zaman penjajahan dulu,wanita Islam tidak diberi kesempatan untuk memainkan peranan.Lantaran itu mereka adalah lemah dan mundur serta ketinggalan dalam pendidikan,seterusnya mereka dibelenggu agar mereka tidak menjalankan gerakan kebebasan.
Namun pada masa kini,mereka telah diakui mempunyai persamaan dengan lelaki kecuali sesetengah perkara(tanggungjawab suami,pimpinan),dan kerana itu mereka bebas bekerja sendiri dan berdikari dalam hidup mereka.Kejayaan demi kejayaan dalam ilmu pengetahuan serta pelbagai kebolehan lain,menyebabkan mereka telah mencapai suatu taraf yang pernah dicapai oleh lelaki.Malah mereka sekarang sudah mencapai taraf yang tinggi dalam pendidikan seperti diterima untuk mengikuti pengajian di pengajian tinggi sehingga kadang-kadang melebihi jumlah kaum lelaki yang diterima di sana.
Selain itu,pekerjaan dalam semua bidang juga sudah pun disandang oleh kaum wanita dengan jayanya.Mereka juga telah diberi hak untuk memilih wakil-wakil seperti dalam pilihan raya,persatuan dan sebagainya;juga sebagai anggota parlimen dan sebagai menteri di mana wanita memberi sumbangan dalam pembangunan negara dan masyarakat.
Islam Memberikan Wanita Hak yang Sempurna
Sesungguhnya agama Islam telah mengharuskan wanita berniaga dan memberikan hak untuk pengurusannya,di mana hak itu ialah hak untuk memiliki,hak untuk menjual dan membeli,dan hak untuk menguruskan harta atau barangan yang dimiliki tanpa merujuk kepada suami.
Tambahan pula,agama Islam memberikan wanita hak untuk menerima pusaka sebagai seorang isteri,ibu,anak perempuan atau saudara perempuan kepada si mati.Jadi,Islam memberikan wanita hak untuk belajar,hak untuk memiliki dan hak dalam warisan pusaka.

Persamaan Antara Wanita Dan Lelaki
Wanita seharusnya disamakan dengan lelaki untuk mencapai kemajuan pembangunan seperti zaman dulu.Dengan itu,kita mestilah meninggalkan perkara-perkara
yang menghalang kebebasan supaya mereka dapat memberikan sumbangan bagi membina kehidupan Islam yang sempurna.
Islam menganjurkan persamaan antara lelaki dan wanita dalam pemberian pahala dan azab seksaan,juga dalam pendidikan dan pembelajaran;tiada wujud perbezaan antara lelaki dan perempuan kecuali dalam perkara nafkah kepada mereka,juga dari segi pengawasan dan mempertahankan keselamatan mereka.
Di kala Rasullullah s.a.w memulakan dasar dan pokok pengajaran Islam,beliau mengajar dan menyebarkan dasar-dasar itu kepada kaum lelaki dan wanita tanpa membezakan jantina mereka.


Kesimpulan
Seandainya umat Islam di seluruh negara Islam kini ingin kembali kepada keagungan mereka yang lampau dan berhasrat mengulangi sejarah mereka yang gemilang,maka hendaklah mereka membangkitkan semangat wanita-wanita Islam dan mendidik mereka dengan pendidikan Islam yang unggul .Dengan itu,kaum wanita zaman sekarang dapat mencapai kedudukan yang tinggi dari segi ilmu sebagaimana yang telah dicapai oleh wanita-wanita Islam di zaman keagungan Islam dahulu.Mereka juga dapat membina semangat untuk maju di medan ilmu dan kerohanian.

Solat Tarawih:Amalan Sepanjang Ramadhan

Oleh: Aimi Sarah Bt Amran

Abstrak
Di samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan,umat Islam digalakkan untuk mengerjakan pelbagai ibadat sunat yang ditawarkan sepanjang bulan Ramadhan yang diberkati Allah itu.Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat solat sunat tarawih;dan seterusnya solat-solat Qiamullail(tahajjud,hajat tasbih),membaca Al-Quran,berzikir dan seumpamanya.
Allah s.w.t mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam Lailatul Qadar pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu.Seperti yang tersebut dalam Al-Quran,surah Al-Qadr,mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1000 bulan(83 tahun).Fadhilat,kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah s.w.t daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat tarawih.

Pendahuluan
Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat.Allah s.w.t telah berjanji untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda,termasuk juga balasan syurga.Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid,Qiamullail dan solat sunat tahajjud,solat sunat hajat,solat sunat tasbih,berzikir,bertahmid,membaca Al-Quran dan sebagainya.
Umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan ibadat-ibadat sunat ini.Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat tarawih setahun sekali ini.Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.


Pengertian Solat Tarawih
Erti tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat.Solat tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak.Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat tarawih,sebelum disambung semula.
Tujuan utamanya adalah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan,dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat tarawih,solat witir,membaca Al-Quran,berzikir dan lain-lain.



Sejarah Solat Tarawih
Sejarah solat sunat tarawih ini dimulai oleh Rasullullah s.a.w di Masjid Nabawi.Baginda mengerjakan solat tarawih ini di masjid,lalu para sahabat mengikutnya.Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat tarawih ini di masjid,dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.
Pada malam ketiganya,lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasullullah s.a.w di masjid.Tetapi baginda tidak hadir dan mengerjakan solat tarawih itu di rumah.Esoknya Rasullullah s.a.w bersabda kepada mereka:”Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu.Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”Jika solat tarawih itu difardhukan,tentulah agak memberati umat Islam.

Tarawih Zaman Umar Al-Khattab
Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab,semakin ramailah umat Islam mengamalkan solat sunat tarawih ini.Menurut Abdul Rahman in Ubaid Al-Qari,pada suatu malam di bulan Ramadhan,beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab.Setibanya di masjid,beliau dapati ramai orang yangberkelompok-kelompok membuat jemaah-jemaah mengerjakan solat ini.Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain.
Melihat kepada amalan yang tiada keseragaman itu,Khalifah Umar berkata:”Aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya.”Seterusnya beliau menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka’ab.
Pada malam berikutnya,mereka mengerjakan solat tarawih dengan seorang imam.Khalifah Umar berkata :”Ini termasuk bid’ah yang baik;tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.”Maksud Khalifah Umar,orang yang mengerjakan solat tarawih pada akhir malam(setelah tidur terlebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat tarawih pada awal malam.Bid’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah bahawa solat tarawih hendaklah dikerjakan secara berjemaah dengan pimpinan seorang imam yang baik bacaannya.


Hukum Solat Tarawih
Hukum solat tarawih ialah sunat muakkad(sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan.Oleh kerana itu,keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya.Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat tarawih pada malamnya,seolah-olah menjadi tawar dan hambar;Berjaya tetapi tidak cemerlang.Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat tarawih.

Berjemaah Lebih Afdal
Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasullullah s.a.w,solat sunat tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid atau surau.Telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.
Rasullullah s.a.w pada mulanya mendirikan solat sunat tarawih di masjid Nabawi dengan berjemaah.Pada malam keduanya,baginda dapati sambutan begitu ramai dari para sahabat,sehingga baginda merasa bimbang kalau umat Islam kelak menganggap solat tarawih itu sebagai wajib.
Ternyata benar pada malam ketiganya menjadi bertambah ramai para sahabat yang berhimpun di Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat sunat tarawih berjemaah bersama Rasullullah s.a.w.Tetapi baginda tidak mahu hadir,kerana bimbang umat Islam akan menganggap ibadat solat tarawih itu sebagai wajib,bukan kerana tidak mahu berjemaah.

Bilangan Rakaat Solat Tarawih
Solat sunat tarawih boleh dikerjakan sebanyak 11 rakaat termasuk 3 rakaat witir atau 23 rakaat termasuk 3 rakaat witir.Bagi umat Islam di Malaysia sejak dahulu lagi memang mengikut panduan mazhab Syafi’e iaitu mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat solat tarawih dan 3 rakaat solat witir.Lagipun,solat sunat tarawih 20 rakaat mempunyai faedah dan kelebihan pahala yang lebih besar.Solat tarawih ini hendaklah dikerjakan setiap 2 rakaat 1 salam.Jika solat 20 rakaat bererti 10 salam.

Fadhilat dan Kelebihan Solat Tarawih
Malam 1:Baginda bersabda bahawa pada awal malam pertama Ramadhan ,diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Malam 2:Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih,serta dosa kedua ibu bapanya.
Malam 3:Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain,semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam 4:Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur,Injil,dan Al-Quran.
Malam 5:Allah s.w.t akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mngerjakan tarawih malam itu.
Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Firaun dan Hamman.
Malam 8:Allah s.w.t mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam 9:Allah s.w.t mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Malam 10:Allah s.w.t mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Malam 11:Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
Malam 12:Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Malam 13:Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam 14:Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat tarawih serta Allah s.w.t tidak akan menyesatkan mereka.
Malam 15:Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16:Allah s.w.t menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan dalam syurga.
Malam 17:Allah s.w.t menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:Malaikat akan menyeru:Wahai hamba Allah,sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan kedua ibu bapamu(yang masih hidup atau yang sudah mati).
Malam 19:Allah s.w.t akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20:Allah s.w.t mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Malam 21:Allah s.w.t akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Malam 22:Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
Malam 23:Allah s.w.t akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Malam 24:Allah s.w.t akan membuka peluang untuk 20 tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.
Malam 25:Allah s.w.t akan mengangkat seksa kubur darinya.
Malam 26:Allah s.w.t akan mengurniakan pahala 40 tahun ibadat bagi orang-orang yang bersolat terawih pada malam tersebut.
Malam 27:Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam 28:Allah s.w.t akan menaikkan kedudukannya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:Allah s.w.t akan mengurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang mabrur.
Malam 30:Allah s.w.t akan memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir dengan firmanNya(yang bermaksud):Wahai hambaku!Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadhilat-fadhilat yang dinyatakan,terdapat banyak lagi fadhilat dan keutamaan solat tarawih sebagaimana yang disebut dalam hadis-hadis Rasullullah s.a.w.

Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan
Terdapat beberapa hadis Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukari dan Muslim dari Aisyah r.a dan Ibnu Umar,bahawa Nabi s.a.w telah beriktikaf di dalam 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Rasullullah s.a.w meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beramal ibadat,mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dengan lebih tenang,aman dan khusyuk.Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar,lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.Rasullullah s.a.w telah beriktikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadhan adalah untuk menunggu kedatangan malam Lailatul-Qadr.
Ibadat iktikaf ini bererti mengasingkan diri dari segala kesibukan duniawi,duduk dalam masjid sambil mengerjakan berbagai ibadat seperti solat-solat fardhu,sunat,dan berzikir mengingati Allah s.w.t.Apabila melihat seseorang sedang duduk iktikaf di dalam masjid adalah dilarang kita mengganggunya.
Orang yang ingin beriktikaf hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja tetapi kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah,di tempat yang dikhaskan .Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan penting sahaja;seperti makan minum,membuang air dan seumpamanya.Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.Mereka juga perlu berniat iktikaf.

Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadr
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran surah Al-Qadr,malam Lailatul-Qadr itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar.Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadat pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1000 bulan atau 83 tahun.
Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafi’e masing-masing telah membuat kajian;ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadr itu berlaku pada malam 27 Ramadhan,21 Ramadhan dan sebagainya,masing-masing dengan hujahnya.Bagaimana pun Allah s.w.t jua yang mengetahuinya.
Hasan Al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya malam Lailatul-Qadr;di antaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang,damai dan tenteram,tidak panas dan tidak pula terlalu dingin.Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.
Dalam Sahih Muslim disebutkan bahawa pada malam Lailatul-Qadr seramai 70,000 malaikat turun dari Sidratul-Muntaha ke bumi.Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam,kecuali rumah orang yang ada anjing.Apabila matahari naik esoknya,malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak.Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari,menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang.

Rujukan
Haji Johari Haji Alias(1995) , Solat terawih:Amalan Sepanjang Ramadhan dan Awal Syawal . Kuala Lumpur : Darul Nu’man

Ajaran Sesat Di Malaysia

Oleh: Mohd Iqbal Hakimi B Mohd Sah

Ajaran sesat bukanlah perkara baru yang berlaku di Malaysia, sebaliknya telah mula menular sejak di awal kedatangan agama Islam di rantau ini. Isu ajaran sesat mula mendapat perhatian dengan munculnya ajaran Ayah Pin di Terengganu yang mengaku dirinya memiliki kuasa seperti Tuhan, jelmaan semua Nabi dan menjadi dewa bagi semua agama serta memiliki ramai pengikut. Malah, ada pengikut ajaran sesat ini terdiri di kalangan profesional yang dianggap bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Ekoran pengetahuan agama yang cetek, ramai orang mudah terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Namun, pada hakikatnya individu yang menjadi dalang di sebalik ajaran sesat ini mempunyai motif tersendiri untuk kepentingan dirinya semata-mata.
Definisi ajaran sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.
Sejarah ajaran sesat di Malaysia

Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 yang bergerak secara senyap. Terdapat beberapa bentuk ajaran sesat seperti :
• Animisma.
• Dinamisma.
• Ajaran Hindu-Budha.
• Sabaiyyah.
• Kaysaniyyah.
• Syiah Ismailiyyah.
• Aliran teosofi.
Ajaran sesat yang paling lama di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan. Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an. Ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini.
Ekoran daripada amalan ajaran sesat yang semakin berleluasa, beberapa peristiwa telah berlaku yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam seperti :

• Seorang ahli kumpulan ajaran sesat Empat Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 19 Oktober 1974.
• Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak iaitu Haji Damanhuri bin Haji Abd. Wahab yang berusia 68 tahun pada 7 Julai 1979.
• Pada 16 Oktober 1980, lapan orang ahli kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir bin Ismail telah terbunuh dalam peristiwa serangan di Balai Polis Batu Pahat, Johor. Beberapa anggota polis dan orang awam turut cedera dalam peristiwa tersebut.
• Dua orang lelaki Indonesia yang menyebarkan ajaran sesat di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah cedera ditembak selepas mengamuk di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu pada 1 Februari 1996.
• Pada 18 Mac 1996, pengikut ajaran sesat Tabarani telah bertindak keterlaluan dengan memukul Ketua Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.
Ciri-ciri ajaran sesat

• Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
• Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi (ajaran sesat Qadyani, Bahai, Empat Sahabat, Nasir dan Mufarridiah).
• Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.
• Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.
• Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
• Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
• Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
• Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru.
• Memohon kepada objek tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.
• Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
• Mengaku Allah menjelma dalam diri.
• Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
• Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamalkan diperolehi terus daripada Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (jaga).
• Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan mendakwa akan masuk ke syurga.
• Memansuhkan syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru atau menganggap setelah sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
• Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
• Mendakwa bahawa ibadat haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah tetapi boleh ditunaikan di tempat-tempat lain.
• Mengubah dengan sengaja ayat al-Quran dan maksudnya.
• Mengakui dan mempercayai bahawa tangkal boleh memberi kesan.
• Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya. Mereka mendakwa orang yang mengamalkan syariah hanya kulit dan tidak sampai kepada matlamat sebenar.
Teknik penyebar ajaran sesat memikat pengikut

• Perhati
Penyebar mesti pandai dan memahami hati serta pendirian orang yang dipikat. Mangsa selalunya seorang yang warak dan kuat mengerjakan amal ibadat. Penyebar ajaran sesat akan berpura-pura lebih kuat beragama dan beribadat daripada mangsa.
• Beramah mesra
Penyebar cuba mencari jalan untuk mendampingi dan mendekati orang yang hendak dipengaruhinya. Misalnya, penyebar akan meminta bermalam di rumah orang berkenaan dengan tujuan mengadakan majlis membaca al-Quran dan dalam syarahannya akan diselitkan keburukan ulama lain.
• Mencetus keraguan
Jika seseorang itu mengerjakan sembahyang fardu dan sunat dengan tekun dan tidak berhenti-henti, mereka akan menimbulkan pertanyaan apakah hikmah dan tujuan bersembahyang.
• Gantung tidak bertali
Setelah tujuan penyebar berjaya menimbulkan keraguan dalam pemikiran seseorang dan orang yang dipikat benar-benar berminat untuk mengetahui pelbagai rahsia seperti rahsia di sebalik huruf awal surah, sembahyang dan puasa, penyebar seringkali bersikap ‘pura-pura jual mahal’. Jika didesak penyebar akan meminta mangsa bersabar, banyak mengerjakan sembahyang dan amal ibadat.
• Ikat
Selepas diberitahu rahsia, mangsa diminta bersumpah tidak membocorkan rahsia. Mangsa ‘diikat lidah’ agar tidak membocorkan ilmu atau rahsia buat selama-lamanya.
• Kesamaran
Penyebar ajaran sesat selalunya mengeluarkan kata-kata yang ‘berat dan kabur’. Contohnya, “manusia itu ada bermacam pendapat, bertentangan antara satu sama lain. Masing-masing mengatakan pihaknya betul. Tetapi kita dengan mengenal diri, maka mengenal Allah dan Allah tidak menyembunyikan kebenaran, manakala orang lain berada dalam keadaan meraba-raba”.
Mangsa ajaran sesat
• Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup. Mereka turut didorong oleh kawan supaya berguru menerusi orang tertentu yang mengajar secara rahsia dan sulit.
• Mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnaan terutama menerusi unsur kerohanian dengan cara jalan singkat tanpa ikut sunnah.
• Golongan yang menyeleweng dalam hal yang berhubung usul. Ini berlaku kerana kurang kemantapan dalam usul syariah dan tunjangan serta pengetahuan yang lemah dalam shaddik dan ikhlas. Mereka mendakwa diri hampir dengan Allah dan berada di makam tertinggi.
Ancaman ajaran sesat kepada umat Islam dan negara
• Mencela ulama dan fuqaha
Kebanyakan penganjur ajaran sesat mendakwa diri dan pengikutnya sebagai manusia yang mengetahui segala ilmu hakikat dan telah mencapai ke maqam yang tinggi serta menolak syariat. Mereka meletakkan taraf ulama kepada dua iaitu ulama zahir dan batin. Ulama zahir dianggap hanya mengetahui perkara-perkara zahir seperti ulama pada hari ini sedangkan diri mereka diletakkan taraf yang lebih tinggi dan mulia kerana mengetahui rahsia batin dan ilmu hakikat.
• Membuat takwilan dalam agama
Guru ajaran sesat berani melakukan takwilan-takwilan terhadap ayat-ayat al-Quran dan Hadis dengan membuat huraian-huraian tanpa asas syarie. Mereka terpengaruh dengan ajaran batiniah dan menggunakan doktrin batin dan takwil dalam menghuraikan konsep wujudiah. Hal ini dapat dilihat dalam bentuk takwil terhadap kalimah-kalimah atau lafaz-lafaz yang berkaitan dengan ibadah seperti angka dan pandangan huruf.
• Kepentingan peribadi dan seks
Kebanyakan ajaran sesat ini mempunyai motif dan kepentingan peribadi kepada gurunya seperti kepentingan terhadap kedudukan, pangkat, kebendaan dan seks bebas dengan mengamalkan nikah batin. Nikah batin ialah nikah yang dijalankan secara rahsia yang boleh berlaku sama ada antara guru dengan pengikutnya atau sesama di kalangan pengikutnya yang tidak terikat dengan hukum syarak.
• Ingin melemahkan perpaduan dan menghancurkan agama Islam melalui gerakan rahsia
Sejak zaman Rasulullah lagi, terdapat golongan yang ingin merosakkan agama Islam secara halus tetapi menemui kegagalan. Namun, ketika zaman Khalifah Umaiyyah dan zaman selepasnya, pelbagai penyelewengan akidah dan syariah telah berlaku. Golongan tertentu telah menyelewengkan hukum dan syariat Islam seperti ajaran Crypto Mokhtar Hassan yang menafikan al-Quran, membatalkan sembahyang dan ibadat lain dan ajaran Tajalli atau Hakikat Insan Ahmad Laksamana yang memperkecil-kecilkan ulama syariat.

• Untuk memecah belahkan perpaduan dan persaudaraan umat Islam
Fahaman Syiah mula tumbuh pada tahun 36H yang diamalkan di Iran, Lubnan dan Pakistan telah menimbulkan banyak masalah kepada dunia Islam.
• Untuk menguji sejauh mana kefahaman dan ketaatan umat Islam terhadap agamanya
Apabila mereka berjaya dengan motif tersebut, ini memudahkan agama Islam dan umatnya dihancurkan dan diganti dengan ideologi dan sistem asing.

Ajaran sesat Ayah Pin

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 telah mengeluarkan Fatwa berikut yang diwartakan pada 4 Disember 1997.
• Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
• Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.
Di antara fakta penting yang berkaitan dengan ajaran Ayah Pin ialah :

• Beliau mengaku tidak belajar agama.
• Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara’.
• Beliau pernah menyatakan bahawa “tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad s.a.w. yang berguru dengan Jibril”. Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara’.
• Beliau mengaku ajaran dan pegangannya adalah sesat serta bertentangan dengan hukum Syara’.
• Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
• Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur, Taurat dan Injil untuk dijadikan al-Quran.
• Bongkar al-Quran dahulu baru boleh percaya kepada malaikat dan sifat dua puluh.
• Setiap kali sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
• Al-Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
• Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
• Beliau mendakwa di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
• Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segala kunci-kunci akhirat.
• Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdal daripada berzikir dan bersembahyang.
• Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
• Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi mendahului untuk menentukan bagi si mati syurga atau neraka.
• Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan, sebiji al-Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
• Sesuatu perkara mesti dilihat dahulu baru boleh dipercayai. Dalam Rukun Iman, Ayah Pin mengaku :

o Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
o Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
o Kitab al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
o Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
o Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
o Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada’ dan Qadar masing-masing bahagian.

Jadual 1 : Senarai ajaran sesat yang telah diwartakan
Bil Ajaran sesat Yang Diwartakan
1. Narul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha’ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksamana
20. Al-Ma’zat
21. Ilmu kebatinan
22. Abdul Manan bin Harun – tolak hadis
23. Ilmu mentauhidkan Allah oleh nasrun S. T. Qahar
24. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
25. Kuasa ghaib (tahan diri)
26. Mohd Nordin Putih
27. Nasrun S. T. Qahar
28. Roslan Katimun atau ajaran Wali Sembilan
29. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
30. Wali Sembilan
31. Khatijah binti Ali atau Puan Tijah
32. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
33. Ajaran Mohd Seman al-Banjari
34. Al-Arqam
35. Golongan anti hadis
36. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali sebagai Hj. Ahmad al-Walidie (Pak Su)
37. Syiah
38. Ajaran Hj. Ghazali Othman, Hulu kelang
39. Ajaran Hj. Kadar Ahmad
40. Ajaran ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
41. Ajaran ilmu Hakikat atau Jahar Dumin Hulu Langat
42. Tarikat Mufaridiah
43. Ajaran Hassan Anak Rimau
44. Tarikat Aurad Ismailiah
45. Ajaran Martabat Tujuh
46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47. Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
48. Ajaran ilmu hakikat Hassan bin Jonit
49. Ajaran Ahmadiah/Qadani
50. Ajaran Mohd Nor Seman
51. Ajaran Ayah Pin
52. Ajaran Bahai
53. Al-Ma’unah
54. Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj. Banuar


SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT

• Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.
• Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CIRI-CIRI AJARAN SESAT

• Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.
• Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.
• Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
• Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.
• Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.
• Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampiansebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis.

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:
(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:
(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT
Qadiani
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.

\ Bahai

1. Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.
2. Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.
3. Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.
4. Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.
5. Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.
6. Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:
(a) beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;
(b) beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;
(c) beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);
(d) beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi;
(e) beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;
(f) mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;
(g) menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;
(h) memansukhkan agama Islam;
(i) menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru;
(j) mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.


Taslim

Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.
2. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
3. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:
(a) beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;
(b) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
(c) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
(d) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
(e) menolak kewujudan hari kiamat, syurga,dan neraka;
(f) solat secara niat tanpa rukun qauli(perkataan) dan fikli (perbuatan);
(g) menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, forum, dan simposium.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Organisasi ajaran sesat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Dalam sosiologi, Organisasi ajaran sesat,(bahasa Inggeris: cult, bahasa Cina:邪教)merujuk kepada kumpulan manusia yang menganut sesuatu kepercayaan dan amalan yang bertentangan degan norma masyarakat umum.
Dalam bahasa sehari-harian, "oraganisasi ajaran sesat"(OAS) sentiasanya membawa kepada maksud konotasi yang buruk. Daripada itu, biasanya tiada satu oraganisasi yang sanggup menerima label ini. Penamaan sesuatu oraganisi sebagai "organisasi ajaran sesat" kadang kala diasiosiasikan oleh pihak yang berkenaan sebagai satu bentuk "diskriminasi" ataupun satu bentuk "hemogoni golongan majoriti", yakni penindasan golongan majoriti terhadap golongan minoriti.
Golongan yang sentiasa diberi penamaan ini ialah golongan yang menganjurkan pergerakan "agama baru".

Ciri-ciri Organisasi Ajaran Sesat
Organisiasi ajaran sesat pada umumnya merujuk kepada organisasi agama yang memudaratkan manusia. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
• Mempunyai Pengucapan mengenai Alam Ghaib
Pengucapan mengenai alam ghaib memberikan organisasi ini ciri-ciri agama. Biasanya pengucapan ini diadakan dalam bentuk ajaran yang wajib dipercayai oleh semua ahli.
• Mempunyai Sifat Anti-Masyarakat
Satu sifat yang ketara untuk OAS ialah mempunyai sifat anti-masyarakat. OAS sentiasanya menganggap golongan majoriti masyarakat adalah "bodoh" dan merekalah yang "bijak" kerana menganggap dirinya telah menemui "kebena"kebenaran". Mereka sentiasanya membenci masyarakat umum, menganggapnya bersifat dosa ataupun "kotor". Oleh itu, mereka akan mengelakkan diri daripada masyarakat umum, ataupun bersikap sebagai "penyelamat" apabila berdepan dengan orang umum.
• Mempunyai seorang Ketua yang dipujakan seperti dewa
OAS biasanya mempunyai seorang ketua yang dipuja seperti dewa. Ketua OAS biasanya mengenal diri sebagai nabi dan mempunyai kuasa-kuasa tertentu.
Mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap ahlinya
Penyertaan seseorang ke dalam sesautu OAS akan mengubah tingkah lakunya. OAS bukan sahaja mempegaruhi kehidupan seseorang dengan memberikan pelbagai ajaran kepadanya, malah kadang kala OAS juga menggunakan tindakan fizikal untuk mengawal ahlinya. Ini termasuk kawalan untuk bersosial dan juga Faktor-faktor Kemunculan OAS
Kemunculan OAS dan penyertaan seorang individu ke dalam sesuatu OAS adalah sangat berkaitan dengan sifat "keanti-sosialan" yang ada pada individu berkenaan. Orang yang berkenaan mungkin tidak puas hati ataupun tidak dapat menerima suasana sosial yang dihadapinya. Contohnya, oleh kerana pengalaman sosial yang pahit(seperti ditindas orang), seseorang mungkin akan membentuk satu sikap yang sinis terhadap keseluruhan masyarakat dan lambat laun beliau mungkin bersikap anti-sosial apabila sikapnya yang salah itu tidak dibaiki dengan segera. Sikap Anti-Sosial akhirnya akan mendorong seseorang untuk menubuhkan OAS ataupun menyertai sesuatu OAS sebagai satu bentuk protes ataupun satu cara menyelamatkan diri.
Selain itu, kemunculan OAS juga berkaitan dengan pemikiran magis. Pemikiran magis disini merujuk kepada pemikiran seseorang yang mempunyai orientasi ke arah mengaitkan fenomena fizikal dengan unsur-unsur alam gaib. Mereka yang berpemikiran magis adalah senang dipegaruhi oleh OAS, kerana ia bersesuaian dengan pengucapan ghaib dalam OAS.

Senarai Organisasi Ajaran Sesat di Malaysia
Diantara ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia adalah seperti berikut):-
1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55. Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESEORANG ITU TERJEBAK DENGAN AJARAN SESAT
Kebanyakan ajaran Tariqat ini datangnya daripada sumber-sumber ajaran Syi’ah dan amalan-amalan mereka bukannya datang dari sumber yang boleh dipercayai seperti Al-Quran dan As-Sunnah yang tulin.

Terlebih dahulu elok kiranya kita mengemukakan sebab-sebab yang membawa kepada kesesatan dan penyelewengan aqidah. Antara lain yang dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai berikut :


i) Taqlid buta, Sebagaimana maksud firman Allah : “Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? “(Surah AL-Araf : ayat 28)


(ii) Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t Firman Allah yang bermaksdu: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka menjawab dengan berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya”.
(Surah Hud ; ayat 61 & 62)

(iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah firman Allah bermaksud : “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Thaha : ayat 126)

(iv) Memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Tuhan. Firman Allah bermaksud : “Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayat”. (Surah Al Araf : ayat 30)


(v) Keadaan diri tidak terkawal dengan aqidah yang betul Firman Allah bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al Maidah :ayat 105)

(vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri Firman Allah bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.(Surah Yunus : ayat 108)


(vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak berpandukan ilmu yang sebenar
Firman Allah bermaksud : “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”
(Surah Yunus : ayat 36)

(viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah s.w.t di dalam mencari kebenaran. Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”.
Surah Al-A'raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72)

(ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran Firman Allah : “Kemudian Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun, kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa. Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata. (Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”.
(Surah Yunus: 75 - 77)


(x) Derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dengan membuat pilihan sendiri tentang urusannya setelah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuknya suatu ketetapan.
(Surah Al Ahzab : ayat 136)


(xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan. Maksud firman Allah : “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).(Surah Al Qasas : ayat 50)


(xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan. Allah berfirman:” Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara”(Surah Thaha : ayat 123)
(xiii) Terpedaya oleh godaan syaitan Allah berfirman :”Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?”(Surah Yaasin : ayat 62)


(xiv) Orang-orang yang sesat dan banyak dosa Allah berfirman : “
(Surah As Syu'ra )


(xv) Melampaui batas dan tetap ragu walaupun sudah datang keterangan-keterangan yang nyata
Allah berfirman : “
(Surah Al Mukmin : ayat 134)


(xvi) Menjadikan orang-orang yang sesat sebagai penolong dan pembantu Allah berfirman :” Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu”. (Surah Al Kahfi : ayat 51)

CONTOH AJARAN SESAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
Di Antara Ajaran Ayah Pin:
1. Tuhan adalah manusia
2. Tidak perlu percaya kepada Rasulullah S.A.W. kerana Rasulullah adalah manusia dan kita boleh mengatasinya dengan berzikir.
3. Berzikir lebih afdal dari sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, sembahyang lima waktu digugurkan.
4. Syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan kunci syurga hanya ada pada tangan beliau sahaja (Ariffin bin Mohamad). Adapun orang lain adalah seperti babi belaka iaitu kotor.
5. Sembahyang lima waktu tidak wajib.
6. Guru ajaran ini berada di mana sahaja makhluk berada.
7. Pernah mendakwa dirinya Tuhan.
8. Cuma dirinya sahaja berkuasa melantik dari kalangan muridnya bagi menyandang gelaran wali Allah serta menentukan darjatnya.
9. Pengikut jika hendak sembahyang, berzikir mestilah dahulu ingat dan menggambarkan wajah guru sebelum mengingati Allah.
10. Mendakwa dirinya diresapi roh nabi dan sampai waktunya nanti dia akan bertukar menjadi Imam Mahadi.
11. Pengikut mesti mengorbankan harta benda bila diperlukan olehnya.
12. Mendakwa dirinya sudah mikraj ke langit dan duduk di atas Arasy.
13. Mendakwa ada menerima satu senarai dari Tuhan nama-nama pengikutnya.
14. Tidak sah sembahyang beriman orang lain kerana mertabatnya lebih tinggi dari orang lain.
15. Mendakwa diri akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.
16. Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa, zakat dan lain-lain itu tidak kena mengena dengan Tuhan.
17. Pergi ke Mekah mengerjakan Haji adalah sia-sia sahaja.
18. Waktu Sembahyang Subuh berpanjangan hingga masuk Zuhur.
19. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
20. Seorang anak Adam apabila hampir hendak mati, Allah datang bersalaman dengannya dan tidak payah lagi mengajar mengucap kepadanya.
21. Kalau seseorang itu hendak jadi Islam kenalah jadi kafir dahulu.
22. Al Quran yang ada sekarang adalah tidak benar.
23. Semua alim ulamak, tok guru sekarang penipu kerana menyembunyikan ilmu yang sebenar.
24. Sembahyang Jumaat tidak wajib.
25. Ayah Pinlah satu-satunya orang yang boleh membawa Islam yang sebenar sebagaimana zaman Rasulullah S.A.W.

Kenapa Ajaran Ayah Pin (Ariffin Bin Mohamad) Difatwakan Sesat?
Fatwa mengenai ajaran Ariffin bin Mohamad telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dalam mesyuaratnya pada 4 Disember 1997. Dalam warta Jil. 50 No. 25 menyatakan:
1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin.
“ Dan hendaklah ada di antara kamu suatu ummah (golongan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat ma'aruf dan mencegah perkara mungkar. Mereka itulah yang beroleh kemenangan. "
- Surah Ali-Imran : 104

CONTOH-CONTOH ARTIKEL YANG MENUNJUKKAN AJARAN AYAH PIN SALAH SATU AJARAN SESAT YANG ADA DI MALAYSIA
Sunday, January 15, 2006
Setelah berfikir beratus kali.. Dengan ini dan pada hari ini saya sebagai Webmaster Ada apa dengan Ayah Pin secara rasminya menutup blog ini dan dipindahkan kepada weblog saya yang baru di Tak Habis-Habis Dengan Blog atau Nuansa dari seorang Helpdesk. Segala informasi terkini Ayah Pin boleh didapati di weblog tersebut. Walaubagaimanapun segala Informasi yang terkandung di weblog ini akan tetap berada disini sampai bila-bila agar menjadi rujukan kepada semua - Itupun selagi Blogspot terus wujud. Terima kasih kepada anda yang tidak terhingga kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Harapan saya semoga anda tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menyesatkan dan menduakan Allah SWT. Terima Kasih dan Sayonara..........Jika ada Komen silakan, Feedback dari anda amat penting bagi saya untuk menjayakan dunia Blog ini....Yang benar...Ex Pin Vader....
Pengumuman dari Webmaster....
Wednesday, November 09, 2005

Saya sebagai Webmaster Ayah Pin nie berbanyak mintak Maaf di atas jangkamasa yang agak lama untuk meng"update"kan BLog nie... Sebenarnya saya telah berpindah kerumah baru dan malang sekali rumah baru saya tiada talian telefon maka dengan itu... tiadalah update.. Minta maaf sekali lagi (kebetulan pulak sekarang ini bulan Syawal) diatas kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Mulai sekarang saya cuba meng'update'kan kembali blog ayah pin nie... tetapi sumber-sumber yang agak terhad dikala ini membuatkan saya hampir tidak dapat memastikan dimana saya harus mencari sumbernya dan jika sesiapa ader yang terlihat dan terbaca kisah ayah Pin yang paling 'latest' saya meminta jasa baik anda untuk mengirimkannya kepada saya di e-mail Add : ayah.pin@gmail.com. Semoga pertolongan anda diberkati Allah hendaknya.
-
.Sila Lawati personal Blog saya.
-
Untuk pengetahuan semua saya ada terdengar baru-baru ini dari sumber yang kepastian/kesahihan agak diragukan yang mengatakan bahawa ayah Pin telah mati secara misteri - Seperti ada perancangan teratur oleh pihak tertentu agar menamatkan riwayatnya dimana mereka (pencerita) juga tidak pasti siapa. Jika ada diantara anda pernah mendengar atau menerima cerita ini sila e-mail kan kepada saya untuk kita berkongsi bersama (pastikan kisah anda tidak direka-reka). Saya pasti banyak diantara kita diluar sana sedang ternanti-nanti apa kesudahannya cerita ayah Pin ini. Kisah orang tua ini (ayah Pin) nampaknya tidak lagi "hot" seperti dahulu.
-
Memandangkan blog ini ternanti-nanti cerita ayah Pin (terkini) yang saya tidak pasti sampai bila.. saya ingin meneruskan informasi yang mirip dengan ayah Pin (sesat dan perkara yang boleh merosakkan akidah) agar blog ini tidak mati begitu sahaja dan menjadi rujukan kepada kita semua agar tidak sesat seperti pengikut ayah Pin. Saya tidak mahu kita kehilangan satu persatu saudara islam kita disebabkan manusia seperti ayah Pin durjana nie.
Sebelum saya meneruskan niat saya itu saya haruslah mendapatkan 'feedback' dari anda. Saya akan membuat polls (undian) untuk mendapatkan feedback dari anda semua.


Izinkan Saya Tangkap Ayah Pin - Dr. Muhammad Idrus.
Sunday, September 25, 2005

"Izinkan saya menangkap manusia bernama ayah Pin nie tanpa sebarang upah kerana kes ini menyentuh kesucian agama Islam". Itulah yang sering dikatakan oleh seorang Paranormal Indonesia. Dr. Muhammad Idrus, 48 sepanjang perbualan berkenaan Isu ayah Pin. Dr Muhammad Idrus yang sememangnya terkenal di Indonesia gara-gara kes bomoh Ahmad Suraji (Dukun AS) iaitu telah berjaya membongkar mayat korban bomoh tersebut. Selain itu beliau juga telah berjaya dengan beberapa kes lain yang berkaitan. Dr Idrus ingin bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan kes ayah Pin yang sememangnya telah mencemarkan kesucian agama Islam.
*


Menurutnya, beliau berani berkata demikian kerana baru-baru ini beliau telah menerima sebatang paku yang katanya datang dari alam Ghaib, Paku tersebut diperolehinya pada tanggal 17 Ogos yang lalu pada jam 10 pagi. Semasa itu saya menghadiri satu majlis. Sebelum saya masuk ke dalam Wisma Duta Indonesia dimana majlis itu berlangsung saya berdoa kepada dan memohon kepada Allah SWT. Kalau benarlah ajaran ayah Pin tidak usahlah kau turunkan apa-apa tapi jika tidak benar, kau temukanlah aku dengannya. Selang beberapa minit kemudian sewaktu beliau sedang menjamu selera tiba-tiba beliau dikejutkan dengan kehadiran paku yang tertulis kalimah Allah betul-betul jatuh ke cawannya.
*
Paku ini saya gelarkan Paku Arasy, ini bukan barang mainan atau pusaka kerana ianya jatuh pada siang hari selepas selesai berdoa. Paku ini juga boleh membuat ayah Pin terbunuh. Saya hanya nak minta agar kerajaan Malaysia membenarkan saya memburu ayah Pin. Jika tidak saya akan pulang ke Indonesia dengan hati yang sedih dan kecewa. "Ayah Pin tidak punyai apa-apa dan dia hanya ada pedamping iaitu Jin yang membantunya. Apa yang saya tahu dia kini berasa di Sri Lanka. Jika ditangkap cara biasa nampaknya mustahil dan harus dibuat secara batin Insyallah akan berhasil. Saya boleh secara sendiri namun jika ada paranormal dari Malaysia yang ingin membantunya secara ikhlas dipersilakan kerana ini berkaitan akidah Islam dipijak orang. Saya tidak mahu Rasulullah di duakan . Nasib dia tidak sebut dia utusan Allah. Kalau dia cakap macam tuh detik ini saya akan menghentamnya" ujar Dr dari tanah seberang ini. Ujarnya lagi.. "Jika paku ini diragui, paranormal-paranormal di Malaysia boleh mencuba kekuatan paku tersebut tanpa mengira berapa ramai yang mahu".
*


Pada saya jika emas jatuh ke lubang najis pun ia tetap dipanggil emas. Saya bukan bomoh komersial, Saya tampil adalah bukan kerana untuk popular tapi untuk kerja besar berkaitan umat Islam dan sekali lagi ingin saya katakan. Izinkan saya menangkap ayah Pin.
Pedoman; Katakanlah : Demi sesungguhnya jika bersatu alam manusia dan Jin untuk berbuat seumpama Al-Quran ini, mereka tidak dapat membuat yang seumpamanya, sekalipun sebahagian mereka membantu yang lain. (Surah Al-Isra : 88)
Dipetik dari : Mingguan Misteri...
Akhirnya dapat Peguam - Kamariah (Ustazah yang murtad)
Saturday, September 03, 2005

Empat daripada 45 pengikut ajaran sesat ayah Pin diwakili seorang peguam syarie tempatan. Wan Haidi Wan Josuh hadir dihadapan hakim Mohammad Abdullah iaitu sebagai peguam yang mewakili ke-empat pengikut ajaran yang tegar iaitu:
1. Kamariah Ali, 54
2. Amirah Mohd, 29
3. Noraini Mdd Yaakub
4. Deraman Mamat, 56
Kamariah turut menghadapi tuduhan mengikut seksyen 7, enakmen yang sama kerana mengaku bukan lagi beragama Islam. Peguam itu juga meminta agar hakim tidak membenarkan media menyiarkan namanya semasa perbicaraan itu berlangsung. Namun hakim menolak permohonan itu kerana tidak ada peruntukan dalam undang-undang seperti itu dan menyerahkan budi bicara media samaada menyiarkan atau tidak. Ketua pendakwa memohon mahkamah mengarahkan Kamariah memakai tudung ketika dalam perbicaraan kerana ia merupakan peraturan yang ditetapkan oleh mahkamah syariah.
Kamariah nie memang degil nak mampus. Bukan saja telah murtad malah degil dengan perintah mahkamah. Sedangkan Lady Diana dulu pun semasa melawat masjid pun masih menghormati agama islam dengan memakai tudung dier nie pulak selamba ajer. Memang kamu sudah menjadi kafir... tapi kamu harus menghormati Islam. Kamu dikira beruntung kerana kamu berada di Malaysia, Jika kamu berada di Timur Tengah entahlah apa nasib kamu.


Pengikut cari katak, jadi bomoh ekor.
Wednesday, August 31, 2005
Beberapa pengikut ajaran sesat Ayah Pin dikatakan pernah mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja pelik termasuk menjual katak kepada restoran bukan Islam dan menjadi bomoh judi nombor ekor.
Perkara ini didedahkan oleh beberapa penduduk Kampung Batu 13 yang mengakui pengikut kumpulan itu sanggup melakukan pekerjaan yang menjelekkan dan menyalahi agama bagi mendapatkan wang untuk menyara kehidupan mereka.
Seorang peniaga kedai runcit yang dikenali sebagai Ibrahim, 55, berkata, kedainya kerap kali didatangi oleh beberapa pengikut Ayah Pin yang hendak membeli bateri lampu suluh bagi mencari katak pada waktu malam. Saya hairan kerana mereka datang tiga atau empat kali seminggu untuk membeli bateri dan pernah bertanyakan tentang perkara itu kepada pengikut kumpulan berkenaan. Mereka beritahu yang bateri cepat habis kerana lampu suluh digunakan untuk menyuluh dan menangkap katak pada waktu malam di kawasan ladang getah di sekitar kampung ini,'' katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.
Sebanyak 58 pengikut kumpulan itu telah ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang dibantu polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin lalu.
Perkampungan yang mempunyai beberapa bangunan dan replika gergasi seperti cerek dan payung itu kini lengang dengan hanya beberapa kanak-kanak yang menghuninya selepas operasi tersebut. Ibrahim memberitahu, pengikut kumpulan itu boleh mendapat sehingga empat hingga lima kilogram (kg) katak pada setiap malam dan ia kemudiannya dijual kepada peraih Cina. Mengikut kata mereka, katak-katak itu dijual dengan harga RM15 hingga RM17 sekilogram dan ia akan dijadikan hidangan kepada pelanggan di restoran-restoran bukan Islam di beberapa tempat termasuk di Kota Bharu, Kelantan,'' ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, markas kumpulan itu juga pernah menjadi tempat tumpuan kepada kaki-kaki judi dari beberapa kawasan berdekatan untuk mendapat nombor ekor.
Ujarnya, beberapa pengikut Ayah Pin mendakwa mereka boleh mendapat keputusan nombor ekor lebih awal dengan upacara `menurun' pada setiap malam Jumaat. Katanya, setiap kaki judi yang hendak mendapatkan nombor yang hendak dibeli perlu membayar di antara RM20 hingga RM50 kepada pengikut Ayah Pin yang kononnya boleh membantu dengan kuasa dari Kerajaan Langit. Saya sendiri pernah cuba untuk mendapatkan nombor daripada mereka, tetapi tak berhasil kerana nombor yang saya beli tak `naik'. Sebab itu saya sedar ini semua tipu,'' katanya ketika ditemui di Kampung Batu 13 dekat, sini. Menurutnya, selain itu para pengikut Ayah Pin juga melakukan beberapa kerja lain seperti penoreh getah, peneroka, tukang rumah, pemandu van pekerja dan juga penjual batu nisan.
Sumber : Utusan Malaysia
Sisa replika `Kerajaan Langit' dibuang ke lombong'
Sebuah lombong terbiar di Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut dekat sini menjadi tempat pembuangan sisa replika gergasi dan premis yang dirobohkan dari perkampungan `Kerajaan Langit' Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.
Beribu-ribu tan sisa runtuhan dipunggah keluar dari markas kumpulan ajaran sesat itu dan dibuang ke kawasan berkenaan sejak operasi meroboh dimulakan Ahad lalu.
Antara yang dirobohkan termasuk replika payung gergasi, kendi, cerek, bahtera dan dewan perhimpunan yang dipercayai dibina dengan kos RM2 juta.
Bagaimanapun 34 rumah pengikut kumpulan itu tidak dirobohkan. Tinjauan di kawasan lombong yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari perkampungan Ayah Pin mendapati, sisa runtuhan dilonggokkan di situ sebelum diratakan menggunakan jentolak. Beberapa tiang replika payung gergasi dan bumbung dewan perhimpunan kumpulan itu yang berwarna merah juga bertaburan dan tertimbus di kawasan tersebut.
Cebisan zink dan besi turut diasingkan di sebuah kawasan lain dan dipercayai akan dipungut oleh pembeli besi. Semua runtuhan itu diangkut dari perkampungan berkenaan menggunakan 20 lori Pejabat Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, Jabatan Kerja Raya dan beberapa lori yang disewa daripada pihak swasta. Mereka memulakan kerja sejak pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.15 petang ini. Operasi merobohkan perkampungan itu dibuat setelah kumpulan berkenaan didapati membina bangunan atas tanah berstatus pertanian yang sekali gus melanggar Kanun Tanah Negara.
Tanah yang menempatkan markas utama ajaran sesat Ayah Pin itu adalah milik isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Ramli, 58.
Sementara itu, seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata, semua replika sudah dimusnahkan dan ditanam di kawasan itu.
"Antara replika terawal yang dibuang ialah kendi dan diikuti replika payung namun replika-replika itu sudah jadi kenangan kerana sudah ditimbus di lombong ini,'' katanya.
Beliau percaya kerja-kerja merobohkan replika gergasi itu akan dapat membanteras terus kegiatan ajaran sesat berkenaan.
Sumber : Utusan Malaysia.
25 perkara punca ajaran Ayah Pin difatwa sesat
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu terdapat 25 perkara yang menyebabkan ajaran Ayah Pin difatwakan sebagai sesat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd. Wan Hassan berkata, antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Katanya, di dalam ajaran itu juga;
I. Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan Allah.
II. Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
III. Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa al-Quran yang ada sekarang adalah tidak benar,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wakil pembangkang, Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang DUN di sini hari ini. Wan Mohd. berkata, antara kandungan yang terdapat dalam ajaran itu ialah Ayah Pin satu-satunya orang yang boleh membawa Islam sebenar sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.
IV. Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi (Khinzir) belaka (kotor).
V. Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk di atas arasy.
VI. Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh mengatasinya dengan berzikir.
VII. Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.
Inilah antara perkara-perkara yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menghapuskan ajaran tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,'' ujarnya.
Hubungan Mus dengan ayah Pin
Thursday, August 25, 2005
Dalam wawancaranya dengan Kosmo, Mus.. (penyanyi kumpulan MAY) yang tidak usah saya perkenalkan lagi telah memberikan sedikit komentar mengenai hubungannya dengan ayah Pin. "Saya tidak perlu menafikan apa-apa, Jika ada yang bertanya saya jawab. Jika tiada mengapa saya perlu tampilkan diri?. Saya juga tidak berasa tertekan dengan situasi ini. Jika ada yang bertanya adakah saya pengikut ayah Pin, Saya ingin tanyakan kembali, apa maksud pengikut atau mengikut itu. Saya tidak paham". Sewaktu bertanya bagaimana dia mula terjebak dengan ajaran sesat tersebut, Mus menerangkan. "Saya tidak ke kuil. Saya tidak berbuat apa-apa yang salah. Saya hanya menyanyikan lagu tersebut kerana mereka tiada penyanyi. Saya pernah ke kerajaan langit tetapi tidak nampak apa-apa yang salah, itu cerita tahun 2003. Saya tidak tahu kalau itu pun dianggap salah". Kunjungannya kesana untuk mendapatkan perubatan secara tradisional selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Mus hanya menegaskan "Saya tidak risau atau tertekan. Jika dia bersalah, Buktikan kesalahannya.
Sumber : Kosmo
Komen Webmaster : Baiklah brader Mus jika brader tidak faham apa itu pengikut atau mengikut ringan tangan saya untuk menaip di blog untuk memberikan jawapan apa itu mengikut atau pengikut. Mengikut atau pengikut diibaratkan sama seperti monyet dan beruk iaitu sama-sama memanjat pokok, berbulu, rupa diantara dua spesis ini, kegemaran yang sama dan banyak persamaan yang lain lagi. Sama ada mengikut atau pengikut 'rate' dosanya adalah se'level'. Ini berdasarkan jika anda nampak orang berzina tetapi mendiamkan diri malah tidak mahu melaporkan perkara tersebut pada pihak berkuasa maknannya dosa mereka yang melakukan perkara itu akan ada pada brader juga. Ini disebabkan... memang benar brader tak mengikuti orang yang berzina tadi tapi brader ibaratnya menjadi pengikut (setuju) di keranakan brader tidak melaporkan pada pihak berkuasa. Harap brader Mus paham perbezaan antara keduanya. Mengenai tampilkan diri atau tidak terserahlah pada brader Mus, Jika brader ingin membantu kerajaan berilah serba sedikit info mengenai ayah Pin sejauh mana yang brader tahu. Memang benar brader tidak ke kuil dan tidak nampak apa yang salah mengenai ayah Pin tetapi "based" on VCD ayah Pin yang saya lihat semasa brader mengambil gambar dangan ayah Pin dahulu... tidakkah brader tahu bahawa siapakah mereka-mereka yang berada disekeliling ayah Pin itu? Takkan itu pun brader tak tahu. Adakah brader jenis yang tak mahu tahu atau buat-buat tak tahu?. Mengenai lagu pula, berikan peluang kepada saya memberi komen (Terasa macam komentar Malaysia Idol pulak). Berbalik pada lagu ayah Pin yang menjadi kontreversi masa kini... tidakkah brader membaca lirik lagu tersebut sebelum menyanyikannya dan menyedari adanya unsur-unsur kurafat atau sewaktu dengannya?. Tidakkah brader sedar ader sesuatu yang tidak kena pada liriknya atau pun -MAAF- Tidak keterlaluan saya katakan jika mata Brader telah di tutup dengan duit ataupun ingin mendapat syafaat dari ayah Pin yang sesat tu. Bagi saya secara peribadi kisah brader nie sama macam cerita Marianna Salim yang saya rasa tidak dapat diterima oleh akal sihat. Jika brader ingin mendapatkan perubatan tradisional masih banyak tempat lain lagi yang disahkan oleh kerajaan. seperti Cakra Alam (ewahh macam promosilah pulak.. maaf saya dan cakra alam tidak ada share), dan berbagai bentuk perubatan tradisional yang lain, tak silap saya Datuk Harun Din pun menawarkan servis sebegini. Mengapa tidak berjumpa mereka?. Adakah brader nie yakin pada ayah Pin dapat membantu brader?. Fikirkanlah Brader selagi hayat dikandung badan.
Wajah terbaru Rosli...
Wednesday, August 24, 2005

Rosli Samad (kanan) pengikut setia atau orang kanan ayah Pin dan bukan ini bersama Azli Karsani (ntah siapa) kelihatan sedang berbincang sesuatu selepas keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Besut. Kelihatannya Rosli sedang membaca sesuatu.
Sumber : Metro
Hai abang Rosli mana Ayah Pin? takkan tak tahu kot? tak takut ker kena sumpahan ayah Pin atau kena bunuh dari jarak jauh ker?. Agaknya abang Rosli nie sedang baca mentera macam mana nak elak dari kena sumpahan ayah Pin kot. Dari saya secara ikhlas... sudahlah, baliklah ke pangkal jalan. kembalilah ke agama islam dan ke jalan yang benar. Tidak ada pekdahnya ikut ayah Pin yang sesat tuh...

Saya Hanya Melancong

"Saya tidak tahu bahawa tempat itu diwartakan sesat, sebaik sampai saya terus ditangkap oleh sekumpulan polis bersama yang lain, saya datang ke sana (Markas ayah Pin) hanya untuk melepaskan tekanan dan melancong". Kata Marianna Salim, 22 yang mengaku salah didepan hakim wan Syarie Wan Abdul Malik Wan Sidek di Mahkamah rendah Syariah Besut pada tanggal 23-08-2005.
Sumber : Metro
Hai Dik... umur dah besar panjang pun takkan tak tahu mana tempat nak melancongkot?. Bukan ker banyak tempat lain kalau nak melancong?. Pulau Tioman ker, Pangkor ker, Langkawi ker... dan kalau nak best pergi lah ke Sipadan ataupun Spratlly. Naper tempat ayah Pin tuh jugak pilihan ko. Aper... adik nie dah jatuh cinta ke dengan teko gergasi dier. Dato' Seri Paduka Abdul Kadir kita dekat separuh mati buat promosi pelancongan dalam negara takkan adik langsung tak tahu?. Pelik betullah adik nie. Kalau anda semua nak tahu adik kita sorang nie sebenarnya dah beberapa kali pergi ke Batu 13 Besut nie kerana tertarik dengan gaya kehidupan penduduk dikawasan sekitarnya. Nasihat saya pada diri saya dan adik sendiri, jika ada masaalah peribadi dan ingin melepaskan tekanan.. ringan-ringankan kaki adik ke masjid berdekatan dan dekatkan diri kepada Allah dan bukannya mendekati ayah Pin yang sesat nie.
Dipetik dari Berita Harian;
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan pelajar, Marianna Salim yang diperintahkan berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut kelmarin kerana terbabit dengan ajaran sesat Ayah Pin mematuhi perintah itu. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Shaikh Harun Ismail, berkata kerjasama itu bertujuan memastikan pengikut Ayah Pin diberikan kursus pemulihan akidah."Memandangkan dia bukan dari Terengganu, JHEAT akan memastikan dia menghadiri setiap kelas pemulihan dan agama yang dikendalikan Jakim atau JHEAT."Apa yang cuba diketengahkan adalah pemulihan akidah dan bukan hukuman penjara atau denda. Itu lebih penting bagi memastikan mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya semalam.Marianna, 22, graduan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur mengaku salah mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melanggar perintah mufti yang mewartakan ajaran Ayah Pin sebagai sesat.Dia ditahan bersama 20 pengikut ajaran itu pada 2 Julai kerana berada di perkampungan Ayah Pin atau Ariffin Muhamad, 62, ketika serbuan.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd Wan Hassan, berkata pihaknya akan memastikan pesalah hadir pada setiap program pemulihan anjuran Jakim atau JHEAT."Kami akan pastikan pesalah hadir setiap program dan jika gagal, tindakan tegas termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan arahan akan dibuat," katanya.
47 Penyelewengan ayah Pin

Mengenai 22 perkara baru yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh ayah Pin dalam ajarannya dimana kebanyakkannya adalah untuk kepentingan diri sendiri antaranya pengikut perempuan perlu melucutkan pakaian kerana ayah Pin mendakwa pakaian yang dipakai mereka tidak suci. Sebenarnya ada 22 dari 25 ajaran yang tidak pernah didedahkan sebagai tambahan pada ajarannya.

Antaranya adalah;
I. Ayah Pin akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.
II. Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
III. Al-Quran yang ada sekarang tidak benar.
IV. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikkan alam dan merosakkannya kembali.
V. Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu 'menyerahkannya' kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu.
VI. Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan 'tuhan' untuk mendapat lebih berkat.
VII. Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan 'Tuhan' (ayah Pin)
VIII. Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda.
IX. Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
X. Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
XI. Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.
XII. Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.
Sumber : Metro
Kebanyakkan perkara sesat dan kepentingan ayah Pin ni banyak berkisar tentang perempuan dan seksnya, Bersetubuhlah, kena bagi anak dara pada dialah, berkahwin dengan Puterilah dan bermacam-macam lagi. Hmmmm tak paham saya dibuatnya. menyumpah macam sang kelembai pun ader jugak (menukar orang menjadi batu). Bab menukar yang tua menjadi muda nie biasanya perempuan amat berminat dengan bab nie. Ini adalah salah satu "attraction" untuk mensasarkan golongan wanita menjadi pengikutnya.
Che Minah Rameli, 58. Memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah.
Isteri pertama Ariffin Mohamad atau Ayah Pin, Che Minah Rameli, 58, semalam memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah terhadap Pentadbir Tanah Besut, Datuk Wan Zahari Wan Ngah.
Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi kira-kira 11 pagi oleh peguam Che Minah, Haris Mohamed Ibrahim.Dalam permohonan itu, Che Minah turut menamakan Penolong Pentadbir Tanah Besut, Mohd Iskandar Muhammad Aziz, sebagai responden kedua.
Che Minah adalah pemilik tanah yang menempatkan ‘kerajaan langit' ajaran sesat Ayah Pin yang terletak di perkampungan Batu 13, Hulu Besut, membabitkan kawasan seluas 2.2 hektar.
Haris berkata, anak guamnya membuat permohonan itu atas alasan Pentadbir Tanah Besut merobohkan premis, termasuk replika gergasi dan menyifatkannya mengingkari perintah mahkamah.
Katanya, pada 21 Jun lalu Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Che Minah untuk membawa prosiding semakan kehakiman berhubung notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah Besut bertarikh 28 April lalu.
Katanya, permohonan itu dibuat untuk menentukan sama ada notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah Besut sah atau sebaliknya.
"Pada tarikh sama, mahkamah turut mengeluarkan arahan supaya segala tindakan yang berkaitan dengan notis itu digantung sehinggalah satu keputusan muktamad. "Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman dan pentadbir tanah. Selepas kejadian roboh, Pegawai Undang-Undang Negeri meminta mahkamah menetapkan tarikh baru, tetapi mahkamah belum menetapkan tarikh itu,” katanya.
Permohonan dua isytihar murtad 3 Oktober
Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 3 Oktober ini untuk mendengar permohonan dua pengikut ajaran sesat Ayah Pin termasuk bekas ustazah yang mengisytiharkan keluar daripada Islam berhubung hak kebebasan beragama.

Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 63, (plaintif) memohon supaya persoalan sama ada hak kebebasan beragama seperti dalam Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi hak seseorang beragama Islam yang mencapai umur majoriti untuk keluar daripada agamanya, dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.
Antara alasan yang dikemukakan bagi permohonan itu adalah untuk mendapatkan perintah deklarasi berkenaan kesan pengisytiharan yang dilakukan oleh mereka pada 1998, iaitu mereka tidak lagi menganuti dan mengamalkan agama Islam.
Alasan kedua yang dikemukakan mereka untuk mendapatkan perintah berkenaan kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Kerajaan Negeri Terengganu (defendan) sedang bertindak terhadap kedua-dua plaintif seolah-olah mereka masih lagi beragama Islam.
Plaintif berkata, Mahkamah Persekutuan pernah membenarkan persoalan yang hampir sama dengan hak kebebasan beragama membabitkan plaintif sebagai sesuatu berkepentingan awam, tetapi disebabkan fakta kes, persoalan itu tidak diputuskan.
Pada 15 Ogos lalu, plaintif yang mengemukakan saman pemula terhadap defendan memohon deklarasi antaranya mereka mempunyai hak yang mutlak mengikut Artikel 11(1) untuk menganuti mana-mana agama serta mengamalkan agama pilihan sendiri.
Mereka juga memohon deklarasi bahawa Artikel 11(1) itu mengatasi mana-mana undang-undang persekutuan dan enakmen negeri berhubung pengakuan dan amalan agama pilihan mereka.
Selain itu, Kamariah dan Daud juga menuntut deklarasi bahawa peruntukan dalam mana-mana undang-undang persekutuan atau enakmen negeri, atau Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang bertentangan Artikel 11(1) adalah tidak sah.
Pada 21 Julai 2004, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Kamariah dan suaminya, Mohamed Ya (meninggal dunia) dan dua lagi yang mengisytiharkan mereka murtad untuk mendapatkan deklarasi hak mutlak dan bebas menganuti serta mengamalkan agama pilihan mereka.
Kamariah juga didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas dakwaan keluar daripada agama Islam dan sedang menjalani perbicaraan. Dia ditahan bersama-sama dengan 59 pengikut Ayah Pin pada 20 Julai lalu di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan,
Sumber : Berita Harian
Ohh... rupanya ada dua orang, ingatkan sorang. Nauzubillah hi minzallik. Harap-harap kita tidak akan menjadi dua orang ini. Mereka nie dah tak leh dibentuk lagi dah. Harapan saya agar kita tidak menjadi seperti kedua orang diatas.

CONTOH LAIN AJARAN SESAT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
( Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar

Ciri-ciri Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani :-

1)- Kekuatan wali.

Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah
“Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad. Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.
Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun. Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus hadir setiap tahun menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang.
Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah. Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada. Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah, Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini. Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah sentiasa melihatnya.
Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh. Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.
Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”

2- Kuasa Mutlak Khalifah

"Khalifah mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa yang dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh masyaikh rantaian keemasan...Kemulian xxxxxxxx ialah dia adalah seorang khalifah dan semua orang harus menerima apa yang dia telah tentukan..."
Sheikh Muhammad Sheikh Nazim

3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb
Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala hilaluyul azim Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul amri minkum
Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa yang ta’at kepada Rasul (saw), dia ta’at kepada Allah. Setiap keadaan/saat adalah keadaan/saat yang baru dan setiap sessi adalah sessi yang baru. Keadaan/saat hanyalah sekadar keadaan/saat, tetapi apabila keadaan/saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu adalah (mengikut kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang lepas, waktu sekarang dan waktu yang akan datang.
Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – waktu lampau, waktu sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah, tidak ada zone waktu. Waktu sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling matahari. Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang.
Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, masa atau waktu bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu mungkin tidak akan kembali ke dunia lagi. Semasa lima tahun bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun dan sekeping roti sehari sehaja. Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka sedar bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah berkerja keras.
Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. Amalan yang dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir. Awliya Allah apabila mengerjakan ibadat tersebut sentiasa mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita manusia awam, kita mahu memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia waktu bukanlah sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada di “waktu sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita dan pasti kita akan menjumpai “rumah” kita.
Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi kerohanian yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita akan jumpa “rumah” kita. Di dalam qalb manusia terletaknya “rumah” Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di dalam diri kita. Ia terdapat dalam diri kita.
Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb), kesemuanya ini terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh diberi kepada mereka yang boleh dipercayai. Mereka ini tidak mudah di nodai oleh perasaan bongkak, megah dan sebaigainya. Mereka dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa memuji Allah di dalam segala bentuk keadaan.
Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang yang sentiasa bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut.
Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi dahulu daripada berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita sering mengejar dunia (yang di cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan dengar bunyi-bunyian seperti ombak di lautan atau gauman harimau. Jadilah seperti ikan di dalam lautan
Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana Sheikh Nazim (qs). Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-nota Sh. Abdullah (qs), tetapi mereka telah mengubah cadangan saya.
Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah kepada roh yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang kekal. Makan makanan kerohanian – ianya tidak akan habis, ianya suci dan bersih.
Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala kebaikan pada malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri roh beliau dengan rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada malam ini. Beliau gembira di mana beliau berada sekarang.
Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan dunia ini. Moga Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana Sh. Nazim (qs). Allah panjangkan usia Maulana Sh. Nazim (qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib bihurmati surah fatihah

4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur, menghiaskan kubur )


Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara. Dari kiri maqam Sheikh Muhammad Baha'uddin Shah Naqshband, Sheikh Muhammad Baba as-Samasi, Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.

5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita seorang ‘wali’ Allah (yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab dan bermaksiat di bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w., malaikat Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat digalakkan dan kuasa suatu doa yang boleh menjadikan seseorang sebagai wali!!! ( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah)
“ Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadang-kala, dia akan memukul dan membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah. Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki tersebut: “orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah mencela perbuatan ayahnya- tidak akan menyembahyangkan dan mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia. Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya serta mengkebumikannya.”

Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali? Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan Allah, walaupun Nabi S.A.W. Jika Allah mahu menjadi seorang perompak sebagai wali-Nya, tidak boleh sama sekali kita bertanya “KENAPA?” Kita mesti menerimanya. Oleh sebab itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat Naqshbandi, kita mesti melihat orang disekeliling kita adalah lebih baik daripada kita. Kita tidak tahu jika Allah akan menaikkan makam seseorang kepada makam yang lebih tinggi daripada makam kita; Siapa tahu? Tidak akan ada seorang pun yang akan tahu, oleh yang demikian janganlah kita mencampuri urusan-Nya. Jangan memandang rendah kepada orang jika kita merasakan kita lebih baik daripada mereka. Kita tidak tahu sama ada orang tersebut, pada pandangan Allah adalah wali ataupun tidak. Siapa yang tahu? Oleh yang demikian, kita perlu memandang tinggi kepada orang lain, menghormati mereka dan sentiasa merendahkan diri sendiri. Jangan sama sekali menunjukkan ego dan sentiasa berpuas hati.

Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”

Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya dengan sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat cara rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri baginda telah membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya. Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku, tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”

Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah. Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.” Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu, dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (s) dan memberitahuku apa yang telah berlaku”

Apabila Jibril (s) datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya berlaku?” Jibril (s) menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku. Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa hayatnya.”

Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan. Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan tuhanku, kerana ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan Nabi S.A.W. dan Ramadan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku berkata lagi, “aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali bulan tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan, dan bersuluk sepanjang bulan ini.

Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang berumur 70-80 tahun. Lantas ayahku memukulnya sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut. Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca, kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir, dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan yang akan datang.

Doa (Doa awliya’ Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab. Maulana Sh. Nazim berkata doa ini mencuci semua dosa dan menjadikan kamu putih seperti bayi yang baru dilahirkan. Doa ini amat terkenal di dalam ajaran sufi. Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang, teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung kepada niat masing-masing.

Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa, sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.” Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat sepanjang hidupnya menjadi wali.”

CARA PENYELESAIAN DAN CARA MENGATASINYA
Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti berikut:

(i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah

(ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri.

(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.

(iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya.

(v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah mereka.

(vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.

(vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.

(viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat mungkin sebelum ia berakar umbi.

(ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat

Penutup

Aktiviti ajaran sesat ini perlu dibendung dan diberi perhatian serius oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mengekang perkara ini daripada terus berleluasa. Sekiranya dibiarkan, ianya boleh merosakkan akidah masyarakat Islam dan menghancurkan agama Islam. Ada pihak yang mencadangkan agar diwujudkan Undang-Undang Murtad bagi membolehkan orang Islam yang mengaku keluar daripada agama Islam dikenakan tindakan. Penyeragaman Undang-Undang Syariah juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses mengambil tindakan terhadap kumpulan ajaran sesat di Malaysia.

KESIMPULAN
Maka kita seharusnya bersatu dn berkerjasama dalam menangani masalah ini. Kita tidak seharusnya hanya menuding jari kepada pihak tertentu sahaja kerana kita sebagai uamt islam dan juga sebagai rakyat malaysia juga sebagai sebuah negara islam seharusnya menangani masalah ini bersama-sama. Oleh itu,hal ini tidak akan berkembang. Bukan itu sahaja, kita perlulah menangani hl ini supaya tidak berulang kembali dan teru berleluasa seperti sebelum ini.