Friday, April 3, 2009

Mengenal Tuhan

Oleh: Nor Adila Binti Azmi

Agama Islam umpama sebatang pokok kayu. Agama Islam diumpamakan seperti sebatang pokok kayu kerana mempunyai dua ajaran. Ajaran pertama ialah kepercayaan iaitu Iman yang dinamakan Rukun Iman. Setiap orang Islam, otak dan fikirannya mesti yakin dan percaya sepenuhnya kepada enam perkara iaitu percaya kepada Tuhan yang mencipta seluruh alam, percaya kepada Malaikat yang menjaga alam ini, percaya kepada Rasul yang diutus Allah kepada manusia untuk mengajar agama yang benar, percaya Kitab Suci Allah yang diturunkan kepada Rasul-RasulNya itu, percaya kepada akhirat di mana semua yang mati akan dihidupkan kembali di dunia Akhirat dan percaya kepada Qada dan Qadar.

Di samping Rukun Iman, setiap umat Islam wajib melaksanakan lima perkara yang dinamakan Rukun Islam iaitu mengucapkan dua kalimah syahadat, mengerjakan solat lima waktu sehari semalam, mengerjakan puasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat harta setelah cukup nisab dan haul sekali setahun dan mengerjakan ibadat haji ke Mekah sekali seumur hidup bagi mereka yang mampu. Rukun Iman umpama akar, Rukun Islam umpama batang, dahan dan ranting. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa Rukun Iman mempunyai kedudukan yang lebih penting dari Rukun Islam. Seorang umat Islam yang tidak beriman, atau lemah imannya kerana tidak dipelihara agamanya akan hidup merana kerana tidak melakukan ibadat yang dinamakan Rukun Islam. Orang yang beragama Islam yang tidak melakukan ibadat kepada Allah, ibarat pokok yang tidak berbuah.

Rukun Iman yang pertama ialah kepercayaan atau keimanan kepada Allah (Al Imaanu billah) iaitu tunjang keimanan, sumber segala kepercayaan dalam agama Islam. Apabila kepercayaan kepada Allah lemah maka agama seseorang itu akan menjadi goyah. Manusia berakal dan dapat menggunakan akal dan fikirannya akan takjub memperhatikan luasnya alam semesta. Setiap yang wujud di alam semesta ini pasti ada penciptanya. Sudah pasti ada yang mengaturnya. Jadi, yang mencipta alam semesta ini pasti satu Zat Yang Maha Besar dan Maha Agung iaitu Tuhan, Allah Yang Maha Besar. Allah itu Maha Besar, yang mencipta segala yang wujud di alam semesta ini maka pengetahuan tentang Allah adalah pengetahuan yang maha besar, pengetahuan yang tinggi, lebih penting dari pengetahuan yang lain.

Apabila kita belum begitu matang dan kukuh dalam kepercayaan terhadap Tuhan, setiap saat akal fikiran kita akan digoda oleh makhluk jahat yang bernama syaitan dan iblis. Syaitan adalah penggoda yang sentiasa menggoda kita agar kita tidak percaya kepada Tuhan. Syaitan itu mungkin buku dan mungkin juga manusia. Sekiranya syaitan itu adalah buku, kita dapat melawannya dengan membuang buku-buku yang berunsur kufur. Tetapi sekiranya syaitan itu berupa manusia, maka masalah untuk melawannya menjadi agak sukar kerana manusia di sekeliling kita tidak dapat disisihkan atau dilenyapkan begitu sahaja. Yang lebih sulit ialah godaan dari makhluk halus yang bernama iblis. Kita harus insaf, waspada dan sedar bahawa iblis bukan hanya berada di sekeliling kita tetapi juga turut berada di dalam tubuh kita, di dalam pembuluh darah yang mengalir di seluruh tubuh badan, di dalam rongga otak dan jantung kita. Allah yang kita percaya itu adalah Ghaib, Maha Ghaib. Sebab itu kita tidak dapat melihat, tidak dapat mendengar, tidak dapat memegang dengan tangan serta tidak dapat dirasai dengan lidah atau kulit.

Sekalipun Tuhan Maha Ghaib, tetapi kita dapat mengetahui bagaimana Allah, hal ini berdasarkan wahyu-wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W berdasarkan Kitab Suci Al-Quranul Karim. Tuhan adalah Zat yang mencipta alam ini. Alam ini wujud kerana dicipta oleh Tuhan. Alam semesta ini dicipta oleh Tuhan maka Tuhan bersifat sempurna. Sempurna bermaksud tidak terbatas dengan sebarang batasan. Tuhan sempurna bererti Tuhan itu tidak terbatas besarnya, tidak terbatas tingginya, tidak terbatas kekuasaannya, tidak terbatas dengan titik seperti garisan, tidak terbatas dengan garis seperti dataran, tidak terbatas dengan ruang dan tidak terbatas dengan waktu. Tuhan tidak mempunyai batasan dan had, sebab itu Tuhan adalah Ghaib dari kita dan kita tidak dapat melihat Tuhan. Sesuatu yang tidak sempurna seperti makhluk, tidak akan dapat melihat sesuatu yang sempurna iaitu Tuhan. Manusia biasa tidak akan dapat melihat Allah kecuali orang yang beriman kepada Allah sahaja yang akan diberi kesempatan di Akhirat kelak untuk melihat Allah, sedangkan orang kafir tidak akan dapat melihat Allah buat selama-lamanya.

Keterbatasan otak dan akal fikiran manusia dalam menentukan siapa, dan bagaimana Tuhan yang sebenarnya telah menimbulkan pelbagai kepercayaan, pelbagai agama serta pelbagai Tuhan. Terdapat manusia yang menyembah pokok, sungai, pohon atau ranting, petir, matahari, serta manusia. Allah yang mencipta alam semesta ini memperhatikan semua yang terjadi kepada manusia. Jadi untuk memastikan keselamatan manusia dan kemanusiaan, Allah telah mengutuskan manusia-manusia istimewa iaitu Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ke setiap pelusuk dunia untuk memberitahu Tuhan yang mencipta dan mengatur seluruh alam semesta ialah Allah, Yang Maha Tunggal, Maha Esa, tiada Tuhan selain Dia. Sebagai umat Islam, kita perlu mengelakkan diri kita dari terjerumus ke lembah syirik kerana syirik yang akan menyebabkan kepercayaan terhadap keesaan Allah menjadi goyah. Kita harus berhati-hati kerana sekiranya mulut sahaja yang mengakui keesaan Allah tetapi dalam perbuatan, dalam kehidupan seharian, kita memandang berbagai benda atau alam “seperti Tuhan”. Perbuatan inilah yang dinamakan syirik atau menyekutukan Allah. Syirik merupakan satu dosa yang besar dan yang paling berat di mana Allah sendiri tidak akan memberikan keampunan. Syirik merupakan satu dosa yang membuatkan manusia memasuki neraka malah menyebabkan manusia kekal selama-lamanya di dalam neraka.

Umat Islam ialah umat Tauhid dan agama Islam adalah agama Tauhid. Umat Tauhid bermaksud satu umat yang tidak bertuhankan selain dari Allah sahaja. Agama Tauhid bererti agama yang mengajar bahawa tiada Tuhan selain Allah. Di dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim, terdapat dua kalimat tentang Allah. Pertama ialah kalimat Rabb dan kedua ialah kalimat Ilaah. Di dalam ayat al hamdulillahi rab bil ‘a lamin, terdapat kalimah Rabb untuk Tuhan dan dalam ayat wa ila hu kum ila hun wa hidun, terdapat kalimat Ilaah untuk Tuhan. Rabbul alamien ertinya Tuhan yang menciptakan seluruh alam sebab itu Tauhid Rububiyyah dapat diertikan sebagai Tauhid Penciptaan. Manakala Ilaah bermaksud Tuhan yang diabdikan, sebab itu Tauhid Ulluhiyyah ertinya Tauhid Pengabdian.

Tauhid Rububiyyah ialah pengakuan, bahawa seluruh alam ini, baik alam nyata atau alam ghaib dicipta oleh satu Tuhan, Tuhan yang satu itulah yang mencipta bumi, langit, bulan, matahari, dan bintang. Tuhan yang satu itulah yang mencipta jin, malaikat, dan iblis. Tuhan yang satu itulah yang menghidupkan segala yang hidup. Tuhan yang satu itulah yang menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dan tanam-tanaman. Tuhan yang satu itulah yang mencipta kuman dan nyamuk yang halus, malah Tuhan yang satu itulah yang mencipta gunung dan planet-planet. Tauhid Ulluhiyyah ialah hanya kepada Allah yang satu itulah kita menyembah, memuja, meminta pertolongan, beribadat dan berzikir. Hanya kepada Allah sahaja yang kita sanjung, kita puji, dan hanya kepada Allah yang satu sahaja kita meminta pertolongan dan perlindungan dari segala bahaya serta meminta kebahagiaan hidup di dunia dan Akhirat. Tauhid Rububiyyah dimiliki oleh semua manusia, yang mukmin atau yang kafir, bahkan dimiliki oleh binatang-binatang yang tidak berakal dan alam semesta atau batu-batu dan gunung-gunung. Sedangkan Tauhid Ulluhiyyah hanya dimiliki oleh beberapa orang manusia yang mengakui adanya Allah yang mencipta segala yang ada serta menunduk menyembah Allah dan beribadat menyembah Allah. Tauhid Rububiyyah tidak bernilai sekiranya tidak disertai dengan Tauhid Ulluhiyyah.

Sekiranya manusia ingin Allah meredhai mereka, ingin Allah memberikan keselamatan dan kebahagiaan dalam hidup mereka di dunia dan di akhirat, manusia perlu memperbanyakkan ibadat kepada Allah serta memperbanyakkan pujian dan syukur kepada Allah, memperbanyakkan takbir dan tasbih. Walaupun seseorang itu mengalami kesusahan dan masalah, namun sekiranya dia mengingati Allah, mengingati akan kebesaran Allah sudah pasti masalah dan kesusahan yang dihadapinya akan berkurang atau mungkin akan lenyap. Malah, apabila manusia itu benar-benar menyembah Allah serta beribadat kepada Allah dengan segala keinsafan dan kesedaran, maka melalui ibadat itu dia akan merasakan kelazatan hidup di dunia dan kelazatan di Alam akhirat nanti.

Allah itu berbeza dengan alam seluruhnya dan Allah tidak dapat disamakan dengan apa sahaja. Perbezaan antara Allah sebagai “sesuatu yang sempurna” dengan makhluk sebagai “sesuatu yang tidak sempurna” adalah perbezaan mutlak, perbezaan yang meliputi segala aspek. Zat makhluk terdiri daripada molekul-molekul. Zat Allah lain dari itu, Zat Allah bukan terdiri daripada molekul-molekul. Setiap makhluk mempunyai sifat yang terbatas. Jadi sebab itulah makhluk dikatakan “tidak sempurna”. Tetapi Allah yang menciptakan semua makhluk tersebut, mempunyai sifat yang terbatas. Allah berkuasa mencipta dan mengangkat Bumi dan langit bahkan berkuasa dan dapat mencipta serta mengangkat beribu-ribu Bumi dan langit sekiranya Allah berkehendak sedemikian. Ketinggian matahari atau planet masih dapat diukur, tetapi ketinggian Allah dan kebesaranNya tidak terbatas. Perbuatan Allah berbeza dengan perbuatan makhluk di muka bumi ini. Manusia boleh membuat sesuatu tetapi menggunakan bahan yang diciptakan oleh Allah. Jadi manusia sebenarnya hanya boleh mengubah apa yang sudah dicipta oleh Allah. Namun, hal ini berbeza dengan Allah. Allah mencipta sesuatu yang belum wujud. Allah mencipta sesuatu yang belum ada bahan, belum ada contoh, belum ada gambarannya namun Allah telah menciptanya dengan sempurna.

Allah berdiri dengan sendirinya bermaksud Allah tidak memerlukan apa-apa bantuan daripada makhlukNya. Allah mencipta bumi, matahari dan bulan tetapi Allah tidak memerlukan bumi, matahari dan bulan. Allah telah menciptakan manusia, malaikat, atau jin tetapi Allah tidak memerlukan manusia, malaikat atau jin. Hal ini yang dimaksudkan dengan Allah berdiri dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa bantuan. Sebaliknya, manusia, malaikat atau jin memerlukan Allah, begitu juga dengan bumi, matahari dan bulan, kesemuanya memerlukan Allah. Sekalipun kita manusia sudah diciptakan oleh Allah dan telah diberi segala anggota tubuh, dikurniakan akal fikiran, diberikan paru-paru dan jantung, tetapi kita tidak dapat hidup tanpa bantuan Allah. Allah mencipta makhluk, mencipta Bumi, matahari, bulan, mencipta air, beras, jagung dan gula, bukan kerana Allah memerlukan Bumi, matahari atau bulan, bukan kerana Allah memerlukan beras atau gula. Semua yang dicipta oleh Allah adalah untuk memenuhi keperluan manusia.

Allah mempunyai Kekuasaan atau Qudrat. Malah Allah juga mempunyai Kemahuan atau Iradat. Sekiranya Allah tidak berkuasa, sudah tentu alam ini tidak akan wujud. Sekalipun Allah berkuasa mencipta alam semesta ini, tetapi jikalau Allah tidak mahu mencipta, sudah tentu alam semesta ini tidak akan wujud. Segala yang tercipta, wujud kerana Kekuasaan dan Kemahuan Allah, kerana Qudrat dan Iradat Tuhan Yang Maha Tunggal. Kekuasaan Allah adalah kekuasaan yang sempurna, tidak terbatas dan tidak ada kekuasaan lain yang dapat menghalang kekuasaan Allah. Seluruh alam yang luas dan kukuh ini, mungkin hanya sebahagian kecil sahaja dari alam yang sebenarnya. Mungkin terdapat berjuta-juta matahari dan Bumi serta bulan di mana manusia belum dapat menyelidikinya. Allah bersifat dengan Iradat bermaksud bersifat dengan kemahuan. Sekiranya Allah tidak mengkehendaki sesuatu, maka sesuatu itu tidak akan terjadi. Sekiranya Allah tidak mahu mencipta manusia, maka tiadalah manusia di muka Bumi ini.

Sifat wajib bagi Allah ialah Hayat ertinya Hidup. Allah bersifat hidup atau Allah itu hidup. Allah hidup dan menghidupkan ( Al Hayyu, Al Muhyii ). Sedangkan makhluk di muka Bumi ini hidup tetapi tidak dapat menghidupkan, malah bukan sahaja tidak dapat menghidupkan, mereka juga akan mati atau bercerai dengan hidup. Perbezaan inilah yang merupakan perbezaan besar antara Hidup Allah dengan hidup makhluk. Hidup Allah adalah hidup yang sempurna, hidup yang tidak berakhir dengan kematian, hidup yang bukan kerana khasiat makanan dan minuman, hidup bukan kerana sinaran dan cahaya serta bukan kerana air atau hawa. Allah hidup bukan kerana dihidupkan atau bukan kerana sesuatu. Semua makhluk yang hidup di alam semesta ini adalah bersumberkan daripada Allah. Allah akan sentiasa kekal hidup malah Allah yang akan menghidupkan atau mematikan sesuatu itu.

Allah bersifat Ilmu atau Pengetahuan. Allah berilmu ialah dengan maksud mengetahui segala sesuatu. Tidak ada sesuatu yang terjadi di alam semesta ini yang tidak diketahui oleh Allah. Ilmu Allah tidak terbatas. Allah mengetahui sesuatu yang zahir dan batin, yang nyata dan yang tersembunyi. Allah mengetahui segala yang terselindung dan tertutup rapat. Allah mengetahui segala sesuatu yang terjadi dan yang akan terjadi. Dengan ilmu yang tinggi dan sempurna, Allah telah mencipta segala benda dan alam semesta ini. Malah dengan pengetahuan yang sempurna dan tinggi, Allah telah mengadakan peraturan bagi setiap alam yang dicipta. Peraturan samada perintah atau larangan Allah itu ialah agama, yang diturunkan Allah melalui perantaraan Nabi dan RasulNya yang dari dulu sampai sekarang bernama agama Islam. Orang yang mengerti dan yakin kepada Allah, tidak akan ragu dan tidak akan membantah peraturan yang ditetapkan oleh Allah.

Sifat Allah yang wajib umat Islam percaya ialah “Kalam” bermaksud “perkataan”. Hal ini bermaksud, Allah itu berkata-kata, bukan diam atau bisu. Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang menerangkan bahawa Allah itu berkata-kata contohnya seperti ‘ Qalallah ‘, ‘ Allah yaqulu ‘, ‘ Kallamallahu ‘, ‘ Qauluhu ‘ dan sebagainya. Mengikut Surah An Nisaa ayat 164, Allah berkata-kata dengan dengan sebahagian Rasul. Rasul yang dimaksudkan ialah Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad S.A.W. Seluruh ayat Kitab Suci Al-Quran yang kesemuanya berjumlah 6237 ayat, terdiri daripada perkataan dan huruf, kesemuanya adalah perkataan Allah, kalimah Allah atau Kalamullah. Al-Quran mengandungi pelajaran-pelajaran (ilmu) tentang Alam Zahir dan Alam Ghaib, perintah dan larangan (hukum) ditetapkan oleh Allah, ilmu dan hukum yang tetap, yang tidak berubah buat selama-lamanya Di samping kalamullah yang merupakan kalimah, lafaz atau kitab Suci itu, ada pula kalimah Allah yang merupakan kejadian alam, serta peristiwa yang terjadi di dalamnya. Semuanya itu berasal dari kalimah atau kalamullah.

Al-Rahman dan Al-Rahim ertinya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah bersifat Al-Rahman dan Al-Rahim. Al-Rahman dan Al-Rahim berasal dari perkataan ‘rahmat’ yang bererti kasih atau sayang atau cinta. Seluruh alam yang diciptakan oleh Allah, bukan sahaja manusia tetapi juga binatang, kayu, lagit dan lain-lain, kesemuanya mendapat rahmat daripada Allah. Dengan terciptanya setiap benda atau alam itu, bererti bahawa setiap alam atau benda itu mendapat rahmat daripada Allah, iaitu rahmat ciptaan. Al-Rahman bererti Allah membahagi rahmatNya dengan sama rata kepada semua makhlukNya, baik makhluk berakal atau makhluk yang tidak berakal, makhluk yang hidup atau makhluk yang mati serta makhluk yang taat atau makhluk yang kafir. Al-Rahim ertinya Rahmat yang tidak putus, iaitu rahmat kehidupan bahagia di dalam Syurga. Namun, rahmat ini tidak menyeluruh, hanya untuk manusia yang baik sahaja. Manusia yang kafir dan ingkar, manusia yang tidak mengakui tentang wujudnya Allah atau manusia yang mengakui wujudnya Allah tetapi tidak taat dan patuh kepada Allah, mereka ini hanya akan diberikan kesenangan harta benda selama hidup di dunia ini sahaja. Namun, sekiranya mereka meninggal dunia, maka segala Rahmat Allah putus dan terhenti untuk mereka serta diganti dengan azab dan seksaan api neraka.

Sebagai umat Islam, kita semua mempercayai dan meyakini bahawa alam semesta ini adalah dicipta, dijadikan oleh Allah Maha Pencipta atau Al Khaliq. Alam yang diciptakan oleh Allah terdiri daripada dua jenis iaitu Alam Zahir di mana alam ini adalah alam yang kita dapat lihat dengan pancaindera kita. Manakala yang kedua ialah Alam Ghaib iaitu alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera kita endiri, alam yang bukan terdiri daripada benda. Terdapat undang-undang baik pada alam Zahir atau alam Ghaib. Ketentuan yang berlaku pada setiap alam dan segala isinya, dinamakan Sunnatullah atau Undang-undang Allah. Sekiranya kita mempelajari Sunnah Allah yang berlaku pada alam ini, kita akan semakin percaya kepada Allah. Ertinya keimanan kita akan bertambah tebal dan kuat. Secara tidak langsung, dengan memiliki keimanan yang kuat, kita akan dapat menghadapi persoalan hidup dan kehidupan kita akan menjadi stabil, terhindar dari resah dan gelisah, serta jauh dari perasaan takut dan khuatir.

Kepercayaan atau keimanan kepada Allah adalah kesedaran tertinggi, puncak segala kesedaran dan pengetahuan. Keimanan kepada Allah yang dikatakan kesedaran tertinggi itu bukan hanya semata-mata percaya bahawa Allah wujud, hanya Allah yang mencipta seluruh alam semesta dan mengaturnya tetapi kita mestilah percaya kepada Allah dengan segala ketentuan-ketentuan yang merupakan sifatNya dan perbuatanNya. Allah mengetahui gugurnya sehelai daun, Allah sedar akan gerak geri manusia, setiap bunyi dan suara, serta setiap suara dan kalimat yang keluar dari mulut manusia. Manusia harus sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah, lalu diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini dengan kekuatan berfikir sehingga kita mempunyai kemampuan untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang baik atau buruk, dan kita semua akan kembali menghadap Allah untuk dipertanggungjawabkan segala gerak-geri dan tingkah laku kita selama hidup di dunia ini.

Manusia sebagai makhluk berakal selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesimpulan-kesimpulan dari apa yang difikirkan dan diselidikinya. Berdasarkan kesimpulan yang dilakukan itulah dia bertindak melakukan segala perbuatan. Orang-orang yaang mempunyai jalan pemikirannya dan tindakannya benar dan baik, maka orang-orang itu akan mendapat hidayah daripada Allah. Namun, orang-orang yang mempunyai jalan pemikirannya, tindakan serta perbuatannya salah dan jahat, bererti dia tidak mendapat petunjuk dari Allah tetapi mereka terpengaruh dengan syaitan dan iblis. Nikmat pemberian Allah yang paling penting, yang paling tinggi nilainya, yang diberikan kepada manusia, bukanlah terdiri daripada nikmat kekayaan, pangkat, makanan, minuman atau sebagainya tetapi nikmat yang dimaksudkan ialah nikmat hidayah dan petunjuk daripada Allah. Setiap umat Islam diwajibkan oleh Allah untuk memohon dan meminta petunjuk 17 kali dalam sehari, iaitu dalam setiap rakaat solat. Tetapi sayangnya, tidak semua orang dapat menerima petunjuk atau hidayah daripada Allah, sebab petunjuk dan hidayah itu hanya diberikan kepada orang yang dicintaiNya sahaja.

Allah suka apabila NamaNya sering dibesarkan, disucikan dan dipuji oleh manusia, dan Allah gembira jikalau manusia meminta dariNya. Sebab itu, selain zikir, doa yang sering diucapkan juga sering mendapat tempat di sisi Allah. Maka adalah merupakan satu kesalahan besar apabila kita tidak pernah meminta dan berdoa kepada Allah. Allah menjadikan sifat kasih sayang, pemaaf, pencinta dan lain-lain sifat yang sedemikian sebagai sebahagian dari namaNya seperti Ar Rahman (Maha Pengasih), Ar Rahim (Maha Pemurah), Al Waduud (Maha Pencinta), Al Lathiif (Yang Lemah Lembut), Al Ghafuur (Maha Pengampun) dan lain-lain. Manakala berbeza dengan sifat marah dan murkanya. Sifat marah itu tidak menjadi salah satu dari Nama-nama Allah. Hanya dinyatakan bahawa Allah Zuntiqam (Pembalas segala kejahatan dengan azab seksa) dan Syadiidul ‘Iqlaab (Amat pedih seksaNya). Kecintaan terhadap Allah mesti diiringi dan disertai dengan perasaan harap dan takut (Al Rajaa’ dan Al Khauf), iaitu berharap kepada rahmat, nikmat, dan keredhaan Allah, serta takut kepada azab, seksa dan kemarahanNya. Berharap kepada Allah tidak sama dengan berangan-angan. Berharap ialah dengan berjuang memerah tenaga untuk mencapai sesuatu yang diharapkan.

Sebagai umat Islam, kita perlulah meyakini dan mempercayai akan kewujudan Allah Yang Maha Besar malah kita juga perlulah mempercayai akan Keesaan Allah Yang Esa. Tanpa Allah, siapalah kita yang lemah ini. Tanpa Allah, kita tidak akan wujud di muka Bumi ini. Jadi, seharusnya kita mesti bersyukur, serta taat akan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Kita juga mesti berusaha untuk mendapatkan petunjuk dan hidayah daripada Allah. Sekiranya kita berjaya mendapat petunjuk daripada Allah, hidup kita akan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan aman damai. Hati yang resah juga akan menjadi tenang dan bersih. Kesimpulannya, Allah Yang Maha Kuasa memiliki kuasa untuk menjadikan kita sebagai manusia yang lemah di sisiNya. Marilah kita bersama-sama mentaati Allah. Secara tidak langsung, kehidupan kita di alam Akhirat kelak akan terjamin.

Perkahwinan Dalam Islam

Oleh: Farah Adhura Binti Salman


PENGERTIAN NIKAH

Nikah mempunyai dua pengertian. Pertama dengan makna lughawi iaitu berkumpul dan berhimpun. Kedua dengan makna syar’i, iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan intim.

HUKUM BERKAHWIN ATAU BERNIKAH

Pada asalnya, hukum berkahwin atau bernikah adalah harus tetapi hukum tersebut boleh berubah mengikut situasi. Hukum tersebut boleh jatuh:
a) Wajib – bagi mereka yang mampu zahir dan batin serta menambah taqwa dan menjauhkan diri melakukan zina.
b) Haram – bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin.
c) Sunat – bagi mereka yang mampu zahir dan batin tetapi masih mampu mengawal diri daripada melakukan zina.
d) Makruh – bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin, tetapi tidak memudaratkan isterinya kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan intim.
e) Harus – bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorong dirinya berkahwin.

Hidup membujang telah dilarang dalam Islam. Ini bersamaan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidak ada hidup membujang. Mereka yang hidup membujang adalah seperti rahib (hidup bertapa) dan mengharamkan yang halal.

Jika seseorang itu tidak mapu berkahwin, mereka hendaklah berpuasa. Rasululah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:
Wahai para pemuda, barang siapa yang telah mampu melakukan kelamin hendaklah berkahwin, maka sesungguhnya berkahwin menutup pandangan dan memelihara kemaluan daripada melakukan zina. Kalau tidak mampu, berpuasalah kerana puasa itu menjadi perisai (penghalang) baginya.

Bagi seseorang yang berkemampuan untuk untuk berkahwin tetapi tidak mahu berkahwin merupakan orang yang tidak suka kepada sunnah Rasulullah s.a.w. baginda bersabda yang bermaksud: Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala aku tidak berpuasa, aku sembahyang dan aku tidur, aku juga berkahwin dengan permpuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikut aku.

Terdapat beberapa hikmah apabila melangsungkan pernikahan. Antaranya ialah untuk mententeramkan jiwa, menutup pandangan dari melihat wanita yang bukan mahram, mengikat kasih sayang dan untuk melahirkan ummah.

Bagi seorang lelaki, terdapat beberapa cara yang telah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk memilih calon isteri seperti mana yang terkandung di dalam hadith baginda yang bermaksud:
Kahwinilah wanita tu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat.

Yang dimaksudkan dengan wanita yang beragama ialah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya seta berpegang teguh dengan perintah-Nya dan melahirkan simpati terhadap ajaran agama. Mereka yang berkahwin kerana agama akan dikurniakan oleh Allah rezeki yang lumayan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Seorang lelaki yang mengahwini wanita kerana agamanya akan dikurniakan oleh Allah akan harta.

Bagi mereka yang berkahwin kerana mengharapkan harta isterinya hanya akan menjadikan dirinya miskin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Mereka yang mengahwini seseorang perempuan kerana hartanya, tidak bertambah hartanya, malah menjadikan dirinya papa.

Mereka yang berkahwin semata-mata kejelitaan dan kecantikan isterinya hanya akan merosakkan diri mereka sendiri. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Jangan kamu kahwini perempuan itu kerana melihat kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kerosakan kepada diri mereka sendiri.

Manakala mereka yang berkahwin semata-mata kerana keturunan isterinya pula akan menyebabkan keturunan mereka tidak akan bertambah kehormatan dan kemuliannya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Mereka yang mengahwini seorang perempuan kerana kebangsawanannya, Allah tidak akan menambahkan kemuliannya, kecuali kehinaan.

PEMINANGAN

Terdapat beberapa perkara yang ditekankan dalam pemilihan semasa peminangan. Antaranya ialah perempuan itu mestilah perawan atau suci, perempuan tersebut boleh melahirkan zuriat dan juga perempuan yang teguh dengan ajaran agama.

Sebaik-baiknya, tabiat seorang wanita yang paling baik dijadikan isteri ialah wanita yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadith baginda yang bermaksud:
Sebaik-baik wanita adalah yang apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.

Dalam hukum syara’, harus bagi seseorang yang meminang melihat perempuan yang dipinang tetapi hanyalah pada bahagian muka dan dua tapak tangan sahaja, kerana kedua-dua bahagian itu sudah cukup untuk membayangkan bentuk dan kecantikan perempuan tersebut.
Hikmah Islam menyuruh peminang itu melihat perempuan yang dipinang adalah supaya suami isteri itu hidup dalam aman tenteram. Rasulullah s.a.w. sendiri menyuruh sahabatnya, Mughirah bin Syukbah supaya melihat perempuan yang telah dipinangnya. Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang bermaksud:
Lihatlah dahulu perempuan itu, maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai.

Dalam Islam tidak mewajibkan lelaki itu sendiri melihat erempuan yang dipinangnya, tetapi boleh mengutus seorang perempuan yang dipercayainya. Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengutus Ummi Sulaim kepada seorang wanita. Sabda baginda yang bermaksud: Perhatikanlah kepada hujung tumitnya dan ciumlah tengkuknya.


PERTUNANGAN

Dalam pertunangan, pembirian merupakan adat atau kelaziman yang dilakukan di negara kita. Adat ini tidak bercanggah dengan prinsip Islam malah adat ini dianggap satu perkara yang baik dan selaras dengan kehendak syara’.

Jikalau pertunangan tersebut putus disebabkan oleh sesuatu perkara, tidak harus bagi lelaki yang meminang atau keluarganya menuntut kembali pemberian pertunangan itu, tetapi jika pihak perempuan atau keluarganya sukarela mengembalikan semula pemberian tersebut, pihak lelaki harus menerima kembali pemberian itu.

Perkahwinan yang sebaik-baiknya ialah persetujuan kedua belah pihak yang bakal menjadi suami isteri dengan direstui oleh ibu bapa kedua belah pihak supaya suami isteri itu hidup dalam rumah tangga yang bahagia.

HAK DAN KEWAJIPAN SUAMI ISTERI

Menurut hukum syara’, hak bermaksud sesuatu yang merupakan milik yang boleh dimiliki oleh suami atau isteri yang didapati dari hasil perkahwinan. Manakala kewajipan pula bermaksud perkara yang wajib dilakukan oleh salah seorang dari suami atau isteri untuk memenuhi hak dari pihak yang lain.

Hak-hak dan kewajipan suami isteri itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu nafkah (zahir dan batin) dan pergaulan dalam rumah tangga.

Nafkah bermaksud “belanja” atau “sara hidup”. Maksudnya, nafkah ialah sesuatu yang diperlukan oleh setiap orang untuk hidup sebagai keperluan asasi.

Bagi seorang suami, nafkah yang wajib diberi kepada isterinya ialah tiga perkara.
1. Tempat tinggal.
Allah berfirman yang bermaksud:
Tempatkanlah isteri-isteri kamu di tempat kediaman kamu, sesuai dengan kemampuan kamu. (Surah al-Talaq: ayat 7)
2. Makanan
3. Pakaian

Ketiga-tiga kewajipan ini berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. pada Haji Wada’ (haji selamat tinggal). Baginda bersabda yang bermaksud:
Kewajipan suami terhadap isterinya memberi makanan dan pakaian menurut yang patut.

Antara sebab-sebab seorang suami patut memberi nafkah kepada isterinya adalah kerana:
1) akad nikah yang menjadi tali pengikat kepada isteri
2) isteri berada dibawah kekuasaan suami
3) suami berhak untuk menikmati diri isterinya
4) isteri wajib taat kepada suaminya
5) isteri tinggal dalam rumah menjaga rumah tangga dan anak-anak. Kewajipan ini adalah berdasarkan kaedah ‘ammah:
Setiap orang yang terhalang dirinya kerana hak dan manfaatnya untuk orang lain, maka nafkahnya wajib atas orang yang menghalang kerananya.

Antara syarat-syarat isteri berhak mendapat nafkah daripada suaminya adalah:
1) akad nikah yang sah
2) isteri telah menyerahkan dirinya kepada suaminya
3) isteri telah membenarkan dan mengizinkan kepada suaminya untuk menikmati dirinya.
4) Isteri sedia berpindah ke mana sahaja tempat yang dikehendaki oleh suaminya, kecuali tempat tersebut berbahaya kepada diri, harta dan maruahnya atau tempat-tempat yang jahat dan tempat maksiat.
5) Kedua suami isteri masih mampu melaksanakan kewajipan sebagai suami isteri (istimta’) iaitu hubungan intim.

Terdapat juga golongan-golongan isteri yang tidak berhak menerima nafkah daripada suami. Antaranya ialah:
1) Isteri yang masih kecil yang belum dicampuri, sekalipun ia sudah menyerahkan dirinya untuk dicampuri. (Ini berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. sewaktu berkahwin dengan Aisyah r. a., baginda tidak memberi nafkah kepada Aisyah selama dua tahun, kerana belum mencampurinya).
2) Isteri yang telah berpindah dari rumah suaminya ke rumah lain tanpa izin atau tanpa sebab-sebab syar’i.
3) Isteri bekerja atau membuka perniagaan, sedangkan suaminya melarangnya bekerja, dan isteri tersebut tidak menghiraukan larangan suaminya.
4) Isteri berpuasa sunat atau beriktikaf sunat walaupun suaminya tidak mengizinkannya.
5) Isteri dipenjara kerana melakukan jenayah atau tidak membayar hutangnya.
6) Isteri nusyuz (derhaka) atau melakukan maksiat terhadap suaminya, atau tidak mahu melayan suaminya.

KADAR NAFKAH

Tidak terdapat satu nas pun daripada ayat al-Quran atau hadith yang menentukan kadar nafkah yang perlu diberikan oleh seorang suami kepada isteri. Al-Quran dan hadith hanya menerangkan secara umum mengenai pembahagian nafkah, seperti orang yang kaya wajib memberi nafkah kepada isterinya sesuai dengan kekayaannya, dan orang yang pertengahan dan orang yang miskin wajib pula memberi nafkah isterinya sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah Taala yang bermaksud:
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan orang yang sempit rezekinya, hendaklah memberi nafkah dengan harta yang diberikan Allah kepadanya.

TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI

Menurut pandangan Islam, tanggungjawab suami isteri boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1) Tanggungjawab isteri terhadap suami
2) Tanggungjawab suami terhadap isteri
3) Tanggungjawab bersama di antara suami dan isteri

Tanggungjawab seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat berat dan banyak, kerana tanggungjawab seorang isteri tidak habis spanjang masa dan hari seperti pergi ke pejabat. Tetapi tanggungjawab seorang isteri bermula dari bangun di pagi hari sampai waktu tidur pun tanggungjawab tersebut tidak berhenti. Ini berdasarkan daripada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani yang bermaksud:
Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suami), bahawa isteri tidak boleh meninggal hamparan(tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat kepada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya, kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya. (Riwayat Al-Tabrani)

Apabila seorang suami memanggil isterinya kerana ada sesuatu hajat, isterinya hendaklah datang kepada suami dan tidak boleh mengingkarinya. Hal ini adalah kerana berdasarkan daripada hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Apabila seorang suami memanggil isterinya kerana ada sesuatu hajat hendaklah ia datang kepada suaminya, sekalipun isteri itu berada di dapur memasak roti. (Riwayat Al-Tarmizi wal-Insani)

Bagi seorang isteri yang tidak melayani hajat suaminya, dan tidak memperdulikan panggilannya adalah dianggap sebagai isteri yang tidak menunaikan tanggungjawab dan juga isteri itu dilaknat oleh Malaikat sehingga waktu pagi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. yang bermaksud: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke hamparannya (tempat tidur), isterinya tidak mahu datang. Dan malam itu hati suaminya berasa marah kepada isterinya, maka Malaikat akan melaknat isteri itu hingga waktu pagi.

Terdapat juga persolan mengapa Allah memberi tanggungjawab yang yang begitu berat terhadap isteri kepada suaminya? Sebenarnya, Allah memberikan isteri tanggungjawab yang berat terhadap suaminya adalah kerana suaminya itu menjadi pengawal kepada isterinya, dan suami itu juga bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan hidup isterinya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah an-Nisa’ ayat 43 yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki memberi nafkah sebahagian dari harta mereka. (Surah an-Nisa’ : Ayat 43)

Islam menyuruh isteri taat dan patuh kepada suaminya. Sekiranya Allah Taala menyuruhmanusia sujud kepada manusia, maka Allah akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. Hal ini jelas disebutkan dalam suatu hadith yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Aufa r. a. ketika Mua’z bin Jamal balik dari negeri Syam, beliau terus sujud kepada Rasulullah s.a.w., dan baginda bertanya: “Kenapa engkau berbuat demikian?” Mua’z menjawab: “Ya Rasulullah. Aku baru balik dari negeri Syam. Aku lihat rakyat di sana sujud pada pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua mereka. Aku pun hendak berbuat begitu kepada. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Jika aku suruh seseorang sujud kepada seseorang yang lain, sudah pasti aku akn suruh isteri sujud kepada suaminya disebabkan besar tanggungjawabnya.

Setiap isteri yang taat dan patuh kepada suaminya adalah dikira sebagai suatu amal kebajikan dan akan dibalas dengan syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a. yang bermaksud: Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan mematuhi suruhan atau larangan suaminya akan dimasukkan ke dalam syurga.

Manakala, seorang isteri tidak wajib patuh dan taat kepada perintah suaminya yang mengarah kepada kejahatan dan maksiat. Haram bagi seorang isteri taat dan patuh kepada perintah tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ali r. a. yang bermaksud: Tidak boleh taat kepada seseorang pada perkara-perkara maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat itu adalah kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.

Tanggungjawab suami terhadap isterinya juga sangat banyak dan berat, kerana suami telah menerima amanah Allah menjaga keselamatan isterinya, memberi makan minumnya, pakaiannya, tempat tinggalnya dan seluruh keperluan hidupnya sehari-hari, zahir dan batin. Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:
Bersabda Rasulullah s.a.w. : Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah bila engkau makan, hendaklah engkau beri makanan untuk isteri engkau. Bila engkau memakai pakaian, engkau berilah pakaian untuk isteri engkau. Engkau jangan pukul isteri engkau di bahagian mukanya. Engkau jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang jahat, iaitu perkataan yang menyakitkan hati yang dibenci di hadapannya. Engkau jangan tinggalkan isteri engkau seorang diri kecuali di dalam rumah. (Riwayat Abu Daud)

Menurut pandangan Islam, sikap suami yang tidak bertanggungjawab dan khianat terhadap isterinya ialah suami yang bersikap kasar dan terhadap isterinya seperti selalu memukul isterinya, tidak mempedulikan rumahtangga, tidak menyempurnakan makan minum isterinya dan selalu membawa perempuan-perempuan lain. Rasulullah s.a.w bersabda ketika mengerjakan Haji Wada’ (haji selamat tinggal) yang bermaksud: Ingatlah, hendaklah kamu terima pesanan mengenai orang-orang perempuan. Bergaullah kamu dengan mereka secara baik, dan berlemah lembut. Sesungguhnya orang-orang perempuan itu adalah merupakan tawanan kamu. Kamu tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap mereka kecuali mereka berterus-terang melakukan kejahatsn (menderhaka). Jika mereka itu melakukan perkara tersebut, maka tinggalkan mereka di tempat tidurnya seorang diri. Dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang tidak memberi bahaya. Tetapi jika mereka itu berlaku taat kepada kamu, janganlah kamu melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka. Ingat sesungguhnya kamu terhadap isteri-isteri kamu adalah mempunyai hak yang tertentu. Dan isteri kamu pula terhadap kamu mempunyai hak yang tertentu juga. Maka hak kamu terhadap mereka itu, bahawa isteri kamu tidak menghamparkan tilam kamu kepada orang yang kamu benci. Dan tidak membenarkan orang yang benci masuk ke dalam rumah kamu. Ingat, hak isteri ke atas kamu ialah bahawa kamu berbuat baik terhadap mereka itu mengenai pakaian, dan makan minum mereka dengan cukup dan sempurna.

Konsep ibadah

Oleh: Muhd Iqmal bin Adi Zuraini

Perpaduan paling maksimum ialah melalui kesatuan akidah atau tauhid kepada Allah SWT. Kerana kesatuan akidah adalah jambatan emas yang dapat menyampaikan kepada perpaduan sejagat dan ia juga adalah pemusnah segala sistem sosial yang berbentuk kasta dan sebagainya.

Konsep Ibadah Azizah Othman Fungsi utama manusia di atas muka bumi ini adalah bagi beribadah kepada Allah SWT sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat Allah SWT yang tidak terhingga dan ternilai. Jika seorang anak yang dijaga dan diasuh oleh ibu bapanya dengan belaian kasih sayang dan diberikan pendidikan yang sempurna, apabila besar dan menjawat jawatan tinggi wajar berbakti kepada ibu bapa sebagai mengenang jasa mereka. Maka manusia dijadikan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling sempurna, lebih wajar beribadah kepada-Nya sebagai mengenang budi dan jasa bakti kurniaan Allah SWT itu. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara dan merupakan jambatan bagi menuju ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi, manakala kehidupan di dunia terhad dalam jangka masa khusus yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia bagi menyediakan bekalan secukupnya di akhirat. Bekalan itu ialah amalan soleh yang merangkumi konsep ibadah. Ayat dalam surah al-Mukminun ayat 115 menegaskan, “Apakah kamu menyangka Kami jadikan manusia sia-sia sahaja dan kamu tidak akan kembali kepada Kami (Allah)?” Pengertian Ibadah Pengertian ibadah daripada segi bahasa ialah ‘al-Ta’ah wa al-Khudu’’ iaitu taat serta tunduk. Tugas manusia adalah beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, apa yang lahir daripadanya sama ada perkataan, perbuatan, gerak dan diamnya mestilah merupakan ibadah kepada Allah SWT. Pelbagai pengertian diberikan oleh al-Quran ke atas ibadah. Antaranya adalah: Ketundukan Ketundukan yang dimaksudkan oleh al-Quran adalah kepatuhan dan penyerahan diri. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 45-47 yang bermaksud, “Kemudian Kami (Allah) utus Musa dan saudaranya, Harun dengan mukjizat-mukjizat dan syariat yang jelas. Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya tetapi mereka menyombongkan diri. Dan adalah mereka kaum yang sombong. Mereka menolak seraya berkata; Patutkah kita percaya kepada dua orang seperti kita sedang sebangsanya beribadah kepada kita. ” Ubudiyyah Ubudiyyah membawa maksud perhambaan diri. Hal ini dijelaskan melalui ayat terjemahannya dalam surah al-Baqarah ayat 172, “Hai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang Kami (Allah) berikan kepadamu! Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepada-Nya kamu beribadah. ” Ayat ini membicarakan secara khusus berkaitan makanan yang halal dan haram di kalangan mereka yang tentunya patuh kepada adat resam dan peraturan yang ditinggalkan oleh datuk nenek mereka. Sebaik sahaja mereka memeluk Islam, mereka diperingatkan supaya beribadah atau memperhambakan diri kepada Allah SWT. Ketaatan Ibadah juga dijelaskan oleh al-Quran membawa maksud ketaatan. Ketaatan yang sebenarnya ialah kepada Allah SWT, bukan ke atas sesuatu selain daripada-Nya seperti iblis, syaitan, nafsu, harta benda, pangkat, pemerintah yang zalim dan sebagainya. Ini dijelaskan dalam surah as-Shaffat ayat 22-23 terjemahannya, “Himpunkanlah penyeleweng dan rakan mereka serta yang kepadanya selain daripada Allah SWT mereka beribadah dan taat. Dan bawalah mereka ke jalan menuju neraka. ” Penyembahan Perkataan ibadah juga digunakan oleh al-Quran bagi menunjukkan hal yang berkaitan dengan penyembahan melalui dua perkara. Pertama, perlambangan iaitu ibadah yang mengandungi perbuatan dan perkataan seperti rukuk, sujud, tawaf, sai dan sebagainya. Kedua, doa meminta pertolongan iaitu kesedaran dan keyakinan pada keesaan Allah SWT dengan qadak dan qadar-Nya. Hal ini dijelaskan dalam surah al-Ahqaf ayat 5-6 terjemahannya, “Siapa yang lebih sesat daripada orang yang menyembah selain daripada Allah SWT yang tiada dapat memperkenankan permohonannya sampai hari Kiamat. Dan mereka lalai daripada doa mereka? Dan apabila manusia sudah dikumpulkan pada hari Kiamat nescaya sembahan-sembahan itu menjadi musuh mereka dan mengingkari pemujaan mereka. ” Meminta Perlindungan Al-Quran juga menggunakan perkataan ibadah untuk menggambarkan hal yang berkaitan dengan meminta pertolongan. Hal ini dijelaskan dalam surah al-A’raf ayat 194 terjemahannya, “Bahawasanya apa yang kamu seru selain daripada Allah SWT itu adalah hamba-hamba yang lemah seperti kamu juga. Cubalah seru mereka lalu biarlah mereka perkenankan permintaannya, jika benar pendapatmu itu. ” Tujuan Ibadah Manusia yang baik serta lurus adalah mereka yang menimbang seluruh urusannya dengan neraca rabbani dan mendekatkan diri dengan Tuhannya atau muraqabah pada setiap perkataan dan perbuatannya. Inilah sasaran utama dan terakhir daripada metodologi pendidikan Islam yang dikehendaki. Islam menjadikan kewajipan beriman kepada Allah adalah bagi membersihkan akal manusia daripada penyembahan berhala dan khurafat.

Ibadah Haji
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islamyang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam). "

Pengertian Haji dan Umrah pada syarak
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie
Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
Mukallaf.
Berkemampuan dengan syarat:
Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
Ada kenderaan pergi dan balik.
Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
Aman perjalanan.

Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

Jenis-jenis Haji
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
Haji Tamattuk
Haji Qiran
Haji Ifrad
Umrah

Rukun-rukun Haji
Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan

Dam Haji
Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah. Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa.

Sebab-sebab diwajibkan dam:
Melanggar pantang larang dalam Ihram
Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
Luput Wuquf di Arafah
Meninggalkan Tawaf Wada'
Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya.
Haji Mabrur
Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan alMabrur sebagai alMaqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa)
Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab “Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”.

Ibadah Puasa

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.
Puasa Wajib
Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
•Puasa Kifarah.
•Puasa Nazar.
•Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
•Puasa enam hari pada bulan Syawal
•Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
•Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
•Puasa pada Hari Isnin dan Khamis

Puasa Haram
•Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
•Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
•Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
•Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
•Puasa perempuan haid & Nifas
•Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
•Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
Berakal/waras
Baligh (cukup umur)
Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

•Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
•Orang Islam
•Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
•Suci daripada haid dan nifas
•Sempurna akal fikirannya pada hari itu
•Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
•Makan sahur serta melambatkannya
•Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
•Menjamu orang-orang berbuka puasa
•Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun, seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
Keluar darah haid atau nifas
Gila (hilang akal)
Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
Merokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)
Murtad (keluar dari Islam)
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
Orang yang sakit.
Orang yang berkerja buruh.
Orang yang dalam musafir (perjalanan).
Orang tua yang sudah lemah.
Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Ibadah Korban

Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Mengatasi Masalah Rumah Tanggga

Oleh: Noraini Binti Pettire

BERMUSYAWARAH
Bermusyawarah adalah kunci dari segala kejayaan dan kebahagiaan dalam mengharungi hidup berumahtangga. Di dalam Al-Quran Allah telah menegaskan: “Oleh kerana disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadanya. ”
Jadi musyawarah untuk muafakat sangat dianjurkan oleh Islam, baik dalam urusan rumahtangga mahupun yang lain. Bermusyawarah dapat mencipta ketenteraman dan ketenangan di dalam hati isteri serta menghidupkan rasa ingin selalu menghargai suami. Di samping itu musyawarah dapat mengabdikan hubungan cinta antara pasangan, menjadikan isteri lebih bertanggungjawab sehingga dapat menghidupkan kemampuan berfikir serta mengatur urusan dengan lebih berkesan.
Dalam hal musyawarah, banyak kita temui riwayat hadis contohnya, sahabat Abi Hurairah berkata: “Aku tidak menemukan seorang pun yang lebih banyak bermusyarah dengan para sahabat kecuali Rasulullah. ” Sahabat Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Tidak pernah rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang bernusyawarah. ”

Pada waktu bermusywarah seorang suami harus memerhatikan serta menjaga beberapa hal agar musyawarah tersebut benar-benar mendatangkan manfaat. Antaranya:
1. Dengan penuh perhatian mengemukakan masalah kepada isteri serta meminta kepadanya untuk memberi tanggapan mahupun pendapat.
2. Jangan segera memberikan kesimpulan terhadap pendapat sebelum dipelajari dengan baik. Dalam menyelesaikan masalah hendaklah dalam keadaan yang tenang dan tidak tergesa-gesa. Kerana ketenagan adalah sebahagiaan daripada rahmat Allah, sementara tergesa-gesa pula adalah perbuatan syaitan.
3. Jangan terlalu fanatik dengan pendapat sendiri, tetapi mengalah apabila ternyata pendapat yang disampaikan tidak benar sekiranya kebenaran berada di pihak isteri. Hendaklah memberi pelajaran kepada isteri bahawa yang dituntut dalam musyawarah adalah mengutarakan pendapat, bukan mengkritik mahupun memaksa pandapat.
4. Jangan terburu emosi apabila isteri tidak menerima pendapat atau tidak memahami kehendak si suami.
5. Jangan mencela mahupun merendahkan pendapat isteri yang keliru, tetapi berdiskusilah dengan oenuh kelembutan dan tempatkan isteri pada tempat yang seharusnya sehingga mereka merasa puas. Jangan sesekali mematahkan pendapat dengan penuh kekerasan baik dari segi sikap mahupun perbuatan.
6. Hendaklah bijak membuat kesimpulan musyawarah sehingga dapat memberikan ketenangan kepada isteri. Sampaikanlah penghargaan dan ucapan terima kasih atas pendapat yang telah dikemukakan dan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

PANGGILAN MESRA

Berbicara dengan menarik perlu teknik khusus. Bahkan perlu kepekaan perasaan apabila ingin menyeronokkan perbicaran yang sedap lagi berkesan kerana perbicaraan adalah sebahagiaan daripada seni. Apabila tidak memperhatikan perbicaraan tentu pendengar akan lari atau kurabg tertarik untuk mendangar. Akibatnya pesanan yang diberikan tidak sampai. Sekiranya perkara ini terjadi pada pasangan suami isteri maka keharmonian dan kemesraan dalam rumah tangga secara perlahan-lahan akan hilang. Oleh sebab itu, untuk menjadikan perbicaraan lebih berkesan, Islam telah memberikan beberapa tuntutan kepada umatnya khusus kepada suami agar mereka dapat meraih kebahagiaan yang lebih sempurna.

1. Memilih kata-kata yang baik. Suami soleh apabila berbicara dengan isteri pasti pandai memilih kata-kata yang indah lagi baik serta mengungkapkan dengan ungkapan yang menarik kerana Rasulullah telah menegaskan: “ Kata-kata yang indah lagi baik adalah sebahagiaan dari sedekah. ” Bahkan lebih jauh lagi kata-kata indah ini dapat menjadi perisai dari seksaan api neraka. Dalam hal ini Rasulullah menegaskan: “ Jauhilah seksaan api neraka sekalipun hanya dengan bersedekah separuh biji kurma. Barangsiapa tidak mendapatkannya maka cukup dengan kata-kata yang baik. ” Perkataan yang baik di dunia ini akan terasa sebagai cinta kasih dan pelekat jalinan persaudaraan. Manakala di akhirat kelak akan dihantar menjadi seorang penghuni syurga dan terselamat dari azab api neraka. Namun orang-orang kafir sajalah yans suka berbicara kotor dan jahat kerana Rasulullah bersabda: “ Bukanlah seorang mukmin yang apabila berbicara suka mencela, suka melaknat, suka membuat keji dan berbuat jahat. ”

2. Memanggil dengan nama yang manis. Apabila seorang suami memanggil isterinya maka hendaklah menggunakan panggilan yang manis dan yang paling disukainya. Perkara ini merupakan ungkapan kasih sayang, kemesraan serta penguat jalinan cinta. Sahabat Umar bin Al-Khatab menegaskan: “ Memberi salam setiap kali bertemu, melapang tempat duduk dalam majlis dan memangil dengan panggilan manis yang menjadi kesukaanya. ” Allah melarang seorang mukmin memanggil temannya dengan panggilan yang buruk dan jolokan yang mengguris perasaan. Cara yang demikian sangat dicela ole Allah s.w.t. Di dalam Al-Quran telah menegaskan: “ Dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk sesudah iman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka adalah orang-orang yang zalim. ” Memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak senonoh bukan mencerminkan akhlak seorang Muslim dan sangat dibenci oleh Rasulullah. Aisyah memberikan keterangan bahawaRasulullah merasa benci dengan orang yang memanggil temannya dengan panggilan yang buruk. Seandainya nama teman itu buruk, maka seharusnya diganti dengan nama yang lebih baik. Rasulullah pernah mengubah nama yang tidak baik dengan nama yang baik. Sahabat Ibnu Umar menerangkan bahawa Umar bin Al-Khatab mempunyai anak perempuan yang diberi nama ‘Ashiyah’(ahli maksiat). Maka Rasulullah kemudian menukar nama itu dengan ‘Jamilah’(yang cantik).

MENGATASI PERTENGKARAN SUAMI ISTERI

Pertengkaran selama mana masih dalam batas-batas normal dengan perkara-perkara yang masuk akal dibenarkan tetapi tidak menganggap pertengkaran normal, keperluan jiwa atau hobi mereka. Apabila ada pasangan suami isteri bertengkar disebabkan oleh tingkah laku mereka sendiri atau sikap sebelah pihak yang tidak mampu mengatasinya sendiri, maka sebaiknya hendaklah mencari orang tengah iaitu satu dari pihak suami dan satu dari pihak isteri. Kedua-dua orang tengah ini hendaklah berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan bijaksana dan mengharapkan pertolongan serta taufik daripada Allah s.w.t. Pernah Umar bin Al-Khatab mengutus seorang menjadi orang tengah untuk memperbaiki pertengkaran yang terjadi antara suami isteri namun beberapa ketika kemudian pengutus tersebut kembali tanpa hasil. Lantaran itu, Umar bin Al-Khatab marah lalu pergi untuk mendapatkan mereka yang bertengkar itu lalu mengingatkan mereka tentang janji Allah: “ Apabila kedua-dua penengah itu benar-benar menghendaki kebaikan, nescaya Allah memberikan taufik kepada mereka. ” Akhirnya mereka kembali lagi dengan niat yang baik dalam membina rumahtangga dan berusaha tidak bertengkar lagi.

Apabila isteri yang bersalah. Seandainya isteri mengabaikan tugasnya sehingga mengundng kemarahan suami maka ada tiga cara diberikan dalam Islam. Allah s.w.t yang bermaksud: “ Dan wanita-wanita yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatlah mereka dan leraikan dirinya dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. ”
1. Suami harus memberikan nasihat. Suami harus menyedari isterinya dengan memberikan nasihat untuk mengubah sikap yang salah. Mungkin dengan nasihat dan bertukar fikiran boleh membuahkan hasil yang baik berbanding dengan kekerasan yang ertinya akan menemui kegagalan.
2. Meninggalkan tempat tidur. Jika langkah petama tidak berhasil, maka suami hendaklah memisahkan tempat tidur dengan isteri. Mudah-mudahan dengan cara ini isteri sedar akan kesilapannya.
3. Memukul dengan niat mengajar. Apabila cara kedua tidak juga berhasil, maka ini bererti keangkuhannya telah mencapai tahap yang kritikal. Maka dalam hal ini, si suami boleh memukulnya dengan niat untuk mengajar isteri agar tidak mencapai tahap nusyuz. Namun, memukul juga tidak boleh dengan cara yang kasar iaitu ringan tetapi harus disertai dengan kata-kata yang baik baru isteri mengerti setelah dipukul. Mengenai soal memukul ini, Rasulullah tidak pernah memukul isteri bahkan memukul budak perempuan pun tidak. Rasulullah adalah seorang yang setia dan paling sempurna dalam melaksanakan perintah Allah. Beliau tidak menyukai dan mencela perbuatan tersebut. Beliau bersabda: “ Apakah di antara kamu yang tidak malu memukul isteri seperti memukul budak? Di siang hari dia memukul isteri kemudian malam hari ia menggaulinya. ”

BERSUKA RIA

Bergurau senda dan bersuka ria demi mengukuhkan tali kasih sayang antara suami isteri merupakan sesuatu yang dipandang penting bagi Islam. Petunjuk Rasulullah dalam menggauli isteri-isterinya dengan mencipta suasana santai dan penuh gurau senda serta bermain-main merupakan realiti dari kasih sayang yang diharapkan dapat menghidupkan kebahagiaan.

1. Bergurau senda ketika dalam perjalanan. Dalam perkara ini Aisyah memberi keterangan : “Suatu ketika aku keluar bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan. Pada masa itu badanku masih kecil sehingga belum mempunyai beban yang berat. Rasulullah berkata kepada sahabat: “Dahulukanlah kamu. ” Mereka pun kemudian berjalan terlebih dahulu, lalu Rasulullah berkata kepadaku: “Ya Aisyah, ke marilah. Mari kita berlumba lari, tentu aku akan mengalahkanmu. ” Aku pun kemudian berlari dengan Rasulullah dan aku yang menang. Ketika badanku sudah gemuk, dalam sebuah perjalanan yang lain Rasulullah kembali mengajakku berlumba lari lagi dengan berkata: “Ya Aisyah, kemarilah. Mari kita berlumba lari lagi dan tentu aku akan mengalahkanmu. ” Pada waktu itu aku sudah tidak lagi ingat bahawa aku pernah mengalahkan Rasulullah dalam lumba lari. Oleh itu aku berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat mengalahkanmu sementara badanku segemuk ini? ” Kata Rasulullah: “Ayuhlah, yang penting kita berlumba lari. ” Dalam lumba lari kali ini dimenangi oleh Rasulullah hingga kemudian beliau ketawa seraya berkata: “Ya Aisyah, ini adalah balasan dari kekalahanku tempoh hari. ” Ini adalah ilustrasi dari kesantaian Rasulullah terhadap isterinya dalam perjalanan. Beliau melakukan olahraga yang mengandungi hiburan, gurauan dan mencipta suasana yang seronok bagi isterinya serta mengukuhkan keharmonian antara suami isteri.

2. Bergurau senda ketika di rumah. Melebarkan rasa kehagiaan kepada isteri dengan sikap lemah-lembut dan bergurau senda adalah sebahagiaan daripada kehidupan Rasulullah. Dalam perkara ini Aisyah memberi keterangan: “Ketika itu Rasulullah baru saja pulang dari perang Tabuk atau perang Hunain. Pada rumah kecilku ada penutup. Penutup itu ditiup angin sehingga terbuka. Pada masa itu Rasulullah melihat anak-anak mainanku. Lalu Rasulullah bertanya: “Ya Aisyah, apakah itu? ” Jawabku: “Anak-anak mainan. ” Rasulullah melihat di antara anak-anak mainan itu seekor kuda yang memiliki dua sayap dari kain. Lalu Rasulullah bertanya: “Ya Aisyah, aku melihat sesuatu di antara mainan yang banyak itu bukan sebuah anak-anakan. Apakah itu?” Jawabku: “Kuda-kudaanku. ” Rasulullah bertanya lagi: “ Apakah yang berada di atasnya?” Jawabku: “Dua sayap. ” Rasulullah bertanya lagi: “ Adakah kuda memiliki sayap?” Jawabku: “ ”Bukankah engkau telah mendengar bahawa Nabi Sulaiman memiliki sekumpulan kuda yang bersayap? Seketika itu pula Rasulullah ketawa hingga menampakkan giginya. Pernah pula Rasulullah mengajak Aisyah menyaksikan sebuah pertunjukan dengan maksud agar Aisyah merasa senang dan gembira. Bahkan Rasulullah cukup lama menyaksikan persembahan tersebut hingga Aisyah bersandar di bahunya sehingga merasa puas. Dalam perkara ini Aisyah memberikan keterangan: “ Rasulullah pernah menutupiku dengan serban, sedangkan aku menyaksikan orang-orang Habsyah berpertunjukan di dalam masjid” Aku menyaksikan pertunjukan itu hingga merasa puas dan bosan.

3. Bersikap mesra ketika di meja makan. Menunjukkan sikap mesra kepada isteri ketika menjamu hidangan sangat dianjurkan oleh Rasulullah. Tidak selayaknya seorang suami mahupun isteri makan sendirian, kerana keadaan ini merupakan tradisi individualis dan tradisi para majikan terhadap pelayannya pada zaman Jahiliyah. Suasana di meja makan dapat dimanfaatkan sebagai media dialog dan menunjukkan rasa kasih sayang antara suami isteri. Bahkan Rasulullah sering menyuapkan isterinya. Ini adalah sebuah kemesraan yang tentu sahaja akan menambahkan keharmoniaan hubungan di antara mereka. Rasulullah selalu minum air minuman isteinya dan begitu juga isterinya.

4. Membiarkan isteri bergurau dengan temannya. Rasulullah selalu membiarkan isterinya dengan isteri yang lain. Bahkan beliau sering terlibat dalam gurauan mereka. Dalam hal ini Aisyah memberikan keterangan: “Aku pernah melumurkan adunan tepung ke wajah Saudah dan dia pun membalas kembali melumurkan tepung ke wajahku sehingga membuat Rasulullah ketawa. ” Seringkali kita mendapati lelaki yang kehilangan sikap lemah-lembut dan kehalusan perasaanya lantaran keseriusan dan kekerasan hatinya, sehingga membuat perasaan isteri selalu tertekan. Namun, ada juga di antara mereka yang menghindari gurau senda dan tawa lantaran bimbang akan memalingkan diri dari berzikir kepada Allah. Sedangkan tanpa disedari mereka telah menyakiti dan menyusahkan hati isteri. Rasulullah menyampaikan berita gembira kepada mereka dengan bersabda: “Segala sesuatu selain zikir kepada Allah adalah permainan dan sia-sia kecuali empat perkara: Seoarang suami bergurau dengan isterinya. Seseorang yang melatih kudanya. Seseoarang yang berjalan menuju dua sasaran(dalam permainan panah dan berlumba). Seseorang yang berlatih renang” Jadi bergurau dengan isteri pahalanya tidak kalah dengan berzikir kepada Allah kerana bergurau adalah sebahagiaan daripada kewajipan seorang suami dalam membahagiakan isteri.

5. Etika dalam bergurau. Di dalam bergurau, ada beberapa etika yang dianjurkan dalam Islam. Di antara etika yang dimaksudkan ialah:

Dalam bergurau hendaklah berpegang teguh pada kebenaran dan elakkan kebenaran yang mengandungi unsur-unsur kebohongan.
Jangan bergurau terlalu berlebihan kerana ia akan mematikan kreativiti dan ketajaman hati serta melalaikan zikir kepada Allah.
Ketika bergurau jangan sampai membuat orang lain sakit hati, sedih mahupun terkejut. Tidak dibenarkan pula bergurau yang mengandungi unsur penghinaan, kesombongan, mencaci-maki, mengumpat atau menyakiti perasaan dan hati orang lain.

Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan

Oleh: Fatin Zalika Binti Mohd Shukor

Pada mulanya ilmu ini telah diambil dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun islam. Ilmu kuno itu berasal dari ilmu perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga dari India dan China. Agama yang beraneka corak telah juga termasuk di bawah pemerintahan islam. Agama-agama ini bukan sahaja mempengaruhi bahasa arab sendiri tetapi juga telah menyumbangkan unsur-unsurnya dalam membentuk sistem perubatan islam. Dalam sistem yang diamalkan ini tersemai pula ajaran Islam sendiri yang diamalkan oleh beberapa pakar perubatan Islam sejati seperti Ibnu Sina dan Al-Razi. Namun selepas empayar Islam yang gemilang itu mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa latin pula dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem barat. Di benua kecil India sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan barat moden.

BAB 2
TOKOH-TOKOH REPRESENTATIF DALAM
BIDANG PERUBATAN
Di dalam bab ini, kita berikan perhatian khas kepada beberapa tokoh yang paling terkenal seperti Al-razi, Ibnu Sina dan Al-Zahrawi. Dengan itu kita dapat mengikuti sendiri akan perkembangan karya perubatan Islam mengikut sejarah yang bermula dengan zaman penyediaan(terjemahan) dan seterusnya ke zaman kagemilangannya. Kemajuan utama yang dicapai oleh dunia Islam pada ketika ini ialah dari segi penterjemahan buku bahasa asing ke bahasa arab sebagai sumber pendidikan asas dan rujukan. Di antara tokoh Islam yang telah memberi sumbangan besar terhadap kemajuan perubatan termasuklah:- i. JABIR IBNU HAYYAN(721-776 M)
ii. HUNAYN IBNU ISHAQ(810-878M)

BAB 3
SUMBANGAN ISLAM DALAM
PERUBATAN UMUM
Sumbangan kepada of talmologi.
Oftalmologi adalah satu bidang yang sangat terkemuka dalam perubatan Islam jika dibandingkan dengan bidang lain selain daripada farmakologi. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi adalah berasal dari orang arab. Pemikiran tradisional berhubung dengan penglihatan yang timbul dalam zaman hippcrates adalah ekoran dari teori yang menyatakan bahawa sinaran dikeluarkan oleh mata.
Sumbangan kepada farmokologi dan farmasi.
Dalam bidang kimia, ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa percubaan pentingnya kejutan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kimia di Eropah. Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari mempelopori pusat pengajian farmasi. Seterusnya amalan sains farmasi dipisahkan sebagai satu profesion yang tersendiri iaitu berlainan dari profesion kedoktoran.
Dengan secara terperinci sumbangan Islam terhadap ilmu ubat-ubatan ialah:
1. Bidang farmasi.
2. Farmakologi dan Farmakoglosi.

BAB 4
Sumbangan perubatan Islam
Dalam bidang surgeri.
Diantara pakar bedah Islam yang paling terkenal ialah Al-Zahrawi(Albucasis)(936-1013M) pengarang kitab Al-Tasrif dan Ibnu Al-Quff(1233-1286M)pengarang The Authority On Surgery atau kitab Al-Umbda. Mereka telah menggunakan berbagai jenis alat surgeri rekaan sendiri dan telah membuat deskripsi ilmu pembedan yang begitu jelas dan teliti sehinggakan karya-karya mereka telah dijadikan buku-buku teks untuk beberapa abad lamanya di Eropah. Contohnya, kauteri. Kauteri ialah proses memusnahkan tisu yang berpenyakit dengan cara membakarnya dengan besi panas ataupun kimia kaustik. walaupun pada zaman lampau kuasa elektrik belum lagi direka, namun kauteri telah digunakan dengan luasnya dengan menggunakan besi panas. Bahkan kauteri memang digunakan oleh para surgeon untuk menghentikan pendarahan semasa pembedahan.

BAB 5
KEMEROSOTAN PERUBATAN
ISLAM
Diantara beberapa sebab yang telah membawa kepada kemerosotan perkembangan perubatan Islam ialah seperti berikut:
1. Keruntuhan empayar Islam. Baghdad, ibu kota kerajaan Abbasiyah telah musnah sama sekali akibat serangan tentera Mongol dalam tahun 1258. Beribu-ribu naskah buku dan hasil karya masyarakat Islam bersama dengan koleksi buku arab di perpustakaan telah dibakar oleh Mongol. Walaupun begitu, perubatan Islam masih menjadi asas pertumbuhan perubatan barat selama lima abad selepas ini. Keruntuhan empayar Islam tidak bermakna perkembangan ilmu perubatan Islam terhenti malahan semasa keruntuhan ini berlaku pun muncul tokoh-tokoh Islam dalam bidang kedoktoran seperti Ibnu Al-Qifti, Ibnu Abu Usaibiah, Ibnu Khallakan dan barhebraeus.

PENUTUP
Daripada beberapa faktor yang telah dibincang dan sebab-sebab lain yang tidak dapat dikawal kemajuan kedoktoran Islam telah merosot. Walaupun begitu, mesti diingatkan perubatan Islam belum menghembus nafasnya yang terakhir. Perubatan Islam terus hidup dalam bentuk asalnya dan dalam satu sistem yang masih lagi diamalkan di beberapa negeri di India. Faktor-faktor ini bersama dengan perolehan teknologi oleh orang Islam telah sekali lagi membuat orang Islam menumpu tenaga mereka ke arah memajukan kajian dan perubatan Islam.

Tokoh Perubatan Islam

Oleh: Saiful Shafenzi Bin Saidin

PENDAHULUAN
Sebelum kedatangan ilmu perubatan muslim, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai yang dipraktikkan di Eropah. Hal ini diakui oleh semua ahli sejarah moden bahawa perkembangan ilmu peubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan muslim. Di Eropah pada abad ke-14 hingga ke-17 Masihi ilmu peubatan muslim telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah dan baru seabad yang lalu iaitu dalam abad ke-19 Masihi perubatan muslim dihapuskan dari kurikulum institusi pelajaran di sekolah dunia barat. Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661 – 720 M) tetapi kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (750 – 1258 M). Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai perhubungan erat antara satu sama lain kerana Islam mementingkan kesihatan umatnya. Kebanyakkan ilmu perubatan umat Islam telah ditimba dari sumber asing khasnya dari Parsi, Kristian, Yunani, India dan Mesir. Ini menyebabkan ilmu perubatan muslim lahir sebagai integrasi antara teori-teori perubatan Yunani, tradisi Hippokrates dan Galen serta pengalaman bangsa Parsi dan India. Perkembangan ilmu perubatan pada waktu tersebut telah melahirkan ramai tokoh perubatan Islam seperti Ibn Maskawaih, Ibn Sina, Al-Razi, Abdul Qasim, Thabit Ibn Qurra dan ramai lagi.

Latar Belakang Ibnu Sina
Di barat, Ibnu Sina dikenali dengan nama Avicenna. Beliau mempunyai nama lengkap iaitu Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau berasal dari bangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah beliau dilahirkan pada tahun 375 Hijrah, di desa Afshanah berdekatan Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Pada zaman kanak-kanak, beliau mempelajari Al-Quran dan sastera secara tidak formal. Beliau mula belajar pada usia 5 tahun. Apabila umur beliau 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi Doktor Di Raja. Di samping itu, Ibnu Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada ketika itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqah, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasai beliau ketika baru berusia 10 tahun. Pada zaman kanak-kanaknya, beliau dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasai beliau termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi. Beliau seorang doktor yang pertama. Beliau menceburi pelbagai bidang dan pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, beliau mula menulis karyanya yang pertama berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan. Kemudian beliau menyambung karyanya dalam buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuklah berbentuk risalah berukuran kecil, dimuat dan dikumpulkan dalam satu buku besar berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb. Ibn Sina merupakan seorang yang bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang amat mementingkan pendidikan agama dan juga keduniaan walaupun beliau dilahirkan dalam keluarga seorang pemungut cukai. Ibn Sina merupakan seorang yang rajin membaca buku dan tidak mudah berputus asa. Pernah suatu ketika beliau telah membaca buku "Metafizik Aristotle" sebanyak 40 kali hanya semata-mata untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. Ketokohannya memang terserlah semenjak kecil lagi. Ini terbukti sewaktu berusia 17 tahun, beliau telah berjaya menyembuhkan Putera Raja Bukhara, Nooh Ibn Mansoor selepas semua pakar perubatan yang terkenal gagal dalam usaha tersebut. Raja Mansoor amat terhutang budi dan telah menawarkan hadiah yang lumayan kepadanya. Namun begitu, beliau menolak dan hanya meminta kebenaran untuk menggunakan perpustakaan Di Raja sahaja. Sewaktu berumur 20 tahun iaitu selepas kematian ayahnya, beliau telah mengembara ke Juran dan bertemu dengan Abu Raihan Al-Biruni sebelum berhijrah ke Hamadan. Di Hamadan, beliau mengarang kitab al-Qanun fit Tibb untuk mengubati Raja Hamdan iaitu Shams al-Daulah. Dari Hamadan beliau menuju pula ke Ispahan (Iran) di mana beliau telah menyempurnakan penulisannya dalam pelbagai bidang. Beliau merancang untuk meneruskan pengembaraannya, namun terpaksa kembali semula ke Hamadan kerana faktor kesihatan. Ibn Sina telah menghembuskan nafas terakhirnya di sana pada tahun 1037M ketika berusia 56 tahun. Potret beliau telah digantungkan didinding Fakulti Perubatan Universiti Paris sebagai mengenang jasa beliau dalam bidang ilmu perubatan. Ibnu Sina banyak mempengaruhi ilmu perubatan pada zaman moden ini. Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang doktor perubatan dalam Negara-negara Eropah begitu meluas. Buku hasil karyanya berjudul Al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan Ibnu Sina banyak mempengaruhi ilmu perubatan moden pada masa kini, dari segi penggunaan ubat-ubatan, diagnosis dan pembedahan. Hasil penulisan Ibnu Sina banyak diterjemahkan oleh orang eropah. Antaranya Sepanyol di Toledo. Pada abad ke 12 Masihi Gerard Cremona berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku hasil penulisan Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi bahan rujukan utama di universiti-universiti Eropah sehingga tahun 1500 Masihi. Buku beliau telah dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew). Di samping itu, buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali. Pada abad ke 16 Masihi, buku tersebut dicetak sebanyak 21 kali. Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakan buku tersebut sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 Masihi. Di samping itu juga, Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Penulis- penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan juga pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi termasuk pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina seorang perintis yang dapat menerangkan penyakit urat saraf. Al- Qanun Fit-Tibb juga mengandungi tentang penyakit saraf. Buku tersebut juga mengajar tentang cara-cara pembedahan dimana ia menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang meluas. Ibnu Sina terkenal sebagai seorang doktor. Pelbagai gelaran diberi kepada Ibnu sina. Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepada beliau adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran. Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 Hijrah / 997 Masihi iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan kritikal dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih. Ibnu Sina seorang pengkaji dan beliau telah banyak menjumpai penemuan-penemuan baru. Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi kerana mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubung dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan beliau mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada ketika itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious.
Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A. M. A shushtery, karya Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, beliau juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa bahan-bahan logam sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan, Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :
1. Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
2. Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
3. Bidang metafizika, "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4. Bidang psikologi, "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).
6. Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf", risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
7. Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.
8. Cerita-cerita roman fiktif, "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.
9. Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.

Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa saat sahaja ketidak seimbang humor berkenaan. Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembab di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut: Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan, nama jalan, rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu, kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraturan syariah maka buatlah". (Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis tentang gangguan psikologi. Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyhur, paling kerap dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi bahan rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 Masihi. Selain itu, di dalam buku "Al-Qanun fit Tibb" Ibn Sina ada menulis mengenai kajiannya terhadap tumbuh-tumbuhan. Beliau telah membahagikan sesi pertama jilid ini kepada enam bab iaitu pengenalan campuran ubat dadah melalui percubaan dan kias. Manakala di bahagian kedua ia mengandungi beberapa lukisan dan peraturan. Bagi setiap tumbuhan ini beliau akan menceritakan mengenai bentuk dan sifatnya dengan tepat serta membandingkannya antara satu sama lain di samping memberikan petikan-petikan berkenaan dengan tumbuhan tersebut daripada ahli sains purba seperti Dioscorides dan Galen. Selepas itu beliau akan membuat ujian bagi setiap tumbuhan sama ada dari segi tabii ataupun sifatnya. Seterusnya Ibn Sina turut membuat kajian mengenai pelbagai tumbuh-tumbuhan herba, tanaman bunga, kulat(fungi), rumpai-rumpai(algae) dan mengambil berat mengenai pelbagai jenis tumbuhan dari spesis yang berlainan bagi setiap genus. Beliau juga membuat catatan berkenaan dengan tumbuhan yang sama dan tidak sama serta membincangkan mengenai kediaman asli(habitat) bagi setiap tumbuhan, di samping tanah yang sesuai bagi tumbuhan berkenaan sama ada bergaram atau tidak. Selain itu beliau ada menceritakan mengenai warna-warna bunga dan buah-buahan, sama ada keras atau kering; daunnya yang lebar atau sempit; bergigi atau kesemuanya bertepi. Bahagian yang terbaik baginya ialah senarai tumbuh-tumbuhan di mana beliau telah memberi pelbagai nama bagi setiap tumbuhan Yunani dan tempatan. Beliau telah merakamkan fenomena berbuah, selang-seli bagi tumbuh-tumbuhan dan palma, iaitu sebahagian pokok-pokok yang memberikan hasil yang banyak dalam satu tahun dan hasil yang sedikit bagi tahun yang lain, atau berbuah satu tahun dan tidak berbuah sama sekali dalam tahun yang lain. Ibn Sina juga ada merujuk kepada kebolehan bau dan rasa bagi setiap tumbuhan dan ia telah mendahului Karl Metz pada tahun 1934 dengan menekan betapa pentingnya diagnosis melalui getah tumbuhan.

Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan, pada usia beliau 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hijrah /1037 Masihi. Beliau dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 Masihi beliau telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya, dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang baru berasa megah jika dimakamkan di mana “zeninth “ itu dimakamkan.

Monday, January 26, 2009

Wanita muslimah

Oleh: Wan Azlina binti Wan Mohd Yusoff

Dari aspek perubatan, wanita mempunyai tiga criteria iaitu organ gonad, kromosen ex dan organ ganeterlia. Pada pandangan Islam wanita ialah makhluk yang diciptakan oleh Allah swt daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam as. Wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai. Oleh itu, sebagai kaum wanita kita hendaklah menjaga diri kita dari seksa api neraka kerana azab api neraka itu amat dasyat seksanya. Kedasyatan api neraka dapat dilihat apabila setitik api neraka dapat membuat gunung-ganang yang menjulang tinggi itu cair, inikan pula kita manusia yang kerdil ini jika hendak dibandingkan dengan gunung-gunung tersebut. Terdapat beberapa jalan bagi menjauhi diri dari api neraka iaitu jalan dari segi akidah, ibadah dan dari segi akhlak.

Islam ialah satu-satunya agama yang diredhai Allah swt. Agama Islam terdiri daripada lima rukun iaitu mengucap dua kalimah syahadat, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan serta menunaikan haji ke Baitulmal. Sebagaimana yang kita ketahui juga Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw ke dunia bagi memimpin manusia kejalan yang lurus. Allah swt telah mewajibkan kepada seluruh umat manusia agar mentaati, memuliakan dan mencintaiNya. Mentaati Allah swt bermaksud dari segi akidah, perkataan dan perbuatan. Terdapat enam asas akidah iaitu beriman kepada Allahswt, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab, beriman kepada rasul, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada dan qadar. Terdapat juga beberapa keyakinan yang telah rosak dan kita dilarang sama sekali mempercayainya iaitu terdapat kepercayaan bahawa selain Allah swt terdapat tuhan-tuhan lain yang berhak disembah dan kepercayaan bahawa para wali Allah mendengar doa manusia dan menunaikan doa dengan kuasanya sendiri dan sewaktu dengannya. Ibadah dari segi perkataan pula ialah membaca kalimah syahadat, membaca zikrullah, membaca al-quran, membaca selawat dan selawat kepada nabi Allah, amar makruf nahi mungkar dan mengucapkan salam adalah ucapan yang termasuk dalam ibadah yang mendapat pahala. Dan Allah melarang kita berdusta, membuat fitnah, mengejek sesama muslim, menjadi saksi palsu dan berdoa selain kepada Allah swt.

Dari segi perbuatan yang termasuk dalam ibadah pula ialah solat, menunaikan haji, berjihad di jalan Allah, mengeluarkan zakat, menghomati tamu dan semuan perbuatan baaik umumnya. Dan antara perbuatan-perbuatan yang ditinggalkan dikira sebagai ibadah ialah sepertiberzina, riba, memakan harta anak yatim, berjudi, mencuri dan berbuat zalim. Ihsan pula adalah sepertiga dari ajaran Islam. Ihsan dapat didefenisikan sebagai perbuatan baik. Ihsan adalah wajib dalam akidah, dalam perkataan dan dalam perbuatan

Solat pula merupakan salah satu peraturan Islam, jika kita melaksanakan pada awal waktunya maka ianya termasuk dalam amal yang lebih utama. Dan jika kita meninggalkannyamaka kita termasuk dalam orang-orang yang kufur dan rugi di akhirat kelak. Antara syarat-syarat sah solat ialah Islam, berakal, baligh, menutup aurat, menghadap kiblat, dan menjaga kebersihan, dan antara fardu rukun solat ialah niat, takbiratul ihram, membaca al-fatihah, rukuk, sujud, duduk diantara dua sujud, dan salam.

Antara ibadah lain ialah zakat. Zakat wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. antara syarat-syarat wajib zakat ialah harus mencapai hisab mata wang dan ternak harus mencapai usia setahun dan buah-buahan sudah masak dan biji-bijiansudah bersemai. Sedekah juga adalah ibadah. Pintu kebaikan ada banyak. Kita tidak boleh ketinggalan bersedekah walaupun hanya dengan sepotong kurma. Semua yang kita nafkahkan dengan mengharapkan pahala dari Allah, maka Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita dan mengangkat darjat kita dan kita akan terlindung dari kejahatan sesuai dengan ita lakukan.
Puasa dari segi bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangka masa yang tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa. perkara-perkara yang haram makruh ketika berpuasa ialah berpuasa apabila sedang haid atau nifas, berpuasa pada hari kedua hari raya, berpuasa pada hari-hari tasyriq dan makruh apabila puasa sepanjang tahun, iaitu puasa tanpa henti selama setahun penuh, dan berpuasa pada hari syak. Rukun puasa pula terdiri daripada niat sebelum fajar, menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang sunat dalam berpuasa ialah mempercepat berbuka puasa apabila masuk malam dengan terbenam matahari, bersahur dan melambatkan sahur sampai ke akhir malam. Perkara-perkara yang membatalkan puasa pula adalah seperti makan dan minum, bersetubuh, muntah dengan sengaja dan murtad dari Islam. Terdapat juga perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa seperti debu jalanan, tertelan serangga secara tidak sengaja, menelan air liur, bermimpi berahi dan masih dalam junub belum mandi walaupun telah fajar.

Haji dari sudut bahasa ialah Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Manakala Haji dari sudut Syarak pula ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu. Antara syarat-syarat wajib haji dan umrah ialah sanggup iaitu mampu dari segi jasmani, harta, dan aman dalam perjalanan. Manakala rukun haji ialah ihram, wukuf di Arafah, tawaf dan sa’i dan satu lagi kewajiban lagi dalm haji ialah mencukur dan memotong sesudah sa’i. disamping itu terdapat larangan-larangan dalam ihram, apabila seseoramh itu sudah ihram maka ia do laramh mengenakan pakaian berjahit dan menutup kepala, mengunakan wangi-wangian, membunuh haiwan buruan, bersetubuh, memotong kuku dan memotong rambut dan bercukur.
Semua yang telah dihuraikan marupakan segala ibadah yang tercermin dalam rukun Islam. Dan ibadah-ibadah lain merupakan kewajiban-kewajiban kita sebagai wanita muslimah, sopan santun dan akhlak kita.
Sebagai wanita muslimah kita perlu mengetahui beberapa kewajiban yang harus kita kerjakan yang akan menjadi dasar kehidupan dan kesempurnaan kita. Untuk melakukan kewajiban-kewajiban ini kita perlu meminta pertolongan Allah swt agar kita dapat memahami dan melaksanakannya. Antara beberapa kewajibannya ialah kita hendaklah menjaga solat lima waktu sepenuhnya dan melaksanakan tepat pada waktunya. Kita hendaklah melakukannya dengan tenang dan khusyuk dan ikhlas kerana Allah swt agar kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selain itu juga kita hendaklah setia kepada suami jika kita telah bersuami atau ibu bapa jika kita tidak bersuami. Kita hendaklan memenuhi kehendaknya, melaksanakan perintahnya, berkata-kata baik, tidak bersuara keras dan menentang atau menimbulkan kemarahan mereka. Selain itu, kita hendaklah mengasuh anak-anak dengan memberi mereka pelajaran yang berguna. Mengerjakan segala keperluan rumah tangga, mengatur segala barang-barang di rumah, menyiapkan makananan dan minuman, membersihkan pakaian dan menjaga keamanan di dalam rumah juga merupakan antara kewajiban-kewajiban yang perlu kita kerjakan. Kita juga hendaklah menyatuni ibu bapa, memelihara silaturahim kerana ini merupakan kewajiban yang sangat ditekankan oleh Allah swt. Sebagai kaum wanita juga kita hendaklah menjaga kehormatan dengan mnenundukan pandangan, merendahkan suara dan tidak melakukan perkara-perkara yang mencemarkan maruah kita dan kita hendaklah berlaku baik terhadap tetangga dengan menanyakan keadaan mereka serta bermurah hati dan menjaga adab kita sebagai jiran.

Sebagai wanita muslimah, kita juga mempunyai adab dan sopan santun menurut syariat Islam yang patut dipatuhi dan dijadikan pegangan hidup selama kita hidup didunia ini. Antaranya ialah menyebut nama Allah swt pada setiap pekerjaan yang kita ingin lakukan kerana Rasullulah saw yang menjadi teladan setiap mukmin dalam hidup ini selalu mengingati Allah dalam setiap hal yang hendak kita lakukan. kita juga hendaklah menjaga kebersihan pakaian, badan tempat tinggal dan tempat tidur kita sebab menjaga kebersihan itu termasuk dalam iman. Segala kotoran dan noda berlawanan dengan kesucian wanita muslimah. Selain itu juga kita hendaklah memakai pakaian panjang yang menutup kaki dan memakai penutup kepalasehingga menutupi rambut kita jika kita berada bersama keluarga yang terdiri daripada saudara, ayah dan anak. Jika kita berada diluar rumah pula kita tidak boleh melihatkan tangan dan kaki dan tidak boleh memakai wangi-wangian dan memakai barang kemas yang boleh menaikan syawat lelaki. Kia juga tidak boleh terlalu banyak keluar dari rumah kerana wanita yang sering keluar rumah akan tercela, tidak terpuji kerana ia menjurus kepada rasa kurang malu sedangkan malu itu termasuk dalam iman dan segala keindahan dalam diri wanita muslimah adalah malu. Kita juga tidakboleh mempamerkan diri kepada orang dengan berdiri di pintu, atau melihat-lihat dari jendela. Hal ini akan merosakan sopan santun, dan boleh mendatangkan fitnah dan kegelisahan. Merendahkan suara apabila dengan berkata-kata sopan, bersikap ramah dan periang. Kita juga hendaklah menanamkan rasa cinta kepada kebaikan, dan menjauhi segala perkara yang dimurkai Allah swt.
Akhlak yang baik merupakan tiang hidup kita sebagai wanita. Dengan akhlaklah kita bergantung kebahagian, jika kita telah memiliki akhlak maka kita umpama memiliki semua yang baik. Akhlak yang mulia dapat kita perolehi dengan latihan dan membiasakan diri teus menerus. Akhlak yang perlu kita patuhi ialah sabar, iaitu dengan menetapkan pegangan pada ketaatan, mengerjakan segala yang baik tanpa jemu, mebjauhi segala bersifat maksiat dan dari akhlak yang buruk seperti berdusta, khianat, sombong, membanggakan diri, merasa tidak senang menghadapi ketentuan dan takdir Allah swt ke atas hambaNya. Selain itu, kita juga hendaklah memaafkan dan menjauhkan diri dari segala yang tidak elok didengar mengenai kata-kata yang tidak sopan dan gerak-geri yang kasar. Kita hendaklah menghadapinya dengan lemah lembut dan dengan kebaikan. Kita juga hendaklah mempertahankan rasa malu dan harga diri kerana ianya merupakan saudara kepada iman serta perpaduan antara kebajikan dan perbuatan baik. Selain itu, kita hendaklah menjadi seorang yang pemurah, tidak berkira dalam soal makanan, minuman, pakain atau ubat-ubatan kerana Allah swt sentiasa bersama dengann orang yang pemurah.

Kita juga hendaklah mengutamakan keluarga dan orang lain dari diri kita sendiri kerana ia sudah menjadi akhlak para solihin dan siddiqin. Dan kita hendaklah diam dan tidak berbicara dan jika kita hendak berbicara hendaklah kita berbicara dengan sebaik-baiknya. Kita juga perlu berlaku adil terhadap diri kita kerana keadilan termasuk dalam ciri Islam yang terpuji. Diantara keadilan yang diperintahkan ialah hendaklah kita memperlakukan orang lain sebagaimana kita menyenangi orang lain memperlakukan kita. Janganlah kita mengutamakan diri sendiri daripada orang lain. Apa yang telah diperkatakan merupakan akhlak yang terpuji dan hendaklah kita sebagai wanita muslimah menjadikannya sebagain perhiasan dan mengusahakannya kearah itu agar hidup kita bahagia dan diredhai Allah swt.
Kita perlu mengetahui bahawa pada wanita terdapat ciri-ciri istimewa yang tidak ada pada lelaki begitulah sebaliknya. Terdapat beberapa ketentuan dalam syariat Allah swt berhubung dengan ciri-ciri wanita iaitu dari segi pakaian, para wanita hendaklah memakai pakaian yang panjang dan menutupi kaki dan rambut juga hendaklah ditutup apabila kita berada dirumah bersama-sama keluarga seperti ayahdan saudara kita. Jika kita keluar dari rumah pula kita hendaklah menutup semua aurat kita. Salah satu ciri wanita muslimah ialah dibebaskan dari kewajiban berjihad dan berperang kerana kelemahannya serta kesibukannya dalam tugas rumah tangga. Selain itu wanita juga dibebaskan dari kewajiban menhadiri solat Jumaat dan solat jemaah kerana ketidakmampuannya dan kesibukannya dalam urusan mendidik anak dan tugas-tugas lain dalam rumah. Wanita juga tidak perlu mengusung, mengubur dan berziarah ke kuburan walaupun kekubur ayah, ibu dan saudaranya. Selain itu wanita juga tidak boeh memperdengarkan suara kecuali kepada mahram. Oleh itu wanita dibebaskan dari kewajiban menyeru azan dan sunah iqamah atau membaca dengan suara yang nyaring. Antara ciri-ciri lain ialah jika ia bercerai, ia akan memegang idah talak selam tiga quru kalau dia sedang haid, atau tiga bulan jika tidak berada dalam haid. Untuk idah kematian empat bulan sepuluh hari. Ciri-ciri lain ialah wanita berhak keatas mas kahwin pernikahannya dengan lelaki. Inilah antara ciri-ciri wanita muslimah yang khusus bagi wanita dan tidak ada pada lelaki.
Wanita juga mempunyai hak-hak umum yang perlu diketahui dan diakui supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna apabila diperlukan. Antara hak-haknya ialah hak memiliki, wanita berhak memiliki bangunan, tanah, perusahaan, emas, perak baik sebagai isteri, janda atau gadis. Kedua ialah hak kahwin dan memilih calon suami dan hak menolak. Hak ini sudah diterima secara ijmak mengenai kebenarannya. Selain itu hak dalam menuntut ilmu mengenai segala yang wajib sepertimengenal Allah swt, mengenal ibadah, cara-cara melaksanakannya dan mengenal hak serta kewajibannya. Hak mengeluarkan sedekah dari hartanya sendiri dan hak menyukai dan tidak menyukai. Selain itu hak dalam pakaian kerana kaum wanita boleh memakai sutera dan emas, tetapi mereka tidak boleh berpakaian terbuka dengan memakaiketat, jarang atau seumpama dengannya dan tidak boleh keluar rumah dengan muka dan bahu yang terbuka. Mereka harus menutup semua itu merama ia merupakan sumber kecantikan bagi seseorang wanita. Wanita juga mempunyai hak mengenai makanan dan minuman. Mereka boleh makan dan minum apa sahaja yang dikehendakinya asalkan makanan dan minuman tersebut halal.

Bagi mereka yang sudah bergelar isteri, mereka juga mempunyai hak-hak keatas suami mereka yang perlu dihormati oleh suami dengan memberi sepenuhnya semua hak itu kepada isteri. Antara hak-haknya ialah hak dalam hubungan kelamin, serta membahaginya jika suami mempunyai isteri lain. Selain itu hak dalm melindungi kehormatnya, badannya, hartanya dan agamanya kerana lelakilah yang bertanggungjawab menjaga dan memeliharanya. Selain itu, hak diberi pelajaran mengenai agama dan hak bergaul dengan baik. Dari cara bergaul dengan baik ialah jangan sampai ia merugikan dalam hal hubungan kelamin, atau menyakitinya, memaki, mengejek atau menghinanya, jangan mamukul kecuali dalam hal nusyuz atau menyombongkan diri. Dalam erti hubungan baik itu jangan sampai ia dilarang mengunjungi kerabatnya sehingga tidak menimbulkan fitnah, dan lelaki tidak boleh memaksa sesuatu pekerjaan yang tidak mampu ia kerjakan dan hendaklah berlaku baik dalam kata-kata dan perbuatan.
Sebagai kesimpulan wanita kaum wanita dinasihatkan beribadat hanya kepada Allah swt sesuai dengan petunjuk yang terdapat dalam Qur’an dan dalam Sunah Rasul-Nya, Muhammad saw. Kita juga dinasihatkan berhati-hati terhadap penyakit syirik dalam akidah dan ibadah kerana syirik dapat menjatuhkan amal dan membawa kerugian. Selain itu, kita hendaklah memelihara solat dan menjaga kebersihannya, ketenangan dan ketertibannya dengan khusyuk. Dan tidak menundakannya apabila telah masuk waktunya. Kaum wanita juga dinasihatkan patuh kepada suami. tidak menolak permintaannya, tidak melanggar perintahnya dan larangannya selama perintah itu bukan maksiat kepada Allah swt dan kepada RasulNya. Antara nasihat-nasihat lain ialah berbuat baik kepada tetangga dalam perkataan dan perbuatan dan patuh kepada orang tua dengan berbuat baik kepada mereka, dan jangan sampai disakiti, baik dengan kata-kata ataupun perbuatan. Hal ini jika mereka memerintah yang makruf kepada kita. Curahlah perhatian sepenuhnya dalam memelihara dan mendidik anak-anak kjika mempunyai anak iaitu membiasakan mereka berlaku jujur, menjaga kebersihan, berbicara sopan dan bekerja jujur. Akhir sekali kita dinasihatkan memperbanyakkan berzikir dan bersedekah. Dapat disimpulkan bahawa didalam buku ini iaitu buku yang bertajuk Wanita Muslimah telah menceritakan segala yang perlu bagi wanita untuk mengetahui selok-belok agamanya iaitu dari segi akidah, ibadah, mu’amalah, adab dan akhlak