Monday, April 13, 2009

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Oleh: Nuzula Bt Ahmad Damarury

ABSTRAK
Dalam buku ini menekankan larangan berbuat derhaka kepada ibu bapa, terutamanya kepada ibu yang mana kedudukan ibu lebih tinggi berbanding bapa.

Disisi lain perlunya menjaga silaturrahim dengan saudara mara, tetangga dan sahabat lainnya. Diceritakan juga tentanganak-anak Nabi SAW. Terakhir buku ini tidak lupa memberi perhatian kepada pembantu rumah. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada kehidupan suami isteri dalam membentuk generasi Islam yang kukuh.

Pendahuluan
Berbuat baik bererti menyambungkan dan bererti juga lemah lembut, berbuat baik dan berinteraksi dengan baik, dan bermakna juga sebagai satu ketaatan, keseluruhan perkara ini adalah kumpulan akhlak yang terpuji

Berbuat baik yang dimaksudkan dalam bab ini adalah apa yang dimaksudkan dengan kalimat Ihsan dalam firman Allah :

Maksudnya : ” Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Al-Nisa : 36)

Setiap hubungan yang baik yang berlaku dalam persaudaraan Islam mestilah mengandungi unsur berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Sepertimana yang telah disimpulkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya ”al-Ihya’ ” yang mencakup dalam lapan perkara iaitu:

1. Memberi bantuan berupa wang kepada ibu bapa

2. Membantu dengan jiwa raga dalam mengabulkan segala hajat mereka

3. Menahan diri dari menyebutkan aib mereka dan apa-apa yang tidak disukai oleh mereka

4. Menyebutkan apa-apa yang disukai dan menunjukkan jalan kebaikan

5. Memaafkan atas segala kekeliruan dan kesilapan mereka
6. Mendoakan mereka

7. Menepati janji dan ikhlas

8. Tidak memberikan beban kepada mereka yang tidak sanggup untuk mereka lakukan


Berbuat baik kepada ibu bapa adalah hak suci yang diperlukan oleh firah semulajadi setiap manusia, dan yang diseru oleh sekalian perundanagn yang ditetapkan oleh manusia untuk mengatur hubungan masyarakat.

Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa adalah kewajipan atas anak-anak mereka. Berasaskan kepada dua perkara iaitu secara semula jadi iaitu kasih sayang ibu bapa dalam pendidikan dan pengajaran dan kasih sayang yang terdapat pada anak ialah menerima kasih sayang daripada ibu bapa.

Yng kedua berasaskan dalil iaitu kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa semenjak kanak-kanak hingga dewasa hendaklah dibalas dengan perbuatan yang baik, kerana ibu bapa adalah punca utama dalam keberadaan seseorang individu dengan melalui jalan kelahiran. Sepertimana seorang bapa adalah kepala keluarga maka wajib atas setiap anggota untuk mentaati dan menghormatinya supaya dapat terlaksana segala aturan keluarga.

Sifat tolong menolong sebenarnya juga dimiliki oleh makhluk lain seperti burung, ”burung Karaki” menjaga kedua ibu bapanya pada masa mereka tua. Sepertimana yang dikatakan oleh Abu al-Fatah Kusyajim kepada bapanya

FASAL PERTAMA

• Kepentingan Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa Dalam Islam

Agama Islam telah memerintahkan umatnya untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Sepertimana banyak didapati printahnya dalam Al-Quran dan al-sunnah, antaranya:

1. Maksudnya:
”Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia
dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(Al-Nisa:36)
2. Maksudnya:
”Katakanlah: ” Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan
kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan
hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa.”
(Al-An’am:151)
3. Maksudnya:
”Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
Mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Al-Ahqaf : 15)

4. Di samping perkara umum dalam berbuat baik kepada ibu bapa yang tinggi
Kedudukannyadan nyata keutamaannya, dapat dilihat daripada :

a) Mengutamakanberbuat baik kepada ibu bapa daripada berjihad di jalan Allah. Sepertimana yang dijelaskan oleh hadith berikut ini :

i. Daripada Abdullah bin Mas’ud, berkata dia: Aku bertanya kepada Nabi SAW: ”Perbuatan apakah yang paling dicintai oleh Allah? Beliau menjawab: ”Solat tepat pada waktunya”, kemudian aku bertanya: ”Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab: ”Berbuat baik kepada ibu bapa ”, aku bertanya: ”Kemudian apa lagi? Beliau menjawab : ”Al-Jihad fi Sabilillah.” H.R Bukhari dan Muslim.

ii. Dalam riwayat muslim disebutkan : seorang lelaki datang menghadap Rasulullah SAW dan berkata: ”Aku telah membuatmu atas hijrah dan jihad untuk menuntut balasan pahala daripada Allah Taala: Rasulullah SAW berkata: ” Adakah salah seorang daripada ibu bapamu masih hidup?”

Berkata lelaki itu: ”Ya, keduanya masih hidup,”Rasulullah SAW berkata: ”Adakah engkau menginginkan pahala yang besar daripada Allah?” Menjawab lelaki tersebut: ”Ya,” Rasulullah SAW berkata: ”Maka kembalilah kepada ibu bapamu dan berbuat baiklah kepada keduanya.
FASAL KEDUA

• Kesan Daripada Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Berbuat baik kepada ibu bapa memiliki kesan yang besar dalam agama dan dunia, dan pengaruhnya dapat segera dilihat di duia mahupun kelak di akhirat, antaranya adalah :

1. Seseorang akan mendapatkan kemuliaan oleh sebab menjalankan perintah Allah
dalam perkara berbuat baik kepada ibu bapa, dan hal ini menetapkan sifat taat kepada
Allah.

2. Berbuat baik adalah sifat yang disebutkan untuk menunjukkan kemuliaan seseorang
sepertimana yang disebukan kepada sifat Nabi Yahya dan Isa as dan nabi-nabi yang
lainnya yang telah berbuat baik kepada ibu bapanya.

3. Kelapangan hati kerana telah menunaikan kewajipan, dan memberikan perlakuan baik
kepada ibu bapa.

4. Knikmatan dapat bermesra dengan keluarga, dan saling menghargai satu dengan yang
lainnya serta saling membahagi kasih sayang antara anak dan ibu bapanya.

5. Berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda, dalam
Hadith disebutkan : Berbuat baiklah engkau kepada bapamu, maka kelak anak-
anakmu akan berbuat kepadamu, dan berlaku jujurlah kelak isteri-isterimu akan
berlaku jujur padamu. Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan sanad hasan
dari Ibnu Umar, dan Hadith ini pula diriwayatkan oleh Aisyah dan lain-lainnya

6. Berbuat baik kepada ibu bapa dapat menghapuskan dosa. Dalm Hadith disebutkan
bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: ”Wahai Nabi aku telah
berbuat dosa besar maka adakah aku dapat bertaubat daripadanya?” Rasulullah SAW
menjawab: ”Adakah engkau mempunyai ibu?” Lelaki itu menjawab: ”Tidak.”
Rsulullah berkata: ”Adakah ibumu mempunyai saudara perempuan?” Lelaki itu
menjawab: ”Ya.” Rasulullah SAW berkata: ’Maka berbuat baiklah kepadanya.” Hdith
ini diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Ibnu Hibban dalam Shahihnya, dan menurut
riwayat Al-Hakim dikatakan: ”Adakah engkau mempunyai kedua ibu bapa.”

7. Berbuat baik adalah kunci masuk ke dalam syurga. Dalam Hadith disebutkan bahawa
seseorang berkata: ”Wahai Rsulullah apakah hak ibu bapa daripada anak-anaknya?”
Rasulullah SAW berkata: ”Keduanya adalah kunci syurga dan nerakamu.” Hadith
diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abu Imamah

FASAL KETIGA

•Cara Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

A.TAAT KEPADA IBU BAPA

Taat kepada ibu bapa berlaku dengan melaksanakan keinginan mereka berdua, menjauhi apa-apa yang menyakiti hati mereka, bersegera dalam menjawab dan menyenang hati mereka meskipun hanya secara zahirnya sahaja agar menggembirakan mereka. Sepertimana Nabi Ismail yang menjawab permintaan bapanya ketika bapanya bermimpi melihat dia menyembelih anaknya, firman Allah Taala:
Maksudnya :
“Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.”
(Al-Shafat : 102)

Ketaatan pada ibu bapa hendaklah berada dalam syari’ah Allah mengandungi manfaat dan tidak bermudarat bagi kedua ibu bapa. Apabila mereka memerintahkan perkara-perkara yang diharamkan seperti syirik, mencuri, dan meninggalkan solat, maka janganlah ditaati dengan dalil :

Maksudnya :
”Jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereke.”
(Al-Ankabut : 8)

1) Tinggalnya anak bersama ibu bapa

Sesungguhnya perkara tinggalnya anak yang telah berkahwin dengan ibu bapanya
adalah perkara yang tidak wajib dan juga tidak sunnah. Bahkan ia hanya berupa
perkara yang mubah sahaja. Apabila keberadaannya yang tinggal bersama ibu bapanya
tersebut dengan keredhaan mereka, dan tidak mendatangkan kemudaratan bagi ibu
bapa, maka wajib untuk ditaati.

Namun apabila jelas mendatangkan keudaratan, seperti adanya pertengkaran antara
isteri dengan ibu, maka wajib untuk tidak ditaati dan tidak jib untuk tinggal bersama-
sama. Sekiranya tidak ada kemudaratan namun mendatangkan kesusahan, maka yang
lebih utama adalah mendahulukan keinginan kedua ibu bapa daripada keinginan isteri.

2) Penguasaan ibu bapa terhadap harta anaknya

Apabila penguasaan ini adalah untuk keperluan ibu bapa terhadap wang maka tidak
mengapa, dengan syarat tidak mendatangkan mudarat. Seperti mereka mengambil
wang anaknya sesuai dengan keperluan mereka, dan tidak mungkin bagi keduanya
untuk melaksanakan kelazimannya secara khas. Seorang anak hendaklah memberikan
kadar wang yang mencukupi untuk ibu bapanya sebagai satu nafkah yang diwajibkan
ke atas dirinya.

3) Menceraikan isteri

Apabila perintah kedua ibu bapa tersebut disebabakan oleh perkara yang syara’,
seperti buruknya akhlak isteri, atau tidak dapat melaksanakan kewajipannya sebagai
seorang isteri, maka wajib ditaati. Namun disebabkan oleh perkara yang peribadi dan
tidak dapat diterima oleh akal yang sihat, dan tidak dapat diterima agama, maka
keduanya tidak wajib diikuti.

B. MEMBERIKAN NAFKAH KEPADA IBU BAPA

Memberikan nafkah kepada ibu bapa adalah salah satu daripada cara berbuat baik yang menduduki martabat pertama. Iaitu dengan memberikan nafkah yang dapat mencukupi keperluan ibu bapa dan sesuai dengan kemampuan keduanya seperti memberikan makanan, pakaian, perkhidmatan dan sebagainya. Ini semua tercakup dalam perkara al-ma’ruf yang telah diperintahkan kepada seorang anak dalam menemai ibu bapanya.

Adapun nafkah anak-anak maka anak lelaki lebih ditugaskan atas nafkah anaknya yang belum baligh sampai dia baligh. Nafkah anak perempunnya sampai dia menikah, dan tidak ditugaskan atas nafkah anak daripada anaknya atau anak perempuan daripada anaknya. Juga tidak ditugaskan seorang ibu atas nafkah anak lelaki dan anak perempuannya, walaupun keduanya sangat memrlukan sementara ibu berada dalam keadaan yang kaya raya.

C. TIDAK MELEBIHKAN ISTERI DARIPADA IBU BAPA

Hendaklah anak mengambil berat pada ibunya dan lebih mengutamakannya apabila terjadi pertikaian kemaslahatannya secara syara’ dengan kemaslahatan isteri. Hal tersebut oleh sebab anak adalah bahagian daripada ibunya, dan dianya kekal dalam kecintaan hatinya, sama ada dalam suka mahupun duka, dalam keadaan sakit mahupun sihat. Bahkan dia akan bersusah payah demi kebahagiaan anaknya, meskipun perlakuan yang dia dapati adalah perlakuan yang menyakitkan.

FASAL KEEMPAT

• Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa Setelah Mereka Meninggal Dunia

Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa tidak hanya terhad pada masa mereka hidup, tapi berlaku pula setelah keduanya meninggal dunia. Amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang sebelum dia meninggal dunia dan tetap mengalir pahalanya sampai dia meninggal adalah yang terdapat pada hadith Nabi SAW : ”Apabila telah meninggal anak Adam, maka terputuslah sekalian amalnya kecualitiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”

Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya pada hakikatnya oleh sebab anak tersebut adalah hasil daripada bahan didikan ibu bapanya dan merekalah yang menjadi sebab dia ada dan tertulis dalam kedua shifahnya.

A. SOLAT

Iaitu solat yang telah diwajibkan oleh syarak. Ada yang mengatakan pahalanya dapat sampai kepada orang yang telah meninggal dunia. Hal ini berdasarkan riwayat daripada Darul Qutni: ” Sesungguhnya sebhagian daripada kebaikan setelah meninggal dunia adalah menyolatkannya dan berpuasa untuknya”

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawasanya beliau telah diperintah oleh Rasul SAW bagi sesiapa yang meninggal ibunya, maka hendaklah disolatkan. Sepertimana yang tela dikisahkan oleh Ibnu Rawahih, dan mereka mengisahkan solat atas doa, sedekah dan haji. Sedangkan imam Syafii mengatakan bahawa solat tidak sampai pahalanya kepada orang yang telah meninggal dunia.

Boleh jadi maksud solat dalam hadith tersebut adalah doa, sepertimana firman Allah:
Maksudnya :
”Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mreka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(At-Taubah : 103)

B. PUASA

Dari sumber yang sama disebutkan hadith: ”Sesiapa yang meninggal dan atasnya kewajipan puasa, maka walinya wajib menggantikannya” Hdith muttafaq alaih daripada Aishah. Demikian pula hadith daripada Drul Qutni mengenai perkara solat dan puasa, dan hadith ini telah ditetapkan sebagai dalil syarak.



C. HAJI

Seseorang perempuan dari Juhainah datang menghadap kepada Rasul SAW dan berkata: ”Sesungguhnya ibuku bernazar untuk pergi haji namun dia tidak dapat menunaikannya sehinggalah dia meninggal dunia, apakah aku dapat menghajikannya?” Rasul SAW berkata: ”Berhajilah untuknya, bukankah engkau ketahui jika ibumu memiliki hutang, maka kamu wajib melunasinya? Maka tnaikanlah kerana Allah yang berhak menentukannya.” Hadith riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Semua Hadith ini menunjukkan adanya manfaat ibadah haji dan yang lainnya bagi orang yang telah meninggal dunia, Akan tetapi para ulama berkata: ”Disyaratkan bagi orang yang hendak menunaikan haji bagi orang lain hendaklah dia terlebih dahulu telah melaksanakan haji untuk dirinya sendiri.”

D. SEDEKAH

Sedekah untuk orang yang telah meninggal adalah perkara yang disyariatkan berdasrkan hadith-hadith sahih. An-Nawawi berkata bahawa sedekah secara jimak bermanfaat untuk orang yang telah meninggal dan pahalanya sampai kepadanya, sama ada daripada anaknya mahupun daripada orang lain. Dalam hadith disebutkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasul SAW: ”Seungguhnya bapaku telah meninggal dan meninggalkan banyak wang dan tidak mewasiatkan apa-apa, apakah apabila aku mendermkannya dapat menghapuskan dosa-dosanya?” Rasul SAW menjawab: ” Ya,” Hadith riwayat Muslim dan Ahmad dan yang lainnya daripada Abu Hurairah.

Maka boleh jadi memberi makan atau membina tempat ibadah dan perkumpulan sosial dapat lebih baik bagi orang-orang yang memerlukannya, selama amalan perbuatan tersebut dapat berterusan manfaatnya maka ia yang lebih afdal.

Para Sahabat berkata: ”Hendaklah orang yang bersedekah meniatkan sedekah untuk ibu bapanya sesungguhnya Allah akan menyampaikan pahala sedekah tersebut kepada keduanya dan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun.”

E. DOA DAN ISTIGHFAR

Doa bagi orang mati itu telah disepakati secara syarak. Ianya bermanfaat bagi orang yang mati apabila diterima Allah. Dari dalil syarak yang kuat adalah seperti mana hadith yang telah disebutkan diatas atau ”anak soleh yang mendoakannya.”

Doa yang disyarakkan itu tidak hanya terbatas daripada anak sahaja bahkan boleh juga daripada orang lain. Dalilnya adalah sabda Rasul SAW: ” Apabila kamu menyolatkan mayat, msks ikhlaskanlah doamu baginya.”

Istighfar adalah sebahagian daripada doa ertinya adalah memohon ampunan atas segala dosa. Ayat Al-Quran telah menerangkan mengenai berbuat baik terhadap ibu bapa
Maksudnya :
”Dan orang-orang yang datang sesudah mreka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: ”Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman: Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Hasyar : 10)

Doa dapat berupa permohonan keampunan ataupun yang lainnya yang dapat bermanfaat bagi orang yang telah meninggal. Aakn tetapi hal itu dengan dua syarat: ”Hendaklah doa tersebut diterima oleh Allah, yang dapat mengetahuinya hanya Allah SWT sahaja, anugerah daripada Allah SWT, perkara yang dipinta dalah sesuatu yang diharapkan, dan hendaklah seseorang yang mukmin.”

F. BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Bacaan ayat Al-Quran sampai kepada mayat walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenainya. Namun yang benar sepertinya adalah sampai kerana perkara ini adalah perkara ghaib bagi kita. Perbezaan pendapat yang terjadi bukanlah pada hukum syarak, akan tetapi pada perkara apakah perkara itu benar berlaku atau tidak. Demikian pula halnya mengenai tahlil yang biasa dibaca orang-orang pada hariini maka hendaklah dilaksanakan dan kemudian kita berserah diri kepada Allah.

Hendaklah bacaan Al-Quran diiringi dengan doa untuk si mayat dari kaum kerabat mahupun orang lain. Ini kerana doa dapat sampai kepada si mayat dan doa setelah bacaan Al-Quran adalah lebih mustajab dan lebih barakah.

Apabila setelah dibaca kemudian apa yang didapati dari pahala diberikan pada si mayat untuk itu dapat bermanfaat bagi si mayat kerana ia memberikan sebahagian daripada pahala bacaannya bagi orang lain. Atau kerana dia mendoakan sebahagian daripada pahala yang diterimanya untuk si mayat. Agar dapat bemanfaat bagi si mayat.

G. MENUNAIKAN JANJI IBU BAPA

Maksud menunaikan janji ibu bapa adalah apa yang telah dijanjikan ibu bapa kepada orang lain dan tidak sempat mereka penuhi khasnya lagi tentang hutang. Sepertimana hadith Rasul mengatakan jiwa kaum muslimin bergantung kerana hutangnya sehingga dibayarkan.

Maksud daripada menunaikan janji ibu bapa atau orang tua adalah menunaikan pa yang diwasiatkan oleh keduanya, sama ada harta dan yang lainnya dan berwaspada daripada lalai menunaikannya. Abu al-Aziz bin Abu ar-Rawwat berkata: ”Apabila seseorang berbuat baik, kepada ibu bapanya, semasa mereka hidup, namun tidak mnunaikan janji mereka setelah mereka meninggal dunia, dan tidak membayarkan hutang kedunya, maka Allah SWT menetapkannya sebagai anak yang derhaka.”
H. MENYAMBUNG SILATURRAHIM

Lapangan berbuat baik terhadap ibu bapa setelah keduanya meninggal adalah menyambung silaturrahim seperti bersilaturrahim kepada bapa saudara dan emak saudara. Dalam perkara ini terkandung nilai mempersatukan kerabat dan memperhatikan kaum kerabat, yang akan memberikan impak kecintaan saudara mara memberikan pertolongan di kala mereka memerlukan.

Riwayat yang menguatkan pentingnya silaturrahim ini adalah bahawasanya Nabi SAW memerintahkan untuk berbuat baik kepada emak saudara apabila ibu telah meninggal dunia. Nabi SAW adalah orang yang memuliakan saudara perempuan Khadijah setelah beliau meninggal sebagai bentuk daripada berlaku baik kepada emak saudara. Maka ini juga merupakan berbuat baik kepada ibu bapa dalam perihal menyambung silaturrahim.

I. MEMULIAKAN KERABAT IBU BAPA

Antara cara berbuat baik kepada ibu bapa adalah memuliakan kerabat mereka. Dalil yang mengukuhkannya adalah hadith Abdullah bin Dinnar, bahawasanya Abdullah bin Umar ra menemui seorang lelaki di Arab di jaln Makkah, kemudian Umar memberikan salam kepadanya, dan membawanya di atas keldainya dan beliau juga memberikan topi kepadanya.


FASAL KELIMA

•Apakah Ibu Bapa Sama Darjat Keduanya Dalam Hal Berbuat Baik

Oleh kerana ibu adalah makhluk lemah yang penuh dengan kelembutan. Adapun bapa adalah seorang lelaki yang kuat yang terkadang tidak memerlukan nafkah daripada anaknya. Sepertimana yang diibaratkan oleh seorang arabi yang mendoakan ibunya ketika tawaf dan tidak menyebutkan nama bapanya. Ketika ditanyakan dia berkata: ”Ibuku seorang yang lemah dan bapaku dapat menanggung dirinya sendiri.”

Berdasarkan kelebihan ini ulama berpendapat,jikalau wang yang ada hanya cukup memenuhi satu kperluan maka dulukanlah keperluan ibu daripada keperluan bapa. Pendapat ini juga merupakan pendapat jumhur ulama dan diriwayatkan daripada Malik dan as-Syafii bahaa kduanaya sama dalam pemberian nafkah dan perbuatan yang lain berbeza beza sesuai dengan kelebihan ibu bapa.

Apabila terjdi pertentangan antara keinginan ibu dengan bapa maka dulukankah keinginan ibu. Namun Malik berpendapat memenuhi keinginan ibu bapa dalam hal ini dengan sesuatu yang lain daripada keinginan mereka. Seorang lelaki telah datang menghadapnya berkata: ”Bapaku duduk di Sudan dan menyuruhku untuk datang melihatnya. Tetapi ibuku tidak merestuinya.” Imam Malik berkata kepadanya: ”Taatilah ibumu, namun jangan menderhakai bapamu.”

PENUTUP

Sebagai seorang anak kita mestilah menjalankan tanggungjawab kepada kedua ibu bapa kita. Yang paling penting ialah kita wajib taat kepada kedua ibu bapa kita dan menurut perintahnya jika tidak melanggar syariat Islam. Kita juga mestilah memenuhi kehendaknya. Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa adalah kewajipan atas anak-anak mereka.

No comments:

Post a Comment