Friday, April 3, 2009

Martabat Wanita Sebagai Seorang Isteri Di Sisi Islam

Oleh: Nur Fatin Izzati Binti Suhaimi

PENDAHULUAN

Pesanan rasullullah terhadap wanita
Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim).

Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi).

Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

bilamana bibir kita menyebut akan hal ini, iaitu martabat wanita dalam Islam, pasti fikiran kita membayangkan sejauh mana Islam agama yang Haq ini memuliakan martabat wanita. Sering dilihat pada zaman ini ramai dikalagan wanita yang muslim itu sendiri menafikan hak mereka ditegakkan dalam segenap hal. Puas sudah telinga mendengar dakwaan bahawa Islam itu tidak berlaku adil pada golongan wanita apatah lagi dalam soal poligami, pembahagian harta pusaka, saksi dan banyak lagi. Justeru itu kita seharusnya meninjau kembali bagaimana Islam meninggikan martabat seorang wanita itu sendiri.

Merenung sejenak sebelum zaman kebangkitan Islam yang berlaku hampir 1430 tahun yang lalu, wanita ketika itu bukan hanya tidak mendapat tempat dalam masyarakat, apatah lagi mereka dipergunakan segala macam cara yang bagi kita, perbuatan-perbuatan tersebut tidak mencontohkan bahawa golongan ini dilayan dengan peri kemanusiaan. Dalam tamadun china, golongan wanita ini kebanyakannya ditangkap atas arahan maharaja untuk dijadikan gundik mereka. Dipisahkan dengan keluarga dan apatah lagi dipaksa menjadi gundik diraja. Dalam tamadun india pula golongan wanita yang ingin berkahwin pula yang dipaksa membayar mahar atau dowry kepada bakal suami mereka. Dan selepas mereka berkahwin, keluarga mertua boleh melakukan apa-apa saja terhadap si isteri. Tamadun arab pula merendahkan wanita serendahnya. Mereka adalah semata-mata simbol seks dan dianggap hina dalam masyarakat. Anak perempuan yang dilahirkan ditanam hidup-hidup ataupun disembunyikan seumur hidup bagi mengelakkan malu. Menjadi budaya mereka isteri ditukar-tukar sesuka hati dan ada pula yang mempunyai sehingga puluhan isteri. Kebajikan mereka tidak pernah diambil berat dan mereka dipergunakan sesuka hati.


Namun hadirnya Islam membawa sinar harapan kepada golongan wanita. Martabat mereka diangkat dan dimuliakan sehingga satu tahap nama-nama seperti Saidatina Khadijah Khuwalid, Saidatina Aishah menjadi tongak utama kebangkitan Islam. Islam benar-benar telah mengangkat harkat dan martabat kaum wanita dan memuliakannya dengan kemuliaan yang belum pernah dilakukan oleh agama lain. Wanita dalam Islam merupakan saudara kembar lelaki; sebaik-baik mereka adalah yang terbaik bagi keluarganya.

Wanita muslimah pada masa bayinya mempunyai hak disusui, mendapatkan perhatian dan sebaik-baik pendidikan dan pada waktu yang sama ia merupakan curahan kebahagiaan dan buah hati bagi kedua ibu dan ayahnya serta saudara lelakinya. Apabila wanita telah memasuki usia remaja, ia dimuliakan dan dihormati. Walinya menjaganya dengan penuh perhatian.
Dan apabila dia bernikah, maka hal itu dilaksanakan dengan kalimatullah dan perjanjian yang kukuh. Dan dia tinggal di rumah suami sebagai pendamping setia dan dengan kehormatan yang terpelihara. Suami pula berkewajiban menghargai dan berbuat baik (ihsan) kepadanya dan tidak menyakiti fizikalnya mahupun perasaannya.

Apabila ia telah menjadi seorang ibu, maka (perintah) berbakti kepadanya dinyatakan seiringan dengan perintah Allah, kedurhakaan dan perlakuan buruk terhadapnya ditegah secara jelas di dalam Al-Quran.

Apabila ia adalah sebagai saudara perempuan, maka dia adalah orang yang diperintahkan kepada saudaranya untuk dijalin hubungan silaturrahim, dimuliakan dan dilindungi. Selagimana dia belum berkahwin, wajib keatas ayahnya, saudara lelakinya ataupun walinya untuk memberi nafkah padanya. Islam menjadikan lelaki tempat bergantung dan berlindungnya wanita: "Lelaki adalah pemimpin (pelindung, penjaga) bagi perempuan, karena Allah telah melebihkan yang satu (kaum lelaki) terhadap yang lain (kaum perempuan), dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian harta yang mereka miliki. " (an-Nisa':34)

Apabila ia sebagai nenek atau telah lanjut usianya, maka kedudukan dan nilainya bertambah tinggi di mata anak-anak, cucu-cucunya dan seluruh kerabat dekatnya. Permintaannya hampir tidak pernah ditolak dan pendapatnya tidak diremehkan. Masyarakat Islam masih tetap memelihara hak-hak tersebut dengan sebaik-baiknya sehingga wanita benar-benar memiliki nilai dan kedudukan yang tidak akan ditemukan di dalam masyarakat bukan islam. Di antara penghargaan Islam kepada wanita adalah Islam memerintahkan kepadanya dalam hal-hal yang dapat memelihara, menjaga kehormatannya dan melindunginya dari lisan-lisan (fitnah), pandangan mata dan tangan-tangan kejahatan. Maka dari itu, Islam memerintahkan kepadanya berhijab dan menutup aurat, menghindari perbuatan tabarruj (berhias diri untuk umum), menjauh dari percampuran dengan lelaki yang bukan mahramnya dan dari setiap hal yang dapat menyeret kepada fitnah.


Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahwasanya Islam memerintahkan kepada suami agar menafkahinya, mempergaulinya dengan baik, menghindari perbuatan zalim dan tindakan menyakiti fizikal atau perasaannya:Dan bagi (istri-istrimu) yang kamu ketahui meresahkanmu perbuatannya, maka nasehatilah mereka (terlebih dahulu), (jika masih saja begitu) berpisahlah tidurmu dari mereka, (kalaupun itu tidak menyadarkan mereka) pukullah mereka. Namun bila mereka telah kembali pada ketaatan, janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi dan Maha Besar"(an-Nisa':34)

Bahkan termasuk dari keindahan ajaran Islam bahwasanya Islam memperbolehkan bagi kedua suami-isteri untuk berpisah (bercerai) bila tidak ada kesepakatan dan tidak dapat hidup bahagia bersamanya. Maka, suami boleh menceraikannya setelah gagal melakukan berbagai upaya islah (damai), dan di saat kehidupan keduanya tidak tenteram.
Dan Islam memperbolehkan isteri meninggalkan suaminya jika suami melakukan penganiayaan terhadap dirinya. Maka dalam keadaan itu isteri boleh meninggalkannya dengan syarat membayar ganti rugi yang disepakati bersama suami, atau melakukan kesepakatan bersama(soal harta dsb) atas hal tertentu agar kemudian isteri boleh meninggalkannya.


Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian.
Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:

- kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan. Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu. Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain.

- Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat. Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
- Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami. Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

- Islam juga tidak membezakan amalan antara lelaki dan wanita:“Sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan. ” (an-Nahl:97).


"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian dari kamu melebihi sebagian yang lain. Untuk para lelaki ada bagian atas yang mereka usahakan, (begitupun) untuk para perempuan ada pula bagian atas yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (an-Nisa':32)

Cuma perlu ditekankan dalam beribadah sunat (cth:berpuasa isnin dan khamis), bagi wanita yang berkahwin perlulah memohon izin suaminya. Ini kerana awlawiyat(keutamaan) mentaati suami yang wajib hukumnya berbanding amalan yang sunat hukumnya untuk dilaksanakan.

Termasuk penghargaan Islam kepada wanita adalah bahwasanya golongan lelaki dibolehkan berpoligami, iaitu bernikah lebih dari satu isteri. Lelaki boleh menikah dengan dua, tiga atau empat orang isteri dan tidak boleh lebih dari itu, dengan syarat berlaku adil dalam memberikan nafkah, tempat tinggal dan memenuhi hak di antara mereka dan paling penting untuk berlaku adil dan sekiranya suami merasakan cukup bernikah dengan seorang isteri saja, maka itu adalah haknya.

ANTARA TANGGUNGJAWAB WANITA DALAM ISLAM ADALAH



Taat dan patuh kepada Allah s.w.t dan mengabdikan diri kepadaNya dalam dalam memenuhi tuntunan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahKu. ” (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 56).

Memelihara diri, dan keluarga sebaiknya dan mendidik anak-anak supaya berada di bawah tarbiyah Islamiah. Menguruskan keluarga bersama suami berpandukan Quran dan Sunnah.
"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka" (At Tahriim:6)

Membentuk keluarga yang sentiasa harmoni dengan amar makruf dan nahi mungkar.
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah. ” (Ali Imran:110).

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

Dalam islam, seseorang wanita memiliki kedudukan yang mulia dan terhormat. kedudukan ini dari satu segi boleh dianggap lebih tinggi daripada kedudukan seseorang lelaki. islam telah meletakkan garis panduan dan peraturan tentang wanita, tidak kira sama ada dia seorang ibu, anak, kakak atau isteri. begitu juga wanita terhadap lelaki.
Berlaianan dengan agama lain di dunia, islam telah menghapuskan tanda keaiban “keji’’ dan “ tercemar’’ yang diletakkan pada wanita. “wanita” tegas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w ‘ialah sebahagian kembar lelaki’’.

Baginda s.a.w menamamkan rasa hormat terhadap wanita dalam sabdanya:Maksudnya : sesuatu yang paling berharga di dunia ini ialah wanita solehah.

Hadith-hadith berikut boleh menjelaskan maksud perintah baginda :Terjemahan : orang yang sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekertinya, dan yang terbaik diantara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (Riwayat tirmidzi)

Terjemahannya : seorang muslim tidak seharusnya mencaci isterinya, dan jika dia tidak menyukai sesuatu yang buruk yang ada pada isterinya maka dia akan menyukai sesuatu yang baik yang ada padanya. (Riwayat muslim)

Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim. Dia akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang shalih, tatkala dia berjalan di atas petunjuk Al-Qur’an dan sunnah Nabi. Karena berpegang dengan keduanya akan menjauhkan setiap muslim dan muslimah dari kesesatan dalam segala hal.

Kesesatan dan penyimpangan umat tidaklah terjadi melainkan karena jauhnya mereka dari petunjuk Allah dan dari ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul-Nya. Rasulullah bersabda,

“Aku tinggalkan pada kalian dua perkara, di mana kalian tidak akan tersesat selama berpegang dengan keduanya, yaitu Kitab Allah dan sunnahku. ” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’ kitab Al-Qadar III)

Sungguh telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an betapa pentingnya peranan wanita, baik sebagai ibu, istri, saudara perempuan, mahupun sebagai anak. Demikian pula yang berkenaan dengan hak-hak dan kewajiban-kewajibannya. Adanya hal-hal tersebut juga telah dijelaskan dalam sunnah Rasul.

Peranan wanita dikatakan penting karena banyak beban-beban berat yang harus dihadapinya, bahkan beban-beban yang semestinya dipikul oleh lelaki. Oleh karena itu, menjadi kewajiban bagi kita untuk berterima kasih kepada ibu, berbakti kepadanya, dan santun dalam bersikap kepadanya.

Kedudukan ibu terhadap anak-anaknya lebih didahulukan daripada kedudukan ayah. Ini disebutkan dalam firman Allah, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali. ” (QS. Luqman: 14)

Begitu pula dalam firman-Nya, “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapaknya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandung dan menyapihnya adalah tiga puluh bulan. ” (QS. Al-Ahqaf: 15)

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa pernah ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagi aku untuk berlaku kebajikan kepadanya?” Nabi menjawab, “Ibumu. ” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu. ” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu. ” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu. ” (HR. Bukhari, Kitab al-Adab no. 5971 juga Muslim, Kitab al-Birr wa ash-Shilah no. 2548)

Dari hadits di atas, hendaknya besarnya bakti kita kepada ibu tiga kali lipat bakti kita kepada ayah. Kemudian, kedudukan isteri dan pengaruhnya terhadap ketenangan jiwa seseorang (suami) telah dijelaskan dalam Al-Qur’an. Allah berfirman, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. ” (QS. Ar-Rum: 21)

Al-Hafizh Ibnu Katsir -semoga Alah merahmatinya- menjelaskan pengertian firman Allah: “mawaddah wa rahmah” bahwa mawaddah adalah rasa cinta, dan rahmah adalah rasa kasih sayang.
Seorang lelaki menjadikan seorang wanita sebagai isterinya karena cintanya kepada wanita tersebut atau kerana kasih sayangnya kepada wanita itu, yang selanjutnya dari cinta dan kasih sayang tersebut keduanya mendapatkan anak.

Sungguh, kita bisa melihat teladan yang baik dalam masalah ini dari Khadijah, isteri Rasulullah, yang telah memberikan andil besar dalam menenangkan rasa takut Rasulullah ketika beliau didatangi malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama kalinya di goa Hira’.

Nabi pulang ke rumah dengan gemetar dan hampir pingsan, lalu berkata kepada Khadijah,
“Selimuti aku, selimuti aku! Sungguh aku khawatir dengan diriku. ” Demi melihat Nabi yang demikian itu, Khadijah berkata kepada beliau, “Tenanglah. Sungguh, demi Allah, sekali-kali Dia tidak akan menghinakan dirimu. Engkau adalah orang yang senantiasa menyambung tali silaturahim, senantiasa berkata jujur, tahan dengan penderitaan, mengerjakan apa yang belum pernah dilakukan orang lain, menolong yang lemah dan membela kebenaran. ” (HR. Bukhari, Kitab Bad’ al-Wahyi no. 3, dan Muslim, Kitab al-Iman no. 160)

KESIMPULAN

sebagai kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa, islam merupakan agama yang mengangkat martabat wanita yang bergelar isteri berbanding agama yang lain, banyak kisah-kisah para sahabat dan isteri rasullullah dan contoh yang boleh kita ikuti dan jadikan sebagai ukuran dalam menjalani hidup ini.

Kita juga tentu tidak lupa dengan peranan ‘Aisyah isteri nabi. Banyak para sahabat, baik yang laki-laki mahupun yang perempuan, menerima hadits darinya berkenaan dengan hukum-hukum agama.

Kita juga tentu mengetahui sebuah kisah yang terjadi belum lama ini berkenaan dengan istri Imam Muhammad bin Su’ud, raja pertama kerajaan Arab Saudi. Kita mengetahui bahwa isteri beliau menasihati suaminya yang seorang raja itu untuk menerima dakwah Imam al-Mujaddid Muhammad bin Abdul Wahhab. Sungguh, nasihat isteri sang raja itu benar-benar membawa pengaruh besar hingga membuahkan kesepakatan antara Imam al-Mujaddid Muhammad bin Abdul Wahhab dengan Imam Muhammad bin Su’ud untuk menggerakkan dakwah. nasihat isteri raja itu hingga hari ini, hal mana aqidah merasuk dalam diri anak-anak negeri ini. Ini mana contoh-contoh ini jelas menunjukkan bahawa wanita sebagai seorang isteri telah di beri penghormatan yang tinggi di sisi islam, malah hadirnya islam memberi sinar harapan kepada golongan wanita yang belm pernah di lakukan oleh agama lain. insyallah…

No comments:

Post a Comment