Monday, April 13, 2009

Ramadhan Dan Kepentingannya

Oleh: Faiz Rizhan Bin Mamat

Ramadhan adalah bulan yang dinantikan oleh setiap umat Islam kerana ia menyimpan jutaan pahala dan keberkatan yang tidak ada pada bulan lain.
Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasullallah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Sudah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kamu semua berpuasa dalam bulan itu. Pada Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan di kunci semua pintu-pintu neraka. Pada bulan itu syaitan dibelenggu. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang diharamkan kebajikannya, bererti di haramkan segala rupa kebajikan.
(Riwayat Ahmad, al-Nasa’i dan al-Baihaqi)
Antara persediaan yang dituntut menjelang Ramadhan ialah :
 Mengulangkaji setiap perkara berkaitan puasa seperti hokum bepuasa, adab berpuasa dan hikmahnya agar ia dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
 Memperbanyakan doa agar ditambahkan kekuatan, kelapangan, dan kesempatan dan keikhlasan untuk menempuh Ramadhan.
 Mencegah diri daripada melakukan pembaziran seperti berbelanja lebih ketika berbuka.
 Kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keazaman untuk melipatgandakan amalan.
 Mengetegahkan rasa senang dan gembira menyambut Ramadhan.

Ini adalah amalan menjelang Ramadhan dan sentiasa dilakukan Rasullallah S.A.W. serta sahabat ketika menyambut kedatangannya.
Kita sebagai umat Islam yang betul-betul patuh kepada ajaran Islam hendaklah melakukan ibadat puasa ini dengan bersungguh-sungguh agar amaln puasa kita selama sebulan di terima oleh Allah S.W.T.
Pengertian Puasa
Maksud puasa boleh di kategorikan kepada dua iaitu :
i. Mengikut Bahasa: Menahan diri atau menguasainya.
ii. Mengikut Syara’: Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan syarat-syarat yang tertentu.
Umumnya puasa terbahagi kepaada dua :
i. Puasa wajib iaitu puasa pada bulan Ramadhan serta pusa qada’,puasa kirafat dan puasa nazar.
ii. Puasa sunat seperti: puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam(dibulan Syawal), puasa pada hari Arafah, hari ‘Asyura, hari-hari putih iaitu hari yang ke 13, 14, dan 15 tiap-tiap bulan, hari Mi’raj dan puasa satu hari dalam bulan Muharam, Rejab, Zulqa’idah, Zulhijjah dan Sya’ban.

Waktu yang diharamkan puasa adalah pada hari pertama Aidil Fitri dan Aidil Adha serta tiga hari sesudah Aidil Adha (hari Tasyrik) iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
Ibadah puasa wajib ditunaikan setahun sekali, iaitu pada bulan Ramadhan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang mafhumya :
“wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”
(Surah al-Baqarah ayat 183)

KATEGORI PUASA
Puasa terbahagi kepada tiga kategori:
i Puasa umum
Darjat puasa seseorang yang menahan perut dan farajnya dari mengecapi kesyahwatan, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. Puasa peringkat ini merupakan puasa yang paling banyak sekali dikerjakan orang dengan menyangka bahawa mereka telah berjaya mengerjakan ibadah puasa. Rasullallah S.A.W. pernah mengingatkan akan keadaan sekian ramai orang yang berpuasa tetapi mereka tidak memperolehi sesuatu dari puasanya, selain daripada lapar dan dahaga. Sabda baginda yang mafhumnya :
“Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan dahaga”
(Riwayat al-Nasa’i dan Ibn Majah)

ii Puasa khusus
Puasa ini lebih tinggi darjatnya. Puasa ini merupakan puasa anggota lahirdari sebarang dosa seperti menahan pendengaran daripada mendengar perkara-perkara yang tidak member faedah, menjaga penglihatan daripada melihat benda-benda yang dilarang oleh agama dan menjaga lidah daripada bercakap mengenai perkara-perkara yang tidak berfaedah. Selain dar itu tidak melakukan maksiat, tidak meludah-ludah, tidak makan dan minum berlebihan,tidak boros berbelanja dan tidak banyak tidur di siang hari.

iii Puasa khusul khusus
Bermaksud berpuasa dengan menyertakan semua perbuatan yang tersebut diatas tadi dan disertai dengan berpuasanya daripada cita-cita kotor dan pemikiran duniawi. Dengan yang demikian akan bersihlah seseorang itu daripada apa sahaja yang tidak sesuai dengan iman dan keikhlasan.

RUKUN DAN SYARAT PUASA

Rukun puasa
i. Niat pada malam hari (sebaik-baiknya waktu untuk berniat ialah di akhir malam);. Orang yang tidak berniat puasa Ramadhan pada malam hari semelum terbit fajar, tidak dikira puasa pada siang hari itu. Hanya puasa sunat sahaja yang dibolehkan berniat selepas fajar terbit.
Maksud niat puasa:”sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
ii. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan pusa mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Syarat Puasa:
1. Syarat Wajib Puasa
Untuk mengerjakan ibadah puasa, sesudah diketahui rukun puasa, perlu juga diketahui syarat-syarat wajibnya iaitu:
i. Beragama islam;
ii. Berakal. Orang yang gila tidak wajib berpuasa;
iii. Baligh(cukup umur). Biasanya 15 bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan;
Sabda Rasullallah. S.W.T yang mafhumnya :
“Tiga orang yang terlepas daripada hukum:
 Orang yang tertidur sehingga ia bangun;
 Orang gila sampai ia sembuh;
 Kanak-kanak, sampai ia baligh.”
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasai’)
iv. Berdaya(berkuasa) mengerjakan puasa. Orang yang tidakberdaya kerana sudah tua tau sakit, tidaklah wajib keatasnya berpusa;
v. Menetap di suatu tempat atau bermukim.

2. Syarat Sah Puasa
i. Syarat-syarat sah puasa adalah seperti berikut:
ii. Beragama islam. Orang bukan Islam tidak sah puasa.
iii. Mumayyiz atau berakal – orang yang dapat memebezakan yang baik dengan yang tidak baik.
iv. Suci daripada haid, nifas dan wiladah. Orang yang dalam keadaan haid, nifas dan wiladah, tidak sah puasanya tetapi kaduanya wajib megqada’(membayar) puasa yang tertinggal secukupnya;
“Diriwayatkan dari ‘Aisyah katanya: “Kami disuruh oleh Rasullallah S.A.W. mengqada’ puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada’ sembahyang.”
(Riwayat al- Bukhari)

v. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa padanya. Haram berpusa pada dua hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha serta hari-hari tasyrik.


KEPENTINGAN PUASA
Puasa didik diri bijak urus masa
PUASA mengandungi pelbagai hikmat dan prinsip agama yang dijangka mampu memandu manusia menghadapi hari-harinya di dunia untuk mendapatkan hasil lebih lumayan pada akhirat kelak.
Permulaan puasa fardu setahun sekali pada Ramadan menandakan betapa pentingnya untuk setiap manusia menghargai nilai masa yang dianugerahkan Allah berjumlah 365 hari.
Solat melambangkan proses penyusunan jadual kerja wajib lima kali sehari, puasa pula suatu proses perjadualan perjalanan hidup manusia setahun sekali.
Allah berfirman bermaksud:
”Maka sesiapa yang menyaksikan bulan itu (Ramadan), hendaklah dia berpuasa.
(Surah al-Baqarah, ayat 185).
Berdasarkan perjadualan ini, setiap manusia sepatutnya mendisiplin diri dengan mengadakan kegiatan tahunan utama yang dapat memantapkan lagi visi dan misi sesuatu pengurusan.
Kewajipan berpuasa pada Ramadan juga menandakan kepentingan manusia merancang kegiatan tahunan yang tidak terlalu lewat hingga penghujung tahun.
Ramadan bulan kelima akhir mengikut kalendar hijrah. Perancangan kerja awal dapat menghindarkan kemungkinan pelbagai masalah dan kerumitan memerlukan penyelesaian jangka masa panjang.
Puasa mempunyai waktu khusus untuk melakukannya. Puasa yang dilakukan tidak pada waktunya akan terbatal. Ketepatan ini meliputi masa mengikut bulan dan hari.
Menepati janji dan masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.
Organisasi yang tidak menghargai dan menghormati ketepatan masa pasti tidak cemerlang.
Inilah pentingnya pengurusan masa kerana ia adalah aset dan bernilai dalam hidup manusia. Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian.
Kepentingan masa dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran seperti firman-Nya bermaksud:
”Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah al-Ashr, ayat 1 hingga 3)
Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya:
“Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia memotong kamu.”
Puasa adalah ibadat yang difardukan oleh Allah kepada umat Islam. Ia mempunyai kesan positif dalam mewarnai nilai kemanusiaan yang lebih baik.
Kaitan ibadat puasa dengan pengurusan masa adalah sebahagian panduan penting untuk seseorang manusia membimbing organisasi dirinya dan masyarakat.
Islam sentiasa mengajak umat manusia menjadikan perkara duniawi saling berkaitan dengan ukhrawi, tidak ada pemisahan antara kedua-duanya.






Puasa Meningkatkan Etos Kerja

Puasa sebagaimana dimaksudkan di atas, sepintas kilas dan secara kasat mata akan menyebabkan seseorang mengalami kelelahan fisik sebagai akibat dari tidak makan dan tidak minum sepanjang hari, namun kenyataan mencatat bahwa sesungguhnya orang yang berpuasa akan mendapatkan kondisi fisik dan kesehatan yang prima sebab puasa memberikan peluang kepada perut untuk beristirahat mencerna makanan yang selama ini tidak pernah berhenti. Dengan puasa makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut akan teratur dan mesin perutpun akan mendapatkan waktu istirahat yang memadai mencerna makanan. Kenyataan ini sejalan dengan hadits Nabi Muhammad SAW yang menyebutkan, "Puasalah agar kamu sihat".
Hal ini tercermin dari Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an : "Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan kampung akhirat dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari kenikmatan duniawi. Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan" (Q.S. Al-Qashash : 77).
Senada dengan Firman Allah SWT tersebut, adalah Hadits yang disampaikan oleh Rasulullah SAW : "Bekerjalah untuk kepentingan duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu mati esok pagi".
Kenyataan lain juga menunjukkan bahwa sukses-sukses besar yang diperoleh ummat Islam pada masa Nabi Muhammad SAW adalah diperoleh pada bulan Ramadhan di saat ummat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa Ramadhan seperti kemenangan ummat Islam atas kaum kuffar Quraisy dalam peperangan Badar yang terkenal dahsyat dan tidak berimbang itu. Sekalipun ummat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa ramadhan, namun justru puasa ramadhan itulah yang memberikan dorongan, motivasi dan etos kerja Islami kepada ummat Islam untuk memperoleh kemenangan.
Dari kenyataan tersebut dapat disimpulkan bahwa sesungguhnya puasa sekalipun secara kasat mata akan melemahkan fisik, namun secara hakiki justru kondisi puasa ramadhan itu akan memberikan dorongan tersendiri untuk meraih hasil yang terbaik dan mengalahkan musuh yang paling besar yang terdapat dalam diri manusia yaitu hawa nafsu. Oleh karena itulah maka sangat tepat apa yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika bersama dengan sahabat-sahabatNya pulang dari perang Badar dengan kemenangan yang gilang gemilang, beliau bersabda,
"Anda semua pulang dari peperangan kecil menuju peperangan besar". Para sahabat bertanya, "Peperangan apa lagi itu ya Rasulullah". Nabi menjawab, "Peperangan melawan HawaNafsu ".
Hadits Nabi ini memberikan penjelasan kepada kita bahwa sesungguhnya musuh utama yang paling besar dan abadi sesungguhnya ada pada diri kita masing-masing yaitu hawa nafsu. Melawan hawa nafsu ini, yang paling utama untuk mengalahkannya adalah dengan berpuasa. Oleh karena itulah maka puasa ramadhan diwajibkan oleh Allah SWT kepada kita, bukanlah untuk mengendorkan semangat, tetapi sebalik-nya untuk mendatangkan semangat baru dan motivasi baru untuk meningkatkan kinerja sebagai aparatur pemerintah.
Dengan demikian maka tidak ada alasan bagi setiap pegawai negeri sipil maupun ABRI untuk meninggalkan ibadah puasa ramadhan dengan alasan berpuasa, sebab ibadah puasa ramadhan itu sendiri justru untuk meningkatkan kinerjanya sebagai realisasi dari fungsi dan peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.
Mudah-mudahan Ibadah Puasa Ramadhan yang akan kita laksanakan ini, selain meningkatkan spritualitas kita, juga dapat meningkatkan kepedulian sosial dan kualitas kinerja kita sebagai aparatur pemerintah yang berkewajiban memberikan pelayanan prima kepada masyarakat.

PUASA BERI KEKUATAN DALAMAN

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan
ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan
orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat
kepada Allah doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.


Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahawa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang
yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan
perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa
adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.
Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita
bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami
bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi
penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya
kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang
terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati
juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat di simpulkan bahawa ramadhan yang merupakan ibadah wajib umat Islam mempunyai banyak kepentingan yang diperolehi oleh semu umat Islam yang patut dilaksanakan oleh umat manusia yang begelar muslimin atau muslimat di muka bumi ini.
Antara kepentingan puasa ialah puasa mengajar kita bersabar. Ini kerana, melalui puasa kita melatih diri agar menyabarkan diri daripada makan atau minum disiang hari. Selain itu, puasa dapat melahirhan perasaan insaf dan berperikemanusiaan sebagai seorang hamba Allah S.W.T.
Melalui puasa ini juga seseorang itu mampumenjauhkan maksiat zahir dan batin. Melalui puasa inilah manusia mampu mencegah dirinya daripada benda yang terkutuk yng membawa seseorang itu ke jalan yang diredhai oleh Allah.
Oleh itu umat islam wajib untuk perpuasa dibulan ramadhan, pada bulan ramadhan memepunyai banyak rahmat yang di berikan oleh Allah yang pelu direbut oleh semua umat islam. Marilah kita sama-sama menurut perintah Allah agar hidup kita sentiasa dirahmati oleh Allah. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment