Monday, April 13, 2009

Kemusyikilan Wanita Dalam Hukum Islam

Oleh: Noorafiza Binti Nordin

PENDAHULUAN
Terdapat banyak persoalan dalam hukum islam, di mana umat islam sendiri tertanya- tanya apakah sebenar jawapan dalam persoalan yang mereka ragui. Di sini saya kupaskan perkara yang sering menjadi tanda tanya bagi kaum wanita mengenai hukum Islam yang mereka ragui. Kebanyakan soalan yang dikemukakan adalah mengenai permasalahan ibadat dan muamalah kaum wanita.

Begitu juga perbezaan hukum mengenai kaum lelaki dan wanita. Dari segi tanggungjawab dan kewajipan mereka dalam islam. Islam menentukan peraturan berlainan untuk lelaki dan wanita. Contohnya mengenai ibadah mengerjakan solat.
Kaum wanita tidak diwajibkan solat ketika haid atau nifas. Ini bertujuan untuk menghindari kesusahan,lantaran solat itu wajib dikerjakan lima kali sehari dan semalam.
Namun begitu darjat diantara lelaki dan wanita adalah sama tinggi dan mulia.
Cuma faktor-faktor yang menyebabkan mereka menjadi mulia adalah berbeza. Oleh itu saya berharap dengan penerangan saya dapat menjawap segala kemusyikilan mereka mengenai hukum islam yang mereka ragui. Antara persoalan yang saya kupaskan adalah:

 Hak wanita menurut islam
 Kewajipan menunaikan solat
 Tanggungjawab memberi nafkah
 Hak pemilikan harta warisan
 Sebab dan hikmah Islam membenarkan lelaki berpoligami
 Benarkah Islam membenarkan memukul isteri yang derhaka terhadap suami
 Pandangan islam mengenai amalan berkhatan yang biasa dilakukan kepada kanak-kanak
 Bolehkah wanita haid lalu di masjid
 Apakah yang tidak oleh dilakukan oleh wanita yang haid dan nifas.
 Apakah solat batal jika rambut atau tumit terbuka sedikit ketika solat bagi wanita
 Bolehkah anak mengqadakan puasa ibunya yang telah meninggal dunia?
 Bolehkah wanita mencukur kepalanya?
 Apakah ibadat yang khusus bagi wanita ketika manasik haji?
 Bolehkah wanita bersanggul (memakai rambut palsu)?

 Bolehkah ketika bersetubuh suami menghisap susu isterinya, dan apakah dia menjadi muhrim pada isterinya?

1) Hak wanita menurut islam
Darjat wanita dan lelaki adalah sama di dalam agama islam. Malahan islam menyamakan hak lelaki dan wanita sama ada dari segi pemilikan,mengadakan akad nikah, wasiat dan sebagai nya. Menurut Islam, peribadi seorang wanita di anggap sempurna sebagaimana kaum lelaki. Wanita yang belum berkahwin sedangkan akil baligh dan waras berhak menguruskan hartanya, malah walinya tidak berhak mencampur tangan kecuali dengan persetujuan atau dia telah memberi hak untuk menguruskan harta tersebut.
Jika sudah berkahwin sekalipun,hak yang dimilikinya tidak boleh dicampurkan dengan hak suaminya. Dia masih berhak menguruskan hartanya. Suami tidak berhak campur tangan kecuali dengan keizinan. Sementara dalam dunia islam si suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri dan keluarga. Suami juga tidak boleh menyentuh harta atau milik peribadi isteri dengan alasan telah memberi nafkah kecuali atas kebenaran isterinya. Jika isteri nya tidak bersetuju si suami wajib memeberi nafkah kepada nya,seolah-olah isterinya tidak mempunyai apa-apa. Seanadainya si suami enggan memberi nafkah isterinya wajib melapurkan kepada Mahkamah Syariah. Hakim akan memaksa suami memberi nafkah atau memisahkan mereka jika itu yang dikehendaki isteri.

2) Kewajipan menunaikan solat
Lelaki dan wanita berbeza dari segi watak dan tenaga, oleh itu Islam membezakan antara syariat yang dibebankan kepada lelaki dan wanita,sesuai mengikut keadaan dan kemampuan mereka. Ini bertujuan untuk meringan kerja mereka malah menunjukan kasih sayang Allah s.w.t kepada mereka. Misalnya islam menggugurkan kewajipan menunaikan solat dari wanita yang sedang haid atau nifas dan mereka tidak diwajibkan mengqadakannya, ini supaya mereka tidak menanggung beban yang berat.
Dan didalam bulan Ramadhan wanita yang sedang haid atau nifas dan mereka tidak diwajibkan mengerjakan puasa, begitu juga dengan wanita yang hamil dan menyusukan anak boleh tidak berpuasa. Walaubagaimanapun mereka wajib qada puasa yang mereka tinggalkan pada hari lain kerana ini tidak sampai menyusahkan.
Ulama fikah telah memperincikan perbezaan tanggungjawab yang dibeban kan kepada lelaki dan wanita. Antaranya ialah:

 Mereka tidak boleh azan dan mengimamkan orang lelaki dalam solat
 Tanda baligh bagi mereka lebih banyak,antaranya hamil dan haid
 Aurat mereka lebih luas dari lelaki,yakni dari seluruh tubuhnya selain wajah dan telapak tangannya.
 Wanita boleh memakai sutera dan memakai emas serta perak
 Tidak wajib bersolat jemaah di masjid,bahkan wanita yang masih muda makruh berjamaah di masjid, manakala yang sudah bersuami tidak boleh pergi ke masjid tanpa izin suami,dan lebih afdal solat di rumahnya.
 Tidak wajib mengerjakan sembahyang jumaat
 Mereka tidak boleh membawa jenazah ke tanah perkuburan walaupun jenazah itu wanita atau kanak-kanak
 Dalam segi hadanah(pengurusan anak) mereka di dahulukan dari lelaki
 Mereka tidak diwajibkan berjihad
 Tidak boleh menjadi saksi kecuali mengenai harta atau bahagian yang bukan bidang kaum lelaki

3) Tanggungjawab memberi nafkah
Dalam islam keperluan wanita,mulai dari makanan,pakaian,tempat tinggal dan sebagainya merupakan kewajipan walinya jika dia belum berkahwin. Jika tadak mempunyai wali atau kaum kerabat baitulmal bertanggungjawab menyediakan segala keperluan asasinya. Sedangkan wanita yang sudah berkahwin,suaminya bertanggungjawab memberi nafkahnya, si suami wajib memberi nafkah kepada isterinya setelah terjadi akad nikah yang sah. Semenjak itu si isteri pun wajib berbakti sepenuhnya kepada suami mereka.
Setiap suami wajib membri nafkah kepada isterinya sama ada isterinya miskin atau kaya. Suami wajib menanggung segala keperluan rumahtangga,malah membiayai perkahwinan. Mereka juga wajib memberi mahar kepada isteri mereka. Tetapi alangkah baiknya jika wanita yang bekerja dan mempunyai pendapatan lumayan turut membantu meringankan beban suami, apalagi suami sudah mengizinkan mereka bekerja sekalipun sedikt sebanyak akan menjejaskan hak-hak suaminya.
Memberi nafkah wajib berdasarkan Al-Quran
Seperti Firman dalam surah Al-Baqarah (ayat 233) yang bermaksud:

Dan kewajipan suami memberi makan dan pakai kepada isteri dengan cara makruf.

Seperti Firman dalam surah Al-Talaq(ayat 6)

Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal,menurut kemampuan kamu. Jangan kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri yang sudah di talak) sedang hamil,berikan mereka nafkah sehingga mereka bersalin. Dan jika menyusukan anak kamu,maka berikan mereka upah.

4) Hak pemilikan harta warisan
Setelah mengamati makna Al–Quran dan hadis yang menyentuh mengenai masalah warisan,para ulamak baru mengambil hukum darinya. Islam menyamakan hak wanita dan lelaki dalam harta yangdi usahakan dengan bekerja atau berniaga. Ini kerana dalam bekerja atau berniaga,harta yang diusahakan adalah atas usaha sendiri. Oleh itu hasil yang diusahakan setimpal dengan tenaga yang di kerah. Manakala dalam harta warisan,bukan berdasarkan usaha masing-masing. Islam memberi pembahagian yang lebih banyak kepada lelaki bukan kerana lebih sayang kepada mereka tetapi semata-mata melihat keperluan serta sesuai dengan tanggungjawab.
Ini kerana lelaki bertanggungjawab memikul beban rumah tangga, malahan mereka wajib mencari nafkah isteri dan anaknya,sedangkan wanita tidak mempunyai sesuatu tanggungjawab. Oleh itu, islam memberi bahagian lelaki dan wanita mengikut keperluan dan tanggungjawab.


5) Sebab dan hikmah Islam membenarkan lelaki berpoligami
Islam bukanlah agama pengasas poligami,dan islam tidak meyuruhnya, tetapi hanya membolehkannya,membatasi dan menentukan syaratnya. Praktik poligami sudah wujud telebih dahulu sebelum terpancar sinar islam. Imam Bukhari meriwayatkan dalam hadis sahihnya,bahawa; Seorang lelaki yang bernama Ghilan bin Salimah at-Tsaqafiy telah memeluk islam sedangkan ketika itu beliau mempunyai 10 isteri, maka Rasullah s.a.w telah bersabda kepada beliau”Pilih empat orang dari mereka”. Tatkala islam membolehkan seseorang mengahwini empat orang isteri,maka islam menetapkan syarat keadilan kepada isteri tersebut.
Baik dari segi makanan,tempat tinggal dan sebagainya. Suami yang ingin berpoligami juga mesti berkemampuan untuk membimbing isteri mereka dan menjaga maruah mereka. Lebih penting mesti sangup memberi nafkah pada isteri-isterinya dan anak-anaknya.
Jika seorang itu tidak berkemampuan membimbing dan menjaga maruah mereka,tidak sanggup memberi nafkah kepada isteri dan anak,tidak sanggup berlaku adil pada para isteri maka beliau tidak boleh berpoligami. Ini kerana poligami dibolehkan bagi manafaat peribadi dan masyarakat. Jika didapati memudaratkan moral maka tidak dibenarkan berpoligami dan memadai beristeri satu. Faktor–faktor meybabkan poligami ialah isteri tidak sanggup melayan suami nya,oleh itu suami mencari wanita lain untuk melayan mereka.
Selain itu,kaum wanita menderita penyakit yang menyebabkan mereka tidak boleh mengandung,atau manyambung zuriat. Oleh itu wanita memberi keizinan kepada suaminya untuk berpoligami untuk menyambung zuriat suaminya.Bukan itu sahaja untuk mengelakkan berlaku zina.

6) Benarkah Islam membenarkan memukul isteri yang derhaka terhadap suami
Suami berhak menghukum isteri yang derhaka sebagai tanda dia seorang pemimpin dalam rumahtangganya. Walaubagaimanapun hukuman yang di beri kepada isteri bukan untuk menghina atau menyiksa mereka. Tindakan itu hanya untuk mendidik mereka dan mengelakkan kehancuran rumah tangga. Langkah pertama yang harus di ambil ialah menasihati dan mengingati mereka dengan cara bijaksana. Isteri yang melakukan kesalahan tidak boleh terus dimarahi dan dikasari,sebaliknya hendaklah dinasihati sebaiknya supaya ia kembali menunaikan hak-hak suaminya. Pada umumnya isteri akan kembali taat kepada suaminya setelah dinasihati tetapi ada jua yang masih ingkar,dan masih tidak mengubah sikap dan kelakuan sekiranya hanya di tegur dengan kata-kata. Malah sikapnya semakinmenjadi-jadi apabila di tegur. Wanita begini hendaklah diluruskan dengan langkah kedua.

Iaitu mengasingkannya dari tempat tidur mereka,seperti Firman Allah dalam ayat (An-Nissa 34) yang brmaksud
Dan pisahkan dari tempat tidur mereka

Mengasingkan diri dari tempat tidur maksudya suami membelakangkan isterinya dan tidak berpaling kepadanya. Ayat di atas tidak bermaksud meyuruh suami meninggalkan isterinya keseorangan di tempat tidur atau menyuruh suami keluar meninggalkan rumahnya.

Seandainya cara ini juga tidak berkesan,sebagaimana cara pertama, maka hendaklah di ambil tindakan lain,iaitu pukullah dia,seperti Firman Allah dalam ayat (An-Nissa 34) yang bermaksud
Dan pukullah mereka.

Hukuman seperti tidak boleh dikenakan kecuali kepada wanita seperti ini, iaiatu tidak berkesan dengan menasihati dan mengasingkan tempat tidur, sekalipun ayat itu menyuruh suami memukul isterinya yang derhaka tetapi harus diigatkan Rasullah telah menggariskan panduan untuk memukul.
Tidak satu riwayat pun mengatakan Rasullah s.w.a pernah menengking isterinya, apalagi memukul isterinya, Syarat yang telah ditetapkan ialah:

 Jangan bertujuan untuk kekerasan
 Jangan untuk menghina atau menyakitkan


Dalam menjalankan hukuman tesebut,hendaklah ketika berdua-duaan suami isteri. Ia tidak boleh dilaksanakan di hadapan kaum kerabatataupun orang luar, bahkan bukan di hadapan anak-anak,lantaran pengaruh tidak bek kepad mereka. Kerana ada kemungkinan menimbulan kebencian mereka kepada ibu bapa. Bahkan sebaiknya jangan diketahui sesiapa kerana si isteri akan berasa malu dan tersinggung. Kadang – kadang menyebabkan dai tidak mengubah sikap dan menjadi semakin teruk. Seandai mana-mana peringkat menunjukkan hasil maka handaklah dihentikan dan tidak boleh mengenakan hukuman yang lebih berat. Sekiranya terus melakukan juga, beliau diaggap zalim.

7) Pandangan islam mengenai amalan berkhatan yang biasa dilakukan kepada kanak-kanak
Memang banyak hadis meyuruh berkhatan dan ia merupakan sunah Rasullah s.a.w dan sebahagian para nabi s.a bersabda( H.R Bukhari)

Ibrahim Khalil Ar-rahman berkhatan ketika berusia 80 tahun dan beliau berkhatan dengan beliung. ( H.R Bukhari)

Tidak ada dalil yang mengatakan wajibnya berkhatan malahan hadis-hadis menyuruh wanita berkhatan adalah daif dan tidak boleh dipegangi. Ini disebabkan para ulamak bahawa berkhatan lelaki dan wanita adalah di syariatkan. Ummu Uthiah berkata” para wanita berkhatan di Madinah dan Rasullah s.a.w bersabda kepada mereka,”Janganlah dipotong banyak kerana yang sebahagian lebih menarik bagi suami dan lebih menyerikan wajah”.
Hadis meyuruh mereka berkhatan kerana dengan berkhata mereka menjadi lebih sensitif ketika mengadakan hubungan jenis dan di larang memotongnya terlalu banyak kerana membuat mereka berasa hampa ketika bersetubuh. Beginilah pandangan syariat mengenai berkhatan, Sedangkan menurut ahli kesihatan tidak bersependapat sebagaimana pendapat para ulamak yang berlainan pendapat, Antara ada yang menyuruh berkhatan,dan ada juga yang melarang.
Kesimpulannya menurutkan kebanyakan ahli ilmu,wanita tidak wajib berkhatan dan orang tua yang tidak mengkhatan anak perempuannya tidak di katakan ia berdosa. Tetapi kaum lelaki di wajibkan berkhatan kerana adalah syiar Islam dan termasuk dalam ajaran Nabi Ibrahim a.s dan berkhatan juga di wajibkan dalam mazhab Syafie dan Hambali.

8) Bolehkah wanita haid lalu di masjid

Boleh,sesuai dengan Firman Allah
Wahai orang- orang beriman janganlah kamu bersolat dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan, Dan janganlah kamu menghampiri masjid sedang kamu dalam keadaan berjunub,kecuali lalu sahaja sehingga kamu mandi. (An-Nisaa ayat43)

Ayat di atas menceritakan mesalah junub,maksudnya orang yang berjunub boleh sekadar lalu di masjid,Oleh itu orang haid pun jatuh di bawah hukum yang sama dengan orang junub. Riwayat dari An-Nisa dan Amad yang diterima dari Maiunah dimana beliau telah berkata” Rasullah s.a.w telah masuk kedalam rumah salah seorang isterinya yang sedang haid,Beliau meletakkan kepalanya di pangkuan isterinya sambil membaca Al-Quran, lalu isterinya itu mengambil tikar kecil dari dalam masjid dalam keadaan haid.”dari Aisyah r.anha berkata Rasullahtelah berkata kepadanya”Tolong ambil tikar utukku dari masjid” Saya berkata ”Saya dalam haid”Beliau menjawab,”Apakah haidmu berada dalam tangan mu? Berdasarkan hadis ini,wanita yang sedia haid boleh berjaln di masjid. Sekalipun wanita boleh berjalan,tetapi mereka tidak boleh berhenti lama.


9) Apakah yang tidak oleh dilakukan oleh wanita yang haid dan nifas.
Terdapat 10 perkara yang tidak oleh dilakukan oleh wanita yang haid dan nifas:
 Solat
 Memasuki masjid
 Menyentuh al-Quran
 Iktikaf
 Tawaf
 Sujud tilawah
 Membaca Al-Quran
 Puasa
 Talak
 Jimak

10) Apakah solat batal jika rambut atau tumit terbuka sedikit ketika solat bagi wanita
Solatnya tidak batal jika sedikit aurat terbuka kerana menjaganya terlalu susah.
Ini adalah dimaafkan dengan lelakiyang auratnya sedikt terbuka. Lelaki yang terbuka sedikit auratnya ketika solat,maka solatnya tidak batal,menurut Hanafiah dan Ahmad. Ini bersesuian dengan riwayat Abu Daud yang diterima dari Amr bi Salmah yang mengatakan ” Ayahku telah bersama dengan rombongan kaumnya pergi berkunjung ke rumah Rasullah s.a.w, Baginda mengajar solat kepada mereka dan berkata”Hendaklah paling baik bacaya menjadi imam kamu” kebetulan ketika itu aku dikalangan mereka paling baik bacanya,Sebab itu mereka telah memilih aku. Ketika menadi imam,saya memakai selindang kecil dan meyebabkan sedikit aurat terbuka jika aku sujud, ada di antara jemaah wanita berkata, tutup aurat imam itu dari pandangan kami,lalu mereka embeli kain untukku, itu rasanya paling bahagia menjadi penganut islam.
Kesimpulan yang di ambil dari hadis itu adalah peritiwa aurat imam yang terbuka sedikit,itu memang menggemparkan. Walaubagaimanapun Rasullah tidak menegurnya, bererti solatnya tidak batal jika sedikit sahaja aurat terbuka.
Menurut Abu Hanafiah dua tmit tidak termasuk aurat dalam kerana ia selalu terbuka,dan hukumnya di samakan dengan wajah. Ini tentunya kalau sedikit sahaja yang terbuka. Kalau banyak terbka akan membatalkan solat jika tidak ditutup segera.

11)Bolehkah anak mengqadakan puasa ibunya yang telah meninggal dunia?

Hadis riwayat Bukhari berkata, ada seorang wanita berkata kepada Rasullah s.a.w”Sesungguh nya ibuku telah bernazar untuk berpuasa tetapi dia telah meninggal dunia sebelum membayar puasanya, ”Bolehkah aku membayar untuk ibuku? Rasullah menjawap,”Bagaimana jika ibu kamu berhutang adakah kamu bayar? Wanita itu menjawap,”Ya”, maka Rasullah s.a.w berkata ”Oleh itu puasalah untuk ibu kamu. Dan riwayat daripada Aisyah r.anha katanya Rasullah s.a.w bersabda” Sesiapa yang telah mati dan masih mempunyai hutang puasa,maka boleh di puasakan oleh walinya (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

12) Bolehkah wanita mencukur kepalanya?
Kaedah umum menetukan lelaki tidak boleh meyeruai wanita begitu juga sebaliknya. Oleh Rasullah s.a.w melarang wanita mencukur rambutnya. Rambut merupakan anugerah Allah s.w.t kepada wanita,leh itu mereka mesti memelihara dan menguruskannya. Rasullah telah bersabda”Sesiapa yang mempunyai rambut hendaklah memuliakannya.(H.R Abu Daud)

13) Apakah ibadat yang khusus bagi wanita ketika manasik haji ?
a. Wanita boleh memakai pakaian berjahit ketika ihram tetapi idsyaratkan tidak dicelupkandengan za’faran atau wars( sejenis kunyit)
b. Boleh memakai sarung tangan (menurut mazhab Hanafi sahaja)
c. Boleh memakai khuf
d. Boleh menutup kepala
e. Tidak boleh meguatkan suara ketika talbiah
f. Tidak boleh berlari ketika tawaf
g. Tidak boleh berjalan cepat ketika sa’ie tetapi hendaklah berjalan seperti biasa.(perlahan)
h. Disuruh menggunting rambut da tidak boleh mencukurnya
i. Tidak boleh menyentuh hajarul aswad ketika kaum lelaki sdang berebut-rebut untuk menyentuh dan menciumnya.
j. Sekalipun mereka meninggalkan tawaf wida’ disebabkan haid atau nifas, mereka tidak dituntut membayar dam. Begitu juga jika mereka melamatkan tawaf ifadah dari hari nahar,tidak membayar dam
k. Ketika mengerjakan tawaf,mereka lebih jauh dari hajarul aswad supaya tidak berhimpit dengan kaum lelaki.
l. Mereka juga tidak boleh berhenti lama di Jabal Rahmah supaya tidak berhimpit-himpit dengan kaum lelaki

14) Bolehkah wanita bersanggul (memakai rambut palsu)
Kalau sanggul di buat dari rambut asli(manusia) maka hukumnya haram, ini kerana perbuatan ini seperti mengandungi unsur penipuan. Di samping itu juga memakai organ mausia yang telah terpisah dari orangnya,tanpa darurat.
Sedangkan memakai sanggul dari rambut buatan(plastik dan sebagainya), maka hukum nya dilihat dari ada atau tidak illat yang mengharamkannya. Seandai orang yang meihat jelas mengetahui bahawa itu adalah ramut buatan,maka hukumnya mubah. Itu pun jika tujuan dia bersanggul untuk suaminya. Ini boleh keana tiada unsur penipuan. Namun jika sanggul yang diperbuat daripada rambut buatan tetapi orang yang melihat nya jelas akan mengatakan rambut itu asli maka haramlah hukumnya. Kerana ada illat yang mengharamkannya,iaitu terdapat unsur penipuan.
Riwayat Bukhari yang diterima dariAisyah r.anha ” Seorang hamba sahaya kaum Ansar berkahwin,kemudian dia sakit dan berguguran rambutnya,oleh itu mereka bermaksud untuk menyambung rambutnya dengan rambut lain dan merwka telah bertanya kepada Rasullah s.a.w mengenai hukumnya. Maka Rasullah s.a.w memjawap”Allah s.w.t melaknat orang yang menyambungkan dan meminta di sambungkan rambutnya. Dari Abu Zubiar, beliau mendengar Jabir bin Abdullah berkata:
Rasullah s.a.w melarang wanita menyambungkan sesuatu di kepalanya,
(H.R Muslim)
Menurut mazhab syafie, menyambungkan atau membuat sanggul dengan amut tambahan dari rambut manusia haram hukumnya secara mutlak. Sedangkan sanggul yang disambung dengan rambut tiruan,hukumnya ada dua. Pertama jika yang disambung itu benda najis maka hukumna haram. Kedua jika rambut buatan diperbuatdari bahan suci maka ia mempunai syarat- syarat trtentu. Jika rambut yang disambungkan bukan untuk suami maka hukumnya haram. Namun jika dia menyambung hanya untuk berhias pada suaminya maka ada 3 pendapat menurut mazhab Syafie:
 Boleh jika di izinan suami
 Haram sekalipun di izinkan oleh suami
 Boleh secara muthlak,ertinya tanpa izin atau tidak. Pendapat yang paling kuat adalah yang pertama.

Menurut mazhab Hanafi, menyambungkan atau membuat sanggul dengan rambut tambahan dari rambut manusia haram hukumnya. Sedangkan menggunakan rambut buatan adalah halal kerana tiada unsur penipuan dan tidak menggunakan rambut manusia. Namun menurut mazhab Hambali dan Maliki haram hukumnya.
Tidak kira rambut yang disambung itu rambut manusia atau rambut buatan.

15)Bolehkah ketika bersetubuh suami menhisap susu isterinya, dan apakah dia menjadi muhrim pada isterinya?
Penyusuan yang mengakibatkan muhrim ialah jika penyusuan itu sudah lima kali menyusu,dalam tempoh berasingan dan juga penyusuan itu mestilah sampai mengenyangkan. Bahkan semua terjadi pada usia menyusu,iaitu bawah dua tahun.
Susu yang melibatkan muhrim adalah yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang.dan semua ini tidak mungkin berlaku kecuali pada usia kecil.
Penyusuan setelah dewasa tidak mengakibatkan muhrim, oleh itu sekalipun
Si suami sempat meminum susu isterinya., maka dia bukan menjadi muhrim, kerana syarat-syarat peyusuan seperti di atas tidak ditemui

PENUTUP
Segala puji hanya bagi Allah sw.t. Saya harap segala isu yang saya kupas dapat menjawap segala kemusyikilan umat islam mengenai hukum islam yang mereka ragui. Ini kerana kadang kala kita malu untuk menyuarakan persoalan kita mengenai hukum Islam kerana takut persoalan yang di kemukakan dianggap remeh. Sesungguhnya tidak ada manusia yang sempurna didunia ini, kita sebagai hambanya yang lemah tidak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu kita hendaklah menjaga diri dari melanggar larangannya. Kita sebagai hambanya hendaklah taat atas segala perintahnya. Sesungguhnya hidup didunia hanya sementara, segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan buruk datangnya dari kita sendiri.

No comments:

Post a Comment