Monday, April 13, 2009

Halangan Perkahwinan

Oleh: Nor Hafizah Binti Nafi

EFINISI PERKAHWINAN

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan Kabul(akad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditetukan oleh Islam.

HUKUM BERKAHWIN
• Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
• Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
• Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakkan dan bantahan untuk berkahwin.
• Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.
• Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

1.1 BAHAYA MEMBUJANG TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT

Islam telah mensyariatkan perkahwinan, malah menggalakkan dan memberangsangkan maka adalah haram seeorang muslim untuk mengelakkan diri daripada perkahwinan. Walaupun niat dan tujuannya untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada beribadah kepada Allah s.w.t. semata-mata.
Lebih-lebih lagi seorang Islam itu memenuhi syarat-syarat serta kemudahan-kemudahan untuk melangsungkan perkahwinan. Tambahan pula, membujang seumur hidup ini bertentangan sama sekali dengan semulajadi manusia dan amat meneleweng daripada kecenderungan serta keinginan semulajadi mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa yang berkemampuan untuk berkahwin, kemudian tidak berkahwin, maka ia bukanlah daripada umatku.”

Kesan daripada membujang dan melencong daripada jalan perkahwinan:

1. Bahaya terhadap kesihatan jasmani.

Apabila ramai masyarakat memilih untuk hidup membujang, maka kebanyakan daripada pemuda-pemudi ini akan menuju kearah satu kehidupan social yang meruntuhkan. Ini disebabkan nipisnya iman dalam diri mereka untuk menghalang diri atau membendung kearah kejahatan. Mereka cenderung melakukan perbuatan-perbuatan sumbang yang menjijikkan sebagai satu cara untuk melepaskan tuntutan kecenderungan atau keinginan semulajadi. Contohnya, pelacuran, perzinaan dan berbagai-bagai tindakan atau hubungan sumbang yang lain.
Apabila mereka melakukan perzinaan atau seks secara rambang, maka akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti:

i. Penyakit gonorea

Penyakit ini akan menular melalui proses perzinaan. Ia akan menimbulkan radang pada rahim dan pada kemaluan. Di samping itu, ia akan mengakibatkan kemandulan dan keradangan pada semua sendi-sendi. Seterusnya penyakit ini juga akan memberikan kesan pada bayi iaitu menyebabkan timbulnya radangan di kedua matanya sehingga akhirnya mengakibatkan buta.

ii. Penyakit siflis

penyakit ini merebak melalui perzinaan atau hubungan seksual yang diharamkan. Ianya akan menimbulkan radangan pada ruas-ruas berlendir dan kadang-kadang dapat menimbulkan bisul-bisul bernanah yang kronik. Seterusnya ia juga akan menyebabkan radang pada saluran kencing, rasa sakit-sakit pada sendi dan bengkak-bengkak atau lebam pada mata, kulit, muka, kuku dan lidah.

iii. Penyakit cacar lunak

Penyakit ini menular melalui zina. Ianya akan menimblkan bisul yang menyakitkan pada kemaluan. Mungkin ia akan tersebar luas ke seluruh kulit yang lain serta merosakkan kulit tersebut.

2. Bahaya dari segi akhlak dan kejiwaan.

Mereka yang melakukan perhubungan seks secara bebas akan menghidap pelbagai penyakit iaitu:

i. Penyakit homoseks dan lesbian.
ii. Penyakit gila seksual.
iii.

3. Bahaya masyarakat(sosial).

Kesan-kesan hidup secara membujang serta mengelakkan diri dari tanggungjawab perkahwinan dan rumahtangga adalah seperti berikut:

i. Ancaman kepada kemantapan dan keruntuhan rumahtangga.

Hal ini terjadi kerana pemuda dan pemudi yang hidup membujang itu sentiasa memenuhi selera nafsu syahwatnya secara haram. Begitu juga dengan orang-orang yang suka berzina atau melanggan pelacur yang menggunakan berbagai-bagai cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kehamilan ataupun melahirkan anak.

ii. Penganiayaan terhadap anak-anak dan kanak-kanak.

Anak-anak yang lahir daripada hubungan yang tidak sah akan mudah terjebak di dalam perhubungan atau pergaulan bebas yang tidak terbatas di mana mereka boleh melakukan apa sahaja. Kesannya mengakibatkan masyarakat yang dipenuhi dengan anak-anak yang kehilangan keturunan dan kehormatan. Jika mereka mengetahui bahawa mereka merupakan anak luar nikah, ini akan menyebabkan mereka berasa malu seterusnya membawa kepada perasaan rendah diri(inferiority complex) dalam jiwa mereka. Kemudian mereka akan bersikap memencilkan diri daripada masyarakat dan kemungkinan besar akan menjadi unsur-unsur yang akan menodai individu dan masyarakat serta keamanan dan kedamaian.

iii. Menimbulkan kesusahan dan kerunsingan terhadap lelaki dan wanita.

Setiap lelaki dan wanita tidak akan dapat menikmati suatu kehidupan yang tenang, aman , tenteram dan bahagia kecuali hidup beumahtangga yang bertunjangkan mawaddah dan rasa kasih dan sayang. Dalam perkahwinan, suami isteri umpama tubuh badan yang satu dari sudut ikatan, kerjasama dan kasih sayang sesama mereka. Perkara-perkara tersebut tidak terdapat dalam masyarakat yang memandang rendah terhadap perkahwinan.

iv. Putusnya hubungan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan(qarabah).

Apabila mereka tidak mahu berkahwin atau lebih suka hidup membujang, mereka cenderung untuk memuaskan nafsu mereka dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina. Keadaan ini menimbulkan sikap suka memberontak dan melakukan prkara-perkara yang melampau. Maka perkara ini akan menjatuhkan maruah keluarga dan menyebabkan pertengkaran dan perpecahan keluarga.

4. Bahaya ekonomi.

Mereka yang menjadikan keseronokan hawa nafsu sebagai kepentingan utama mereka untuk mengelakkan diri daripada melangsungkan perkahwinan secara sah dan mereka tenggelam dalam dosa-dosa yang mereka lakukan. Sebenarnya mereka inilah yang menyebabkan kehancuran ekonomi. Ini adalah kerana produktiviti mereka dalam pekerjaan dan mereka jugatidak dapat menghasilkan sesuatu dengan berkualiti.

i. Lemahnya kekuatan.

Orang-orang bujang yang memuaskan nafsu dengan melakukan perkara-perkara keji akan mudah menghidap penyakit akal, tubuh badan, akhlak dan penyakit jiwa. Mereka ini pastinya tidak akan mampu membangunkan kemajuan dan pembangunan.




ii. Kurang penghasilan.

Mereka tidak ikhlas dalam bekerja serta kurangnya ketelitian dalam menghasilkan sesuatu dengan baik.

iii. Pengambilan cara-cara yang tidak syari’i.

Hal ini terjadi dengan lahirnya peniaga-peniaga yang suka menipu. Mereka ingin menghasilkan sebanyak mungkin harta dengan melakukan perkara-perkara seperti melalui jalan riba dan perjudian, jalan hiburan yang melalaikan, jalan rasuah dan penipuan.


1.2 CARA UNTUK MEMBANTERAS AMALAN MEMBUJANG

Bergantung kepada dua perkara yang asasi. Antaranya ialah:

i. Pembersihan

Pembersihan bermaksud membersihkan jalan-jalan kea rah perzinaan, tempat-tempat hiburan, tempat-tempat perkelahan, sekolah-sekolah dan masyarakat seluruhnya daripada sebarang perilaku-perilaku sumbang dan perbuatan-perbuatan keji atau tidak bermoral. Apabila mereka telah insaf akan kesilapan mereka telah lakukan dulu, pasti mereka sedar bahawa jalan untuk memenuhi nafsu seks adalah dengan berkahwin seperti yang telah disyariatkan oleh Allah kepada umatNya.

ii. Perkahwinan secepat mungkin(kahwin waktu muda)

Berkahwin dalam usia uda merupakan sunnah Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Wahai para pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu, maka berkahwinlah.”

1.3 HALANGAN-HALANGAN PERKAHWINAN

Perkara-perkara yang menghalang perkahwinan telah meningkatkan masalah suka membujang dan mendorong pemuda untuk hidup bersendirian adalah:

1. Keterlaluan dalam menentukan mahar.
Kebanyakan masyarakat kini berbeza dengan masyarakat dahulu yang merendahkan mahar. Kini, ibu bapa meletakkan mahar yang tinggi kepada sesiapa yang ingin mengahwini anak mereka. Keadaan ini seperti memperdagangkan barangan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan. Mereka mengenepikan nilai-nilai akhlak dan agama yang memudahkan perkahwinan didirikan dan menjadi asas kepada binaan keluarga.

Kisah-kisah pada zaman Rasulullah.

Seorang lelaki telah menemui Rasulullah agar mengahwinkannya dengan seorang perempuan. Rasulullah bertanya:

“Apa yang engkau miliki?”
“Demi Allah wahai Rasulullah, tidak ada apa yang kumiliki.”
“Pergilah dapatkan sesuatu dari keluargamu.”
Dia pun berlalu dan kembali selepas itu.
“Demi Allah, aku tidak memperoleh sesuatu pun.”
“Dapatkanlah, walau sebentuk cincin dari besi”
Dia kembali semula.
“Tidak ada wahai Rasulullah kecuali selendangku ini yang boleh kuberikan padanyaseparuh.”
“Apa yang dapat kau lakukan dengannya? Kalau kau memakainya, dia tidak dapat merasainya. Begitulah sebaliknya.”
Lelaki itu pun duduk begitu lama. Dia lalu bangkit. Rasulullah melihatnya begitu dukacita lalu dipanggilnya. Baginda s.a.w bertanya:
“Adakah engkau menghafal surah?”
“Ya.”. Lalu disebut nama-nama surah yang dihafalnya.
“Engkau boleh mengajarnya?”
“Pegilah!. Aku kahwinkan engkau dengan Al-Quran.”

(maharnya ialah mengajar isterinya apa yang diketahuinya mengenai Al-Quran).


2. Bebanan perkahwinan yang melampau.

Bebanan ini merupakan beberapa mahar lain yang mesti diberikan kepada isteri dan beberapa perbelanjaan lain yang amat memberatkan bebanan orang yang hendak meminang. Di antaranya ialah hadiah-hadiah peminangan dan peryaan-perayaan tertentu, serta pengantin baru.
Pihak bapa-bapa, wali-wali dan keluarga mereka hendaklah menyedari bahawa Islam tidak mensyaratkan perbelanjaan semasa melakukan akad dan majlis pernikahan kecuali memberikan mahar kepada wanita yang dikahwini, mengadakan kenduri untuk meraikan pengantin baru dan menyambut tetamu bersesuaian dengan keadaan. Hadiah- hadiah, perbelanjaan dan sebarang tanggungan selain dari ini bukanlah satu kewajipan. Sebaliknya terserah kepada budi bicara lelaki yang meminang mengikut kedudukan kewangannya.
Jika ia berkemampuan dan berhasrat memberi hadiah kepada tunangnya atau menjamu manisan-manisan untuk para tetamu, ia hendaklah memastikan tidak smapi kepada pembaziran dan bermegah-megahan. Ini adalah memandangkan Nabi sendiri memerintahkan supaya memuliakan para tetamu di mana sifat ini dikira satu tanda keimanan.





3. Halangan pengajian.

Sebilangan besar dari anak-anak muda yang berpelajaran menjadikan beberapa faktor sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari memikirkan persoalan kahwin di benah para pemuda dan pemudi yang masih belajar sama ada di peringkat Universiti atau di peringkat sekolah menengah. Faktor- factor tersebut adalah:

i. Masalah kewangan dan perbelanjaan.
ii. Perkahwinan akan mengganggu pengajian.
iii. Sifat malu untuk berterus terang dengan keluarga.

4. Berleluasanya jalan-jalan memuaskan ‘instinc’ yang tidak disyarakkan.

Para pemuda sekarang ini tidak berkeinginan atau merasa perlu baginya untuk berkahwin kerana dipengaruhi oleh corak hidup yang penuh kegembiraan. Mereka menganggap perkahwinan sebagai satu beban dan bukan sebagai satu tanggungjawab.

5. Pendapatan yang rendah berbanding dengan taraf hidup yang tinggi.

Bagi mereka yang berpendapatan rendah merasa bimbang untuk melaksanakan cita-cita membentuk keluarga dan melahirkan anak-anak yang mulia. Mereka berasa tidak mampu memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak mereka kelak.

6. Pengangguran yang berleluasa.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tidak akan terfikir untuk berkahwin kerana mereka tidak mampu untuk menyara diri sendiri apatah lagi untuk memikul tanggungjawab untuk menanggung keluarga.



7. Menyerahkan urusan pendahuluan kepada wanita.

Segala urusan peminangan diserahkan mengikut apa yang dikehendaki oleh mereka. Begitu juga dalam segala urusan perkahwinan, mereka diberikan kebebasan penuh untuk campur tangan mengikut kehendak hati mereka. Perkahwinan yang hampir sempurna telah hancur berkecai jika diuruskan oleh wanita yang tidak pandai menguruskannya.

8. Iman yang lemah.
Salah satu faktor yang mendorong pemuda pemudi memilih cara kehidupan yang penuh dengan dosa serta melakukan perbuatan-perbuatan keji dan hina, seterusnya mereka hanyut dalam kesesatan hawa nafsu ialah apabila nipisnya iman seseorang itu. Mereka tidak takut akan dosa dan azab seksa.

1.4 SEBAB-SEBAB DISURUH UNTUK BERKAHWIN DARIPADA MEMBUJANG

1. Memelihara keturunan manusia.

Perkahwinan merupakan satu jalan untuk mengembangkan keturunan manusia. Ianya adalah faktor yang paling asas untuk meneruskan dan mengekalkan keturunan manusia di muka bumi ini, sehingga Allah s.w.t. mewariskan bumi dan segala isinya kepada mereka. Firman Allah s.w.t. menjelaskan:

“Hai sekelian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, da daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripadanya keduanya Allah memperkembag biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.”
(An-Nisa:1)
2. Menjaga nasab (keturunan)

Melalui perkahwinan yang disyariatkan oleh Alah s.w.t. ini, anak-anak akan dapat berbangga dengan nasab mereka kepada ibu bapa mereka. Ini adalah kerana pada nasab tersebut mengandungi pengakuan diri mereka, kemuliaan diri mereka sebagai manusia dan juga kebahagiaan jiwa mereka. Seandainya tidak ada perkahwinan, pastilah masyarakat akan dipenuhi dengan anak-anak yang kehilangan kehormatan dan nasab. Maka, akan tersebarnya kerosakan moral serta kebebasan melakukan hubungan sejenis akan berleluasa.

3. Menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan moral.

Dengan perkahwinan, masyarakat akan terhindar daripada keruntuhan moral dan masyarakat tersebut akan terselamat daripada kegiatan sosial. Ini disebabkan kecenderungan semulajadi terhadap jenis yang berlawanan itu dapat disalurkan dan dipuaskan melalui perkahwinan yang sah dan hubungnan yang halal. Rasulullah s.a.w. telah menjelaskan hikmah moral ini ketika baginda mengarahkan sekumpulan pemuda untuk berkahwin dengan seruan yang indah ini:

“Wahai sekelian pemuda, siapa diantara kamu yang berkemampuan, hendaklah berkahwin, kerana perkahwinan itu akan menundukkan pandangan mata serta lebih dapat menjaga kemaluan…”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

4. Kerjasama suami isteri dalam membentuk keluarga dan mendidik anak-anak.

Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi tempat bernaung yang kukuh dan menjanjikan ketenangan di mana wujudnya suasana yang dikatakan “Rumahku Syurgaku”. Melalui perkahwinan akan terbinalah kerjasama antara suami isteri dalam membentuk keluarga, mendidik anak-anak dan menanggung bebanan kehidupan. Bapa adalah orang yang diletakkan harapan memberikan keperluan dan didikan, sementara ibu sebagai lambing kasih saying dan ketenangan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita(isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagianyang lain dan disebabkan kerana mereka(para suami) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
(An-Nisa:34)
Dengan demikian akan terbinalah semangat kerjasama di antara suami isteri. Keluarga juga akan terbentuk di atas asas-asas pendidikan yang utama. Seterusnya akan terbinalah sebuah rumah tangga yang penuh nikmat.

5. Menyelamatkan masyarakat daripada berbagai-bagai penyakit.

Dengan perkahwinan, masyarakat akan terselamat daripada berbagai-bagai penyakit merbahaya yang begitu menular dan tersebar luas kesan daripada perbuatan-perbuatan keji dan perzinaan yang berleluasa. Di antara penyakit-penyakit ini adalah penyakit siflis(penyakit kelamin), gonorea(penyakit kencing bernanah) penyakit aids dan penyakit-penyakit lain yang merbahaya. Di samping itu, kelemahan tubuh badan mencacatkan nasab serta tersebarnya wabak yang merbahaya.

6. Ketenangan rohani dan jiwa.

Dengan perkahwinan, ikatan mawaddah dan rahmah(cinta dan kasih saying) antara suami isteri akan bertambah. Masing-masing akan dapat menikmati perasaan yang tenang, kelembutan serta mendapatkan kebahagiaan di bawah naungan antara satu sama lain.
Dengan demikian masing-masing akan menyambut setiap hari yang baru selepas pertemuan itu dengan penuh semangat,penuh keazaman,kesungguhan dan kegembiraan untuk melaksanakan tugas-tugas di bidang masing-masing. Situasi ini sudah pasti akan memperkuatkan lagi rasa tanggungjawab, memberikan dorongan dan semangat untuk melaksanakan tugas atau kerja-kerja, seterusnya akan mewujudkan kebahagiaan rumahtangga, keluarga dan anak-anak.

7. Membangkitkan rasa keibuan dan kebapaan.

Melalui perkahwinan, akan terpancarlah rasa kasih saying dari kedua ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Perasaan kasih saying akan tumbuh dan berkembang subur pada kedua ibu bapa itu. Seterusnya rasa kecenderungan terhadap buah hati mereka itu akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Di samping itu juga, anak-anak akan sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk menjalani kehidupan utama serta menampakkan satu kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka.


Oleh sebab itu, jelaslah betapa hebatnya faedah-faedah dan hikmat perkahwinan tersebut kepada individu serta masyarakat.

1.5 CARA-CARA MENGATASI MASALAH-MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN HALANGAN-HALANGAN PERKAHWINAN

 Negara hendaklah menegah perniagaan majalah-majalah lucah, cerita-cerita seks dan gambar-gambar yang mendedahkan dari pasaran dan percetakan. Sekatan juga harus dilakukan ke atas radio dan televisyen dari menyiarkan drama yang mengghairahkan.
 Memberikan perhatin yang serius terhadap orang-orang yang terlibat dengan kegiatan pelacuran iaitu dengan menambah bilangan mata-mata gelap di kawasan-kawasan yang diragui. Hukuman berat hendaklah dikenakan terhadap kes-kes berat.
 Media massa menyiarkan rencana untuk menyedarkan tentang pentingnya perkahwinan dan menyelitkan nilai- nilai murni supaya masyarakat sedar akan kesilapan masing-masing.
 Menyegerakan pemberian upah seorang pekerja.
 Menghulurkan upah yang setimpal kepada pekerja dan pegawai.
 Negara perlu menyediakan keperluan hidup yang cukup.
 Memberi sumbangan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.
 Membahagikan pungutan zakat.
 Mendidik anak-anak mangikut neraca pendidikan Islam dengan membiasakan anak hidup dalam kesusahan, berdikari, bertanggungjawab, bersikap benar, berterus terang dan berani dengan penuh adab sopan.
 Berpuasa.
 Menahan pandangan dari perkara-perkara haram.
 Menjauhi dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan keghairahan.
 Memenuhi masa kosong dengan perkara-perkara yang berfaedah.
 Memilih kawan yang baik.
 Mengikut nasihat perubatan seperti banyakkan melakukan latihan badan dan bersu


KESIMPULAN

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya sedar bahawa perkahwinan merupakan satu jalan penyelesaian bagi masalah sosial yang melanda masyarakat kita pada hari ini.

Tambahan pula, mengikut Sunnah Allah dan tabiat alam, penyelesaian bagi masalah-masalah yang dihadapi bagi masalah sosial adalah dengan berkahwin kerana ia dapat menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Tetapi mengikut pandangan masyarkat dan system pendidikan kini, pilihan dapat dilakukan terhadap tiga perkara yang kesemuanya adalah tidak baik. Yang penting, kamu haruslah berfikir mengenai pilihan yang keempat iaitu berkahwin.

Cara-cara untuk menghalang seseorang daripada melakukan perkara yang mungkar ialah:
i. Berpuasa
ii. Menahan pandangan dari perkara-perkara haram.
iii. Menjauhi diri dari perkara-perkara yang boleh menimbulkan keghairahan.
iv. Memenuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.
v. Memilih kawan yang baik.
vi. Mengikut nasihat perubatan seperti:
• Bersukan
• Mengurangkan minuman bergas dan berkafein.
• Tidak mengambil minuman beralkohol
• Menjauhi dadah
• Banyakkan minum air
vii. Merasakan takut terhadap Allah di setiap waktu.

1 comment: